Resepi Sotong Bakar

resepi sotong bakar
Resepi.me / Resepi Nasi / Resepi Sotong Bakar

Resepi sotong bakar boleh diolah dengan beberapa versi seperti sotong bakar ala thai, sotong sumbat bakar, sotong bakar sambal, dan banyak lagi. Sotong adalah salah satu jenis lauk yang boleh disediakan dengan bakar atau BBQ. Malah terdapat sotong bakar resepi yang viral dan popular di Malaysia.

Kini anda tidak perlu risau lagi nak mencari kedai sotong bakar kerana anda juga boleh mencuba sendiri di rumah. Malah dengan campuran beberapa bahan yang simple sahaja anda sudah boleh menghasilkan menu sotong bakar yang sedap dimakan. 

Resepi Sotong Bakar Mudah dan Sedap 

Senarai resepi sotong bakar ini khas untuk anda yang sedang mencari cara untuk buat sotong bakar yang sedap di rumah sahaja. Kesemua resepi ini adalah perkongsian popular dari laman sesawang facebook yang dikongsikan oleh warganet. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini ya..jom..

Sotong Bakar Thai Oleh Juju Minhad

Bahan perap sotong:

  • Sotong saiz besar
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu madu 
  • Garam 

Bahan sos:

  • 12 btg cili merah
  • 8 batang cili hijau
  • 7 ulas bawang putih (dibakar sekejapp)  
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos ikan
  • 4 sudu gula
  • 5 sudu jus lemon
  • Daun ketumbar (dihiris halus) 

Cara penyediaan:

  1. Sotong dicuci dan dilumur dengan bahan perap, perap seketika di dalam  peti sejuk. semalamn lagi bagus.
  2. Sebelum bakar, cucuk kepala sotong dengan lidi, lap dengan tisu dan renjis dengan minyak.
  3. Bakar sotong hingga masak.
  4. Untuk buat sos, tumbuk cili dan bawang putih. campur kesemua bahan hingga sebati.
  5. Lumurkan pada sotong. siap dihidang!

Resepi Sotong Bakar Thai Oleh Fadhilah Esa

Bahan-bahan:

  • Sotong saiz besar
  • Isi Udang
  • 1 biji telur

Bahan sos: 

  • 5 ulas Cili kecil
  • 4 sudu Gula 
  • 3 sudu Cuka makan
  • 2 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih 
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • sedikit air
  • Daun ketumbar
  • Garam

Bahan lain untuk inti sotong:

  • 2 ulas Bawang putih (dikisar) 
  • 1 ulas Bawang merah (dikisar) 
  • 3 hirisan Halia (dikisar) 

Cara penyediaan:

  1. Hancurkan udang dan kacau bersama telur dan bahan kisar.
  2. Sumbat inti ke dalam sotong, tutup sotong dengan cucuk menggunakan lidi.  
  3. Boleh bakar sotong yang siap disumbat, bila dah masak hiris sedikit badan sotong untuk tuang sos nanti.
  4. Untuk sos kisar dan tumis semua bahan sos, masak hingga kuah mendidih tapi jangan sampai kerinf.
  5. tuang sos ke atas sotong yang telah dibakat tadi. siap dihidang. 

Sotong Bakar Sambal Oleh Ruzita Abdul Rahim

Bahan-bahan:

  • Sotong besar
  • Bawang besar
  • Bwang putih
  • Kunyit
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula

Cara penyediaan:

  1. Sotong bersaiz besar dipotong bergaris, tos kering semua sotong tadi.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit, sikit air asam jawa, garam dan gula.
  3. Perap bahan kisar tadi bersama sotong yang telah dibersihkan, perap selama sejam.
  4. Boleh bakar @ BBG atas gril sotong tadi hingga masak. Boleh juga bakar mengunakan non stick pan, tuang sedikit minyak. Siap dihidang!

Resepi Sotong Bakar Sambal Kurang Pedas Oleh Iza Faizah

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • 1 biji Telur
  • 1 biji bawang besar(dipotong dadu)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 5 biji bwang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • Setangkai daun kari
  • 1 sudu cili blend
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil cukup rasa
  • 1 sudu kecil garam halus

Cara penyediaan:

  1. Sotong dipotong dan dihiris bergaris, lumurkan dengan garam selama sekejap dan bilas.
  2. Bawang besar ditumis, masukkan telur dan goreng hingga hancur.
  3. Sumbat ke dalam perut sotong, tutup dengan cucuk lidi.  
  4. Kisar semua bahan kisar, masukkan minyak dan tumis bersama daun kari dan cili kisar.
  5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan sos tiram, gula, dan garam cukup rasa.
  6. Tuang sedikit sambal ke atas sotong dan bakar sedang masak. jangan terlalu masak kerana sotong akan liat.
  7. apabila sotong masak, tuang kelebihan sambal ke atas sotong tadi. 

