Resepi Kerang

resepi kerang
Resepi.me / Resepi Nasi / Resepi Kerang

Resepi kerang sangat popular terutamanya di negeri utara Malaysia, dengan menu hidangan popular seperti resepi kuey teow masak kerang menjadikan ia salah satu tarikan apabila berkunjung ke negari-negeri utara ini. Malah terdapat banyak lagi resepi kerang tanpa kulit yang boleh didapati. 

Berita baiknya anda boleh mencuba resepi masak kerang ini di rumah sahaja. Tambahan pula sekarang anda boleh membeli kerang yang telah siap diproses buang kulit dengan mudah sahaja di pasaraya berdekatan. Nak tahu resepi masakan kerang? Terus membaca hingga habis.

22 Resepi Kerang Simple & Sedap di Malaysia

Berikut adalah beberapa resepi masak kerang yang dikongsikan oleh warganet di laman sesawang group facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Resepi ini telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian oleh warganet sendiri. Anda boleh jadikan resepi ini sebagai rujukan untuk mencuba masakan di rumah. Selamat memcuba!

Resepi Rendang Kerang Noor Ashila

Bahan-bahan:

  • 2 biji Bawang besaq
  • 2 ulas Bawang putih
  • 3 jari Kunyit hidup
  • Lengkuas (besar ibu jari)
  • Serai
  • Halia (besar ibu jari)
  • Cabai kering
  • Asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • Santan
  • Daun kunyit

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan-bahan kecuali asam keping.
  2. Tumis hingga naik aroma, masukkan asam keping.
  3. Selepas pecah minyak, masukkan kerisik 1 sudu besar.
  4. Kacau sebati, masukkan santan dan perlahankan api. Kacau 
  5. Selepas pecah minyak barulah masukkan kerang dan daun kunyit, perasakan dengan garam. Siap dihidang!
resepi kerang

Resepi Kerang Rebus Wifezz Che Wan Farhan

Bahan-bahan:

  • Kerang
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 inci halia
  • Garam
  • Daun ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu gula palm
  • Lada kecil
  • Limau nipis
  • Air asam jawa
  • Sos ikan
  • tomato 

Cara penyediaan:

  1. Rebus dahulu kerang bersama serai dan garam. Tos dan ketepikan.
  2. Lada hitam ditumbuk bersama bawang putih, letak dalam 1 bekas besar.
  3. Masukkan tomato yang dipotong dadu, perah limau nipis.
  4. Masukkan sos ikan, letak 1 sudu asam jawa. Perasakan dengan garam dan ajinamoto.
  5. Barulah masukkan kerang yang telah direbus tadi, masuk sekali dengan kulit pon boleh. 
  6. Hias dengan daun ketumbar, gaul semua sekali. Siap dihidang.
resepi kerang

Resepi Sambal Kerang Oleh Uya Masbah

Bahan-bahan:

  • Cili kering (dikisar)
  • Bwg besar (dikisar)
  • Bwg putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Kerang
  • 3 sudu besar santan
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kisar hingga sebati dan lumat, tumis hingga naik aroma dan bau.
  2. Selepas pecah minyak, masukkan garam, gula, dan ajinamoto. Kacau lagi hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan santan dan kerang, kacau hingga kerang masak. siap!
resepi kerang

Resepi Char Kuey Teow Kerang Oleh SuiSan Aliezsha

Bahan-bahan:

  • Kuey teow (bersihkan dan toskan) 
  • Cili kering (dikisar)
  • Bawang besar (dikisar)
  • Cili sos
  • kicap manis
  • kicap pekat
  • Sos tiram
  • Bawang putih (diketuk)
  • Taugeh
  • kucai
  • Telur
  • Udang (direbus, asingkn air)
  • Kerang (direbus) 

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan bawang putih, bawang besar, cili kering hingga naik bau, masukkan cili sos, kicap manis, kicap pekat, sos tiram. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
  2. Masukkan air rebusan udang, masukkan telur dan kacau untuk sebatikan telur.
  3. Masukkan kerang kuey teow, taugeh dan kucai. Siap dihidang!

