Bahan Oden

Bahan Oden | Resepi Oden Halal & Mudah

Oden adalah sejenis makanan yang berasal dari jepun dan sangat popular di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Mungkin ramai yang belum tahu,  “oden” adalah bermaksud sup, ini merujuk bahan oden yang digunakan tidak digoreng dan hanya mengambil masa sekejap sahaja untuk siap. Senarai bahan yang termasuk dalam menu masakan oden ini adalah seperti berikut.

Nama Bahan Oden:

  • Bebola ikan (Fish ball)
  • Fish cakes
  • Tofu
  • Telur rebus
  • Sotong
  • Sayur-sayuran
  • Daikon (umbut lobak merah)
  • Konnyaku
  • Shirataki
  • Chikuwa
  • Seaweed

Waima, sekarang terdapat pelbagai variasi menu oden yang terdapat di kedai-kedai makan bagi memenuhi permintaan makanan semasa. Jika di Malaysia, anda boleh menikmati oden ini di FamilyMart, disini selain oden versi original dari jepun, terdapat juga oden versi tom yam untuk peminat sup oden tomyam.

Resepi Oden Viral

Jika anda ingin mencuba memasak menu oden ini dirumah, anda boleh sahaja menggunakan resepi-resepi yang dikongsikan di FB ini. Hantaran resepi oden di laman facebook ini telah mendapat ratusan tanda suka dan komen oleh warganet. Malah bahan bahan oden yang digunakan juga sangat simple dan mudah.  Berikut adalah antara bahan oden viral:

Resepi Sup Kuah Oden Sedap

Bahan Oden
Bahan Oden
Bahan Oden

2 Paket perencah tomyam adabi.
2 Paket perencah sup siam adabi.
1 Paket perencah asam pedas adabi.
2 Kiub pati ayam.
Air masak 1.5 liter.
Gula 1 sudu.
Sawi cina
Cendawan enoki dan tiram

Cara masak sup kuah oden
Masukkan kesemua perencah adabi dan air masak ke dalam bekas.
Panaskan sehingga mendidih dan pecah minyak.
Masukkan semua bahan oden tadi, tunggu hingga masak.
Siap di hidang.

Kredit Cik Puan Akma

Resepi Oden Sedap Macam Family Mart

2 Paket perencah asam pedas adabi.
4 Sudu besar perencah tomyam.
1 Kiub perencah tomyam.
Air Masak.
Fish tofu.
Seafood tofu.
Crab stick.
Fish cake

Cara Masak Sup Oden

Tumiskan kesemua perencah adabi sehingga naik aroma.
Masukkan air ikut citarasa, kalau nak kuah pekat letak sikit air.
Masukkan kesemua bahan oden tadi, siap.

Kredit Dapur Isteri Perut Suami

Akhir Kata

Sebenarnya tidak susah untuk membuat resepi oden ini, bahkan ia boleh siap dalam masa kurang 10 minit sahaja. Bahan bahan oden ini juga anda boleh beli di pasaraya atau secara dalam talian di Shopee sahaja. Selamat mencuba!

Item Murah @ Promo di Shopee.
*semak harga semasa

Adabi Shopeemall : https://shp.ee/sdh4dyz

Perencah Asli Oden : https://shp.ee/u8cbpgh

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top