Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Ketam

Resepi sup ketam adalah menu sup yang agak jarang dihidang dalam seharian mayarakat di Malaysia. Namun sama juga seperti hidangan sup lain, ia juga mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh badan. Di dalam slot ini kami kongsian resepi dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sup ketam.

Selain bagus untuk tubuh badan, resepi sup ketam ini juga sangat mudah untuk disediakan. Ia sesuai bagi anda yang tidak mempunyai banyak masa ketika berada di dapur. Dengan hanya beberapa bahan sahaja dan didihkan anda sudah boleh menikmati sup perisa ketam yang lazat dann sedap. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. 

Koleksi Resepi Sup Ketam Mudah & Simple

Berikut adalah beberapa resepi sup ketam yang mudah untuk disediakan. Perkongsian ini adalah daripada waarganet di laman sesawang facebook yang telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian. Jom sama-sama mencuba!

Resepi Sup Ketam Nipah Oleh Fatzlin Abd Rahman Alin

Bahan-bahan:

  • Halia dihiris
  • 1 labu bawang putih
  • Bunga cengkih
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Bawang besar
  • Ketam nipah
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan kecuali ketam dengan minyak yang sedikit. 
  2. Biarkan mendidih dan naik aroma sikit.
  3. Masukkan air ikut citarasa, perasakan dengan garam dan cukup rasa.
  4. Masukkan ketam, tunggu hingga masak. Siap dihidang!

 

Resepi Sup Ketam Oleh Ida Mellsara

Bahan A (diketuk)

  • bawng putih 
  • bawng merah
  • Halia
  • batang dan akar daun ketumbar
  • lada hitam

Bahan B (potong panjang)

  • Carrot
  • Kentang
  • batang sadari

Bahan C

  • Perasa
  • kiub ayam
  • garam

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan A dengan minyak yang sedikit.
  2. Apabila sudah masak, masukkan air untuk dijadikan kuah sup. 
  3. Masukkan ketam, tunggu masak.
  4. Masukkn bahan B dan C, didihkan. Siap dihidang.

Resepi Sup Ketam Oleh Nana Yana

Bahan-bahan:

  • Ketam 
  • Perencah sup adabi
  • 1 biji Bawang besar
  • 5 ulas Bawang putih
  • Lada hitam
  • 2 inci Halia
  • 2 tangkai Serai(diketuk) 
  • Tomato
  • Jus limau nipis

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih, lada hitam dan halia, tumis hingga naik aroma.
  2. Masukkan serai kacau sekejap, kemudian masukkan air. didihkan.
  3. Masukkan ketam dan perencah sup adabi serta garam.
  4. Apabila sudah nampak pekat sikit, masukkan telur ketam, tomato dan jus limau nipis
  5. siap dihidang!

Resepi Sup Ketam Oleh Siti Noor Hidayah Samah

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ketam (boleh guna ketam nipah)
  • 1 labu bawang putih
  • Halia (diketuk)
  • Secubit lada hitam (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dipotong 4)
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • 2 biji putih telur 
  • Garam
  • Air
  • Daun sup

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ketam dan potong 2 untuk mudah masak nanti, ketuk kakinya agar pecah isi. Masukkan ke dalam periuk bersama air.
  2. Kupas kulit luar bawang putih, masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan halia dan bawang besar, serta bahan-bahan lain iaitu lada hitam dan bunga cengkih.
  4. Panaskan dengan api yang perlahan selama 1 jam, apabila sudah mendidih masukkan garam untuk rasakan.
  5. Masukkan putih telur, biarkan masak selama 5 minit. 
  6. Tutup api siap dihidang!

