Resepi Ayam Geprek

Resepi Ayam Geprek

Resepi ayam geprek adalah salah satu resepi popular Indonesia yang turut popular di Malaysia. Hidangan ini mempunyai sedikit persamaan dengan ayam penyek, namun ia mempunyai berbezaan dari segi bahan dan cara penyediaannya. Nak tahu cara belajar buat ayam geprek di rumah, teruskan membaca!

Hidangan ini boleh dijadikan menu utama keluarga anda dan boleh dijadikan hidangan untuk seisi keluarga anda. Jangan lupa untuk tebus voucer Shopee percuma yang terdapat di hujung artikel ini. 

Koleksi Resepi Ayam Geprek Mudah & Sedap

Berikut adalah beberapa koleksi resepi yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Resepi ini kami kongsikan melalui perkongsian warganet sendiri, jadi ia boleh dilakukan hanya dengan menggunaka bahan-bahan di rumah sahaja. Jom sama-sama mencuba!

Resepi Ayam Geprek Kurang Pedas Oleh Rodziah Zaharin

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian paha atau dada
  • Tepung bestari
  • 2 biji telur
  • Garam
  • gula

Bahan sambal:

  • 6 biji cili merah besar
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili hijau
  • 4 biji bawang putih
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji limau nipis 

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan goreng ayam dahulu, gaul ayam bersama tepung bestari spicy dan 2 bili telur. Goreng sederhana masak.
  2. Goreng bahan sambal dalam 3 minit sahaja, toskan minyak
  3. Masukkan ke dalam lesung, masukkan gula, dan garam, tumbuk hingga lumat.
  4. Masukkan jus limau nipis, cuka, dan sedikit minyak goreng tadi. Gaul rata siap dihidang!
Resepi Ayam Geprek

Resepi Ayam Geprek Oleh Nurul Hawa Nadila Sari

Bahan Perap Ayam:

  • 4 bahagian ayam
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau 

Bahan Salut Ayam:

  • 2/3 biji telur
  • Tepung Bestari 

Bahan Sambal Geprek:

  • 15-20 biji cilipadi merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji tomato
  • garam dan gula

Cara penyediaan:

  1. Ayam dibersihkan dan diperap selama 15 minit. Sediakan tepung bestari di dalam bekas lain.
  2. Celup ayam dengan telur yang telah dikacau, masukkan ke dalam adunan tepung bestari dan goreng hingga warna keperangan atau rangup.
  3. Masukkan sedikit minyak ke dalam bahan sambal geprek, tumbuk hingga semuanya hancur dan lumat.
  4. Tuang sambal tadi ke atas ayam yang digoreng tadi. Siap dihidang bersama nasi putih, sup dan tempe.
Resepi Ayam Geprek

Resepi Ayam Geprek Extra Spicy Oleh Puteri Hana Sofia

Bahan sambal:

  • 2 btg Cili besar (dikisar)
  • 15 btg Cili padi (dikisar)
  • 3 biji Bawang putih (dikisar)
  • 6 biji Kacang gajus (dikisar)
  • Minyak zaitun
  • Tauhu
  • timun
  • gula
  • garam

Bahan ayam rempah:

  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • Garam
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil jintan
  • 3 helai cili kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan sediakan ayam goreng dahulu, kisar semua bahan ayam rempah kecuali tepung.
  2. Perap dahulu ayam selama 1 jam, barulah salut dengan tepung jagung dan tepung gandum. Goreng hingga rangup.
  3. Untuk sambal, tumbuk lumat garam, kacang gajus, cili padi dan bawang putih hingga lumat.
  4. Masukkan cili besar, garam, dan gula cukup rasa.
  5. Ambil sedikit minyak goreng tadi masukkan ke dalam acuan sambal. Kacau hingga sebati.
  6. Gaul sambal tadi pada ayam yang digoreng tadi. Siap dihidang bersama nasi putih.
Resepi Ayam Geprek
Resepi Ayam Geprek

Resepi Ayam Geprek Oleh Zara Latif

Bahan rebusan ayam:

  • Kiub pati ayam
  • Garam kasar
  • Halia (dihiris)
  • Lengkuas (dihiris)
  • Bawang putih (diketuk)

Bahan perapan:

