Resepi Sotong Masak Kicap Ubi Kentang Menu Hidangan Terbaik

Resepi Sotong Masak Kicap

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 4-5 orang

Resepi sotong masak kicap juga enak dinikmati dan dihidangkan bersama nasi putih. Biasanya ramai orang lebih gemarkan sotong bakar, namun sebenarnya menu lauk sotong dimasak bersama kicap juga ideal dihidangkan bersama. Resepi sotong kicap yang dikongsikan oleh saudari Siti Fatimah ini juga mulai tular di medsos.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri masakan sotong kicap bolehlah belajar melalui resepi tular ini:

Baca juga artikel : Resepi Popia Sayur

Bahan-bahan :  

  • Sotong (setengah kilo)  
  • 2 biji ubi kentang (goreng dan ketepikan)  
  • 2 batang serai (ketuk)  
  • 4 ulas bawang merah kecil  
  • 2 ulas bawang putih  
  • 1 sudu kecil lada hitam  
  • 1 inci halia  
  • 2 sudu besar cili kering  
  • Sedikit air asam jawa  
  • 1 ketul pati ayam Knorr  
  • Sedikit kicap manis  
  • Sedikit garam dan gula (rasa dahulu, jika sudah masin jangan tambah garam)  

Hiasan : 

  • 1 biji tomato  
  • 6 biji cili padi  
  • 1 biji cili merah  
  • Setengah biji bawang besar  
  • Sedikit daun kari  

Cara Penyediaan :  

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam, dan halia hingga lumat.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama serai hingga kekuningan.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa, tunggu hingga kuah pekat.
  4. Masukkan ubi kentang, sedikit kicap manis, garam, gula, dan pati ayam Knorr. Masak hingga kuah menjadi kering.
  5. Tambahkan bahan hiasan: cili padi, cili merah, bawang besar, tomato, dan daun kari.
  6. Tutup api dan hidangkan.

Tips :

  1. Pastikan sotong tidak dimasak terlalu lama agar tidak menjadi liat.
  2. Jika ingin kuah lebih pekat, masak dengan api perlahan sambil dikacau.
  3. Untuk rasa yang lebih pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
  4. Daun kari akan memberikan aroma yang wangi, jangan terlalu lama dalam kuali selepas masukkan daun kari agar tidak hilang aromanya.
  5. Rasakan dahulu sebelum menambah garam, kerana kicap manis dan pati ayam Knorr sudah ada rasa masin.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top