Resepi Sup Ketam Oleh Cma Isma

Bahan-bahan:

  • Ketam
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Serbuk rempah sup
  • Ubi kentang
  • Halia
  • Daun sup n bawang
  • Air
  • Sikit minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan.
  2. Tambah sesudu serbuk sup, masuk air dan ubi kentang.
  3. Biar sup mendidih, masukkan ketam.
  4. Tutup periuk dan masak lagi selama 5 minit
  5. Perasakan dan tutup api
  6. Hias dengan hirisan daun bawang dan daun sup
  7. Siap dihidang!
Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Ketam Oleh Azizah Haji Mohd Asah

Bahan-bahan:

  • 4 ekor Ketam
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • Halia*
  • Akar daun ketumbar dan akar daun sup*
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Daun sup (dihiris)
  • Tomato (dibelah)
  • Garam/penambah perasa
  • Lada putih
  • Minyak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang bertanda * hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan serai, barulah masukkan ketam yang telah dibersihkan.
  3. Tunggu ketam masak, masukkan geram dan penambah rasa serta serbuk lada hitam.
  4. Akhir sekali masukkan hiasan daun ketumbar, daun sup, dan tomato.
Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Isi Ketam Oleh Nurianah Haji Jamal

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia
  • Lada putih/serbuk lada campuran
  • Ajinamoto
  • Garam
  • Isi ketam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Kiub pati ikan bilis
  • Jagung dalam tin, guna yang krimmer
  • Carrot (dipotong dadu)
  • Minyak bijan
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia hingga keperangan.
  2. Masukkan isi ketam dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan jagung tin dan lobak merah, kacau lagi.
  4. Pecahkan telur, kacau nak pekat sikit. Masukkan air ikut citarasa.
  5. Masukkan lada hitam, garam, pati ikan bilis, dan serbuk perasa, kacau sebati.
  6. Masukkan air + tepung jagung untuk pekatkan lagi kuah.
  7. Biarkan mendidih seketika, tutup api.
Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Ketam Chinese Style Oleh CP Rniez

Bahan-bahan:

  • 1kg Ketam suri

Bahan tumis:

  • 5 ulas Bawang putih (dicincang halus)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1/2 inci halia (dimayang)
  • 1 helai asam keping
  • Minyak untuk tumis

Bahan campak:

  • 1 biji bawang Holland (dibelah 4)
  • 2 biji Tomato (dibelah 4)
  • Minyak bijan
  • Serbuk Lada putih/sulah
  • Daun sup dan Daun bawang
  • Air 1.5 liter

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan tumis bahan tumis hingga naik aroma, masukkan air dan ketam.
  2. Masukkan bahan campak kecuali daun sup dan daun bawang.
  3. Biarkan mendidih dan perasakan dengan perasa. Hias dengan daun bawang.
Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Ketam Oleh Hajar Mohd

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Halia (dihiris halus)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu lada putih
  • 1 batang serai
  • Pati ayam
  • Sos tiram
  • Tomato
  • Daun bawang.

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan tumbuk serai dan tumis bersama bahan yang dihiris. Tumis hingga naik aroma.
  2. Masukkan air untuk kuah sup, didihkan.
  3. Masukkan lada putih dan lada hitam, kacau sebati.
  4. Masukkan pati ayam dan sos tiram, kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan ketam dan biarkan masak.
  6. Masukkan tomato dan telur, kacau hingga sebati semua.
  7. Masukan daun bawang. siap !
Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Ketam Oleh Roziana Ahmad Rosli

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Halia (dihiris halus)
  • Ubi kentang (dihiris halus)
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Telur
  • Air+tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan rebus bawang putih dan halia yang dipotong halus, biarkan mendidih.
  2. Masukkan kentang, lobak merah, isi ketam, rebus hingga masak.
  3. Masukkan telur dan tepung jagung.
  4. Letak batang daun sup, kacau. Siap dihidang!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Mudah bukan? Resepi sup ketam ini adalah hidangan yang sangat mudah dan semua orang boleh mencuba sendiri di rumah. Tambahan, bahan yang digunakan tidaklah sukar kerana menggunakan bahan yang ada di dapur sahaja. Untuk ketam anda boleh gantikan dengan isi ketam pon enak dan sedap dimakan. Nak belajar resepi lagi? Terus ke slot resepi tteokbokki. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top