resepi udang masak lemak

Resepi Udang Masak Lemak

Resepi udang masak lemak adalah menu hidangan yang popular dalam kalangan suri rumah di Malaysia. Masakan lemak ini tidak asing lagi di Malaysia, resepi ini menggunakan bahan asas utama iaitu kunyit, santan, dan juga cili padi. Biasanya masak lemak ini sangat sedap jika dibuat pedas dengan menambahkan lebih cili padi di dalam masakan lemak. 

Selain menggunakan bahan lauk seperti ayam dan ikan, udang juga sangat enak dimasak lemak santan. Bagi anda yang kali pertama ingin mencuba memasak udang masak lemak ini anda boleh merujuk beberapa resepi yang kami kongsikan ini. Koleksi resepi ini udang masak lemak ini adalah perkongsian oleh warganet di laman sesawang facebook yang telah memperoleh banyak tanda suka dan perkongsian.  

10 Resepi Udang Masak Lemak Enak & Sedap

Bahan asas untuk masakan lemak ini tidaklah sukar, iaitu hanya menggunakan bahan seperti kunyit, santan, dan cili padi untuk rasa pedas. Namun setiap orang mempunyai air tangan dan selera masing-masing. Terdapat beberapa resepi udang masak lemak yang dikongsikan dengan sedikit olahan yang berbeza antara satu dengan yang lain. 

Mungkin anda yang kali pertama ingin belajar untuk mencuba masakan ini bolehlah mengambil resepi yang dikongsikan ini sebagai rujukan. Bagi anda yang mencari alatan dapur murah dan jimat bolehlah terus ke hujung artikel ini kerana terdapat percuma Free Voucher Shopee untuk anda. Baca sampai habis ya.. 

Masak Lemak Udang Galah Belimbing Buluh Oleh Adnan Bin Mat Abu

Bahan-bahan:

  • 2 kg udang galah
  • 20 cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 20 biji belimbing
  • Garam
  • 5 biji cili besar
  • 5 biji tomato

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan tumbuh cili padi dan kunyit hingga lumat, masukkan ke dalam kuali bersama air dan santan.
  2. Apabila kuah mula mendidih, masukkan biji belimbing buluh dan gaul bersama.
  3. Masukkan udang galah yang telah dibuang janggut dan sepitnya.
  4. Apabila bahan-bahan mula mendidih dan sebati, masukkan pati santan, tambah garam secukup rasa.
  5. Masukkan cili besar dan tomato yang telah dipotong besar sebagai hiasan.
  6. Tanda udang telah masak adalah apabila ia mula bengkok. Siap dihidang.

Masak Lemak Pucuk Paku & Udang Oleh Norfadilah Ibrahim

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Kunyit hidup
  • Udang
  • Pucuk paku
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Meggi cukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan tumbuk cili api dan kunyit hingga hancur, masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan udang dan hidupkan api, masukkan air dan santan. Kacau hingga pecah minyak dan sebati.
  3. Kemudian masukkan pucuk paku dan secukup rasa, kacau hingga pucuk paku mula lembut. Siap dihidang.
resepi udang masak lemak

Udang Galah Masak Lemak Petai Oleh Norsyaedah Yusof

Bahan-bahan:

  • Petai
  • Daun kunyit
  • Serai 
  • Asam keping
  • Cili api
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Gula dan garam
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Santan
  • Udang galah

Cara penyediaan:

  1. Rebus dahulu petai hingga lembut
  2. Kisar bahan cili api, bawang besar, bawang putih, dan halia. Masak bahan kisar hingga naik aroma.
  3. Masukkan serai dan daun kunyit, pastikan serai telah diketuk dahulu.
  4. Masukkan petai yang telah direbus tadi beserta udang. Kacau hingga masak.
  5. Akhir sekali masukkan santan, asam keping, gula dan garam, biarkan masak dan mendidih. Siap dihidang.
resepi udang masak lemak
resepi udang masak lemak

Udang Galah Singgit Masak Lemak Cili Api Oleh Aira Ina Zalina

Bahan-bahan:

  • 25 ekor udang
  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Santan kara
  • Serai

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan kunyit dan cili api. Masukkan ke dalam kuali.
  2. Campurkan garam dan serai yang telah diketuk. Tambahkah air dan masak hingga kering.
  3. Masukkan santan, boleh guna santan dalam kotak. Masukkan air dan kacau.
  4. Masukkan udang dan masukkan santan perlahan-lahan.
resepi udang masak lemak

Masak Lemak Cili Api Udang Dan Pucuk Paku N9

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Serai
  • Asam keping
  • Santan
  • Pucuk paku