  • Tepung jagung
  • Tepung beras (lebihkan tepung beras)
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Secukup rasa
  • Air rebusan ayam

Bahan sambal:

  • 20 cili api hijau kecil (dikisar)  
  • 10biji cili  merah kecil (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji tomato (dikisar)
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Belacan

Cara penyediaan:

  1. Nak ayam lebih juicy dan lembut, rebus dahulu ayam. Rebus separa masak ayam bersama bahan-bahan rebus. Toskan 
  2. Air rebusan tadi simpan boleh guna untuk tanak nasi dan buat sup.
  3. Campurkan bahan perap hingga sebati, goreng seperti biasa.
  4. Untuk sambal kisar bahan-bahan kisar, tumis dengan minyak hingga naik aroma, masukkan gula, garam, belacan, dan ajinamoto, kacau sebati. 
  5. Siap dihidang bersama nasi dan ulaman lain.
Resepi Ayam Geprek

Resepi Ayam Geprek Oleh Juwita Afifah

Bahan-bahan:

  • Cili besar (dicincang kasar)
  • Cili padi
  • Kacang gajus
  • Bawang putih
  • Minyak bekas goreng ayam

Cara penyediaan:

  1. Sediakan lesung, masukkan cili padi, garam, bawang putih, kacang gajus, tumbuk dan lenyek hingga lumat.
  2. Masukkan cili besar bersama minyak bekas goreng ayam tadi, kacau agar semunya bercampur dan lumat.
  3. Gaul sambal dengan ayam yang telah digoreng tadi. Hidang bersama nasi putih.
Resepi Ayam Geprek
Resepi Ayam Geprek

Resepi Ayam Geprek Oleh Nur Aisya

Bahan sambal:

  • 2 Cili besar
  • 8 Cili padi
  • 2 biji tomato
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • Separuh bawang merah
  • Jus limau nipis
  • Halia
  • Bawang putih

Cara penyediaan:

  1. Untuk sambal, hiris kecil bahan sambal dan kisar sekejap hingga hancur, tumis hingga naik aroma dan kering. 
  2. Untuk ayam goreng, perap ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
  3. Perahkan jus limau nipis, masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, garam, dan cukup rasa. Perap hingga sebati. 
  4. Goreng ayam hingga masak, selepas masak tumbuk sedikit dengan lesung. Tuang sambal tadi ke atas ayam.
Resepi Ayam Geprek

Resepi Ayam Geprek Oleh Nor Khomariah Norrohman

Bahan ayam goreng:

  • Ayam 
  • Tepung beras
  • Tepung Bestari
  • 2 biji telur

Bahan sambal:

  • 20 cili padi (dipatahkan)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji tomato
  • Garam
  • Gula
  • Cuka
  • Limau nipis
  • Minyak bekas ayam goreng.

Bahan sup:

  • Kaki ayam
  • Air untuk sup
  • 1 kiub ayam
  • 1 sup bunjut
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 bawang putih (diketuk)
  • 1 1/2 bawang besar (dihiris kasar)
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan sedikit air ke sedikit tepung, lumurkan pada ayam untuk perap sekejap.
  2. Salut ayam dengan adunan tepung bestari dan beras, celup ke dalam telur yang telah dikacau, salut semula dengan tepung tadi.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga warna menjadi keperangan.
  4. Untuk sambal, goreng semua bahan-bahan selama 3 minit untuk lembut angkat dan tumbuk dengan ulu lesung hingga lumat.
  5. Perasakan dengan garam, cuka, dan air perahan limau. Boleh tuang sambal atas ayam atau cicah sahaja.
  6. Untuk sup kaki, rebus semua bahan sup hingga kaki ayam hancur dan lunyai, tambah garam dan rasakan. Siap dihidang!
Resepi Ayam Geprek

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Mudah sahaja untuk membuat sambal ayam geprek ini, bahan-bahan membuat sambal ini rata-rata anda boleh didapati di dapur rumah sahaja. Termasukklah bahan membuat ayam goreng boleh dibuat sendiri di rumah. Dengan merujuk resepi-resepi ini anda sudah boleh menjimatkan bajet pembelanjaan dapur. Anda nak belajar buat kek pisang? Baca slot perkongsian resepi kek pisang kukus. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top