Resepi Sotong Perap Bakar Oleh Zam Zilawati

Bahan-bahan:

  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu serbuk kari
  • 2 sudu sos ikan thai
  • 2 sudu madu
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Perap sotong semalaman untuk betul-betul rasa enak dan sedap.
  2. Nak lebih sedap boleh perap jus limau nipis selepas sotong masak. 

Sotong Sumbat Bakar Telur Oleh Mira Khan

Bahan sotong bakar:

  • 6 ekor Sotong (medium saiz)
  • 1 bawang merah (dipotong dadu) 
  • *4 telur gred A
  • *3 ekor Udang XL (dipotong kecil)
  • *Daun ketumbar (dicincang halus)
  • *Carrot (dicincang halus)
  • Maggi cukup rasa
  • Lidi

Bahan sos:

  • Sos thai
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Cili padi merah (dipotong kecil)
  • Gula
  • Sos ikan
  • Air limau nipis
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Kacau sebati bahan yang bertanda * . ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga garing dan keperangan.
  3. Masukkan adunan bertanda * tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan garam, gula dan secukup rasa.
  4. Selepas masak, sumbat ke dalam telur hingga penuh. Cucuk dengan pencungkil gigi agar inti tidak keluar.
  5. Jangan bakar sotong lama sangat, boleh hiris garisan pada sotong.
  6. Untuk sos campurkan semua bahan-bahan, boleh cicah atau tuang sikit atas hirisan sotong tadi. 

Sotong Bakar Sumbat Oleh Shedo Priorita

Bahan-bahan:

  • 6 ekor sotong (dicuci dihiris bergaris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • Carot (dipotong dadu)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • 2 biji telur
  • Pati ayam

Bahan sos perap:

  • Gula perang
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Lada hitam
  • kunyit

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang hingga naik aroma, masukkan telur. Kacau sebati.
  2. Masukkan serbuk pati ayam garam dan gula.
  3. Masukkan karot dan tomato.
  4. Sumbat ke dalam sotong hingga penuh
  5. Untuk sos perap, campurkan gula perang, garam, sos tiram, sos cili, lada hitam, dan kunyit. Kacau dan gaul bersama.
  6. Perap sotong dan bakat hingga masak.

Sotong Bakar Air Fryer Oleh Alia Adila Hassim

Bahan perap sotong:

  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap manis cair
  • 1 sudu besar sos cili

Bahan sos pedas thai:

  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 7 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • Akar ketumbar (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil gula kabung thai (ditumbuk)
  • Sos ikan/nampla
  • Jus limau nipis 
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  • Bawang merah kecil (dicincang halus)
  • Sedikit air suam

Cara penyediaan sotong:

  1. Sotong dikelar bergaris.
  2. Campurkan semua bahan dan gaul bersama sotong.
  3. Perap sekejap, atau dalam 20 minit.
  4. Guna air fryer, bakar selama 15 minit.

Cara penyediaan sos:

  1. Tumbuk halus bahan perlu ditumbuk, campurkan bawang merah, akar ketumbar, sos ikan, dan jus limau nipis.
  2. Tambah air jika kuah agak pekat, sesuaikan rasa masam dan rasa manis.
  3. Boleh tuang atas sotong atau buat cicah. siap!
resepi sotong bakar

Sotong Bakar Ala Thai Oleh Azfar Alia

Bahan-bahan:

  • Sotong 
  • Serbuk kunyit 
  • Secukup rasa
  • 5 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 3 biji cili padi (dihiris halus)
  • Setangkai daun ketumbar
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Gula perang

Cara penyediaan:

  1. Sotong dibasuh bersih, toskan air dan perap dengan kunyit dan secukup rasa, Bakar hingga masak
  2. Untuk sos, campurkan bawang putih, cili padi, dan ketumbar. Masukkan air sedikit, sos ikan, sos tiram, dan gula perang. Gaul sekata. 
resepi sotong bakar

Sotong Kering Bakar Oleh NurFazira Hanim Razmi 

Bahan perap sotong:

  • Sotong
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Secukup rasa

Bahan sos ala thai:

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Sos ikan
  • Jus limau nipis
  • Gula
  • Gula melaka
  • Chili flakes
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Bawang merah
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Cuci bersih sotong, boleh sumbat kepala sotong dan tutup dengan cucuk lidi. Perap seketika bersama kunyit dan garam.
  2. Bakar jangan terlalu lama, nanti sotong jadi liat.
  3. Untuk sos ala thai, racik gula melaka dan panas/cairkan. Ketepikan.
  4. Cincang halus cili padi dan bawang putih, masukkan masukkan jus limau nipis, gula, sos tiram, sos cili untuk pekatkan sos.
  5. Masukkan semuanya ke dalam gula melaka tadi, kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, cili flake, dan bawang merah yang dimayang halus.
resepi sotong bakar

Resepi Sotong Bakar Simple Oleh Shameema Ahamed

Bahan-bahan:

  • Cili kering + bawang putih + halia (dikisar)
  • Jintan putih + jintan manis (ditumbuk halus)
  • Kari daging babas
  • Madu
  • Kicap pekat
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan-bahan hingga sebati dan pekat.
  2. Perap sotong dengan semua bahan-bahan perap selama 2 ke 3 jam. Bakar seperti biasa. Siap dibakar boleh hidang bersama air asam.
resepi sotong bakar

Resepi Sotong Bakar BBQ Oleh Ida Zairi

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 1 senduk cili kering (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu lada hitam
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos BBQ 
  • 2 sudu sos blackpepper
  • 1 sudu gula pasir
  • 4 sudu kicap manis
  • 3 sudu minyak masak
  • Sedikit serbuk cili
  • Daun Rosemary

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan-bahan hingga sebati dan menjadi tekstur perapan yang pekat.
  2. Boleh gunakan grill BBQ atau boleh je bakar atas non stick pan.
  3. Boleh perah jus lemon untuk sedikit rasa masam pada sotong.
resepi sotong bakar

Resepi Sotong Bakar Sumbat Telur Masin Oleh Amy Catering

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Telur masin
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Capcicum

Cara penyediaan:

  1. Bersih sotong dan toskan air basuhan,
  2. Buang kulit telur masin, potong kecil bahan-bahan lain. Gaul semua sekali.
  3. Sumbat semuanya sekali dalam sotong hingga penuh.
  4. Cucuk sotong dengan lidi agar inti tidak keluar.
  5. Lumurkan sotong dengan kunyit dan sikit garam, boleh goreng atau bakar hingga masak. Siap dihidang!
resepi sotong bakar

Resepi Sotong Bakar Sumbat Oleh Aim Nurul Airisa Rania

Bahan-bahan:

  • Sotong saiz besar
  • Telur

Bahan sos:

  • Gula melaka
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Cili padi
  • Gula
  • Garam
  • Cuka

Bahan untuk inti (diracik halus):

  • Bawang holland
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Lada hitam
  • Cili merah
  • Garam
  • kiub ayam

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan telur bersama bahan inti yang diracik, sebatikan.
  2. Sumbat inti tadi ke dalam sotong hingga penuh, tutup dengan lidi.
  3. Bakar sotong hingga masak, hiris sikit garisan badan sotong.
  4. Untuk sos, kisar bahan-bahan dan masak seketika, biarkan gula hancur.
  5. Tuang sos ke atas sotong yang telah dimasak
resepi sotong bakar

Sambal Sotong Bakar Oleh Ayue Jalal

Tips untuk elakkan kuah sambal sotong berair banjir dan warna merah.

  1. Sambal mesti dimasak sejam lebih dengan mengunakan api yang kecil sahaja. Masak hingga betul-betul naik minyak, tumis dengan gula merah.
  2. Untuk elakkan kuah sotong berair, rebus air hingga mendidih dan masukkan sotong seminit, angkat sotong. 
  3. Gunakan air sotong tadi untuk tumis bersama sambal, akan ada rasa manis sotong dalam sambal tadi. 
resepi sotong bakar

Resepi Sotong Bakar Oven Oleh Cookings By Maria

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Semangkuk kacang bendi
  • Tomato (dipotong kecil)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Cili merah
  • Cili kering
  • Daun limua purut

Cara penyediaan:

  • Sotong yang telah dibersihkan, boleh potong kecil kalau nak
  • Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, cili merah, dan cili kering hingga menjadi paste sambal.
  • Tumis paste sambal tadi hingga naik aroma, masukkan daun limau purut yang dihiris dan tomato. Kacau sebati.
  • Masukkan sotong yang siap dipotong, kacau seketika.
  • Angkat dan tuang ke dalam aluinium foil, letak kacang bendi bersama.
  • Bungkus dan letakkan ke atas tray ketuhar, masak dalam oven selama 15 minit pada suhu 160 darjah. Siap dihidang!
resepi sotong bakar

Resepi Sotong Bakar Percik Oleh Anna El Zehra

Bahan perap sotong:

  • Kunyit
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Bawang merah

Bahan percik:

  • Cili kering
  • Serai
  • Bawang merah
  • Halia
  • Santan

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan perap hingga hancur, perap sotong bersama garam, perap selama 2 jam.
  2. Sementara tunggu sotong diperap, bawang merah dan halia untuk buat paste kuah percik. 
  3. Tumis bahan kisar tadi, masukkan santan. Kacau sekata.
  4. Masukkan cili kisar. Kacau sekata lagi.
  5. Masukkan serai yang dititik, gula, dan garam. Tumis hingga pecah minyak
  6. Bakar sotong hingga masak dan hiris garisan pada badan sotong.
  7. Tuang kuah percik tadi ke atas sotong yang telah dimasak tadi. Siap dihidang!
resepi sotong bakar

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Sotong bakar ini boleh diolah dengan pelbagai cara mengikut kreativiti masing-masing. Hidangan ini sangat sesuai dijadikan menu untuk seisi keluarga mahupun dijadikan menu untuk berniaga. Nak lebih banyak resepi boleh ke slot resepi sup ketam. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top