Cara penyediaan:

  1. Kisar dan tumbuk cili padi dan kunyit. Serai diketuk hingga hancur.
  2. Masak bahan yang dikisar dan masukkan serai serta asam keping. 
  3. Masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih, pastikan kacau untuk elakkan santan berketul.
  4. Apabila sudah mendidih, boleh masukkan udang yang telah disiang.
  5. Boleh masukkan pucuk paku dan masak hingga lembut. Siap dihidang.
resepi udang masak lemak

Masak Lemak Udang Kacang Panjang Oleh Ain Aziz

Bahan-bahan:

  • 3 cili padi
  • Kunyit sebesar ibu jari
  • Sedikit air
  • 3 batang serai
  • Air panas
  • 1 kotak santan
  • Udang
  • Kacang panjang
  • Garam dan secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan cili padi, kunyit hidup, dan sedikit air.
  2. Masukkan santan dan serai.
  3. Masukkan air ke dalam blender tadi, gunakan airnya untuk tambah ke dalam acuan.
  4. Boleh nyalakan api dan kacau hingga mendidih. 
  5. Masukkan kacang dan udang. Kacau hingga udang masak.
  6. Akhir sekali tambah garam secukup rasa. Siap dihidang.
resepi udang masak lemak

Udang Masak Lemak Cili Api Petai Oleh Mahfuzah Aidi

Bahan-bahan:

  • ½ kg udang
  • Santan
  • 15 ulas cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • Kunyit
  • Asam keping 
  • Petai
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Campurkan santan, cili padi, bawang putih, bawang merah, serai, dan kunyit ke dalam periuk. Hidupkan api dan kacau perlahan untuk elakkan pecah minyak.
  2. Masukkan petai, asam keping, dan garam. Kacau lagi dan masukkan udang masak hingga udang matang. Siap dihidang.
  3. Jika tiada petai, boleh gantikan dengan tomato, kacang buncis, terung, belimbing dan kacang panjang. 
resepi udang masak lemak

Udang Harimau Masak Lemak Cili Api Oleh Nor Azita Mohamad

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Cili api
  • Santan
  • Udang
  • Daun kunyit
  • Serai
  • Asam keping
  • garam

Cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, kunyit, dan cili api. Kalau nak lebih pedas boleh banyakkan cili api.
  2. Masukkan bahan kisar, santan, udang, daun kunyit, asam keping dan serai.
  3. Kacau perlahan-lahan hingga udang masak. Tambahkan garam secukup rasa. Siap dihidang.
resepi udang masak lemak

Udang Masak Lemak Cili Api + Daun Kunyit + Serai Oleh SuiSan Aliezsha

Bahan-bahan:

  • Udang 
  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Serai (ditumbuk)
  • Asam keping
  • Kelapa parut
  • Daun kunyit

Cara penyediaan:

  1. Masukkan santan, daun kunyit, cili dan serai. Masak dan kacau hingga sebati.
  2. Apabila kuah sudah mendidih, boleh masukkan asam keping dan udang.
  3. Masak dan kacau hingga udang masak dan matang. Tambah garam secukup rasa. Siap dihidang.
resepi udang masak lemak

Lomak Cili Api Udang Harimau Oleh Nurhayati Abd Malek

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang harimau
  • 2 batang serai (dititik)
  • 30 biji cili api (dikisar)
  • 1 ½ inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 cawan air
  • 1 kotak santan
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa 

Cara penyediaan:

  1. Nak dapatkan rasa manis udang mestilah segar dan saiz besar.
  2. Masukkan dahulu bahan kisar dan serai, tunggu hingga mendidih.
  3. Masukkan udang dan masak hingga berubah warna menjadi orange. 
  4. Masukkan perasa, asam gelugur, dan garam. Kemudian masukkan santan, kacau hingga kuah sebati.
  5. Didihkan sekali lagi hingga semuanya sebati dan masak. Siap dihidang! 
resepi udang masak lemak

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Jika anda rajin anda boleh mencuba olahan dengan beberapa bahan seperti masukkan ubi kentang, terung, belimbing, dan kacang panjang. Yang paling penting untuk mendapatkan kuah yang sedap dan berlemak anda mestilah tahu jenis santan yang digunakan. Antara petua nak hasilkan kuah masak lemak lebih sedap adalah dengan menggunakan santan yang pekat @ santan dalam iaitu santan kara. 

Walaubagaimanapun ia masih bergantung kepada cara masing-masing, lain orang lain citarasanya. Nak lebih banyak resepi popular dan viral? Boleh terus ke resepi ikan bawal. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top