Resepi Dalca Daging Empuk Enak Makan Dengan Nasi Putih

Resepi Dalca Daging Empuk

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Dalca daging tidak asing dalam kalangan orang melayu dan kerap kali dihidang sebagai lauk berkuah bersama-sama nasi putih. Keunikan dalca daging ini adalah pada tekstur dagingnya mestilah lembut dan empuk apabila dimakan selain tekstur kuah kacang dal yang pekat dan sedap.

Jika anda bercadang nak mencuba resepi dalca daging boleh tengok resepi di bawah ini adalah hasil daripada perkongsian saudari Diana Jalal di laman FB, resepi penuh ada di bawah:

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • 4 sudu besar cili kering blend
  • 3 cawan santan
  • 180 gram kacang dhal
  • 3 biji kentang, kupas kulit dan potong 4
  • 2 biji cili hijau/merah
  • 4 tangkai kacang panjang, potong panjang 2 inci
  • 3 biji terung panjang, belah 2 dan potong panjang 2 inci
  • 1 biji tomato, potong 4
  • 2 biji karot, potong memanjang
  • 2 tangkai daun kari
  • Asam keping atau air asam jawa

Bahan untuk kisar halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar

Bahan untuk mayang halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji bawang merah (kecil)

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

Cara Penyediaan:

  1. Rebus kacang dhal sehingga lembut.
  2. Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang air rebusannya.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan mayang halus, bahan kisar halus, daun kari, dan bahan rempah tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan rempah kari dan cili kering blend. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan air rebusannya, kacang dhal, karot, kentang, cili hijau/merah, asam keping, dan santan. Masak sehingga sayur empuk.
  6. Masukkan tomato dan terung. Masak sehingga lembut.
  7. Tambahkan garam secukup rasa.
  8. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Angkat dan hidangkan.

Tips:

  1. Masak Kacang Dhal Hingga Lembut: Pastikan kacang dhal dimasak hingga lembut sebelum dimasukkan ke dalam kuah dalca.
  2. Guna Daging yang Berkualiti: Daging yang lembut dan berkualiti akan meningkatkan rasa hidangan.
  3. Tambah Sayur: Anda boleh menambah sayuran lain seperti bendi atau kubis mengikut citarasa anda.
  4. Rasa Masin dan Masam: Sesuaikan garam dan asam keping atau air asam jawa mengikut selera masing-masing untuk mendapatkan keseimbangan rasa.

Kredit Diana Jalal

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top