Resepi Kerabu Kerang Oleh Fia Sofia

Bahan-bahan:

  • 1 kg kerang
  • 3 sudu besar gula kabung
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar sos ikan 
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 3 tomato dipotong 
  • 4 biji limau nipis  
  • 1 batang carrot (dipotong halus memanjang)
  • 5 biji cili api (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah hiris nipis 
  • 1 sudu teh serbuk perasa 

Cara penyediaan:

  1. Basuh kerang dan rebus dengan 1 sudu kecil garam.
  2. Toskan kerang tadi dan masukkan air sejuk untuk kerang kekal segar dan berisi.
  3. Buang sebelah kulit cengkerang, tinggalkan yang ada isi sahaja.
  4. Campurkan air asam jawa, sos ikan tomato, serbuk perasa, air gula kabung, dan cili api di dalam sati bekas. Gaul semuanya
  5. Perahkan limau kasturi dan campurkan kulit limau, bawang merah hiris halus, karot, dan daun ketumbar. Gaul sebati. Siap dihidang!
resepi kerang

Resepi Kerang Bakar Oleh Wan LuQman

Bahan-bahan:

  • Kerang 600gm
  • Halia 2 inci (dihiris)
  • Serai 1 batang (dihiris)
  • Daun sup 3 batang. 
  • Sos tiram

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis serai dan halia. Apabila dah pecah minyak masukkan sos tiram.
  2. Masukkan kerang sekali dengan kulit cenkerang
  3. Tutup kuali untuk haba masakkan kerang.
  4. Sementara kerang masak, sediakan sos thai.
  5. Selepas 5 minit, kerang masak. Boleh hidang.
resepi kerang

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang Oleh Farith Ismail

Bahan-bahan:

  • 3kg isi kerang
  • 2kg kuey teow
  • 1.5kg isi ayam cincang
  • 1.5kg taugeh
  • 70 biji telur double AA
  • 500gram kucai

Cara penyediaan:

  1. Masak telur dahulu, dan asingkan.
  2. Masak ayam cincang dahulu, pastikan ayam tidak berketul semasa masak. Asingkan.
  3. Mula masak untuk kuey teow, masukkan bawang putih, cili kisar, dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan ayam, kuey teow, daun kucai, taugeh, telur hancur, kicap cair, dan kicap pekat. Kacau hingga semuanya sebati. Siap dihidang! 

 

resepi kerang
resepi kerang

Resepi Mee Kari Kerang Oleh Sri Dayang Mhd Isa

Bahan-bahan:

  • Bawang Besar+Putih+Halia (dihiris nipis)
  • Rempah 4 beradik
  • Isi Kerang
  • Daun Kari
  • Fish Cake dan Fish Ball
  • Rempah Kari (saya guna adabi daging)
  • Cili kisar (untuk pedas)
  • 2 biji Kentang potong dadu
  • Mee Kuning
  • Minyak Masak
  • Santan
  • Garam dan Gula

Bahan Hiasan:

  • Bawang Goreng
  • Daun Bawang
  • Cili Hidup Merah
  • Telur
  • Limau
  • Timun
  • Taugeh

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan yang dikisar bawang besar, bawang putih, rempah 4 beradik, dan daun kari hingga keemasan.
  2. Masukkan rempah kari, cili kisar, boleh letak air untuk dijadikan paste.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan fish cake dan fish ball serta isi kerang. 
  4. Masukkan ubi kentang yang dipotong dadu
  5. Sementara ubi kentang masak, masukkan santan, didihkan dan siap dihidang bersama mee kuning

Resepi Kerang Berlada Oleh Azizah Abd Karim

Bahan-bahan:

  • Kerang – 2 kilo 
  • 1 biji Bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas Bawang putih (dikisar)
  • 1 inci Halia (dikisar)
  • Belacan sikit (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan-bahan kisar hingga lumat dan tumis hingga naik bau dan aroma.
  2. Rebus dahulu kerang, toskan dan masukkan ke dalam tumisan tadi.
  3. Masukkan daun ketumbar, gaul hingga sebati. 
resepi kerang

Resepi Sambal Kerang Nasi Lemak Oleh Ida Akmal Idameor

Bahan-bahan:

  • Kerang(direbus dan diambil isinya)
  • Cili kering (dikisar) 
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Sebatang serai (dititik)
  • Bawang besar  (dihiris)
  • Sos Tomato sedikit
  • Sedikit belacan
  • Sos cili sedikit
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Rebus kerang dan ambil bahagian isinya sahaja.
  2. Panaskan kuali, masak belacan hingga naik bau dan hancur. Kemudian masukkan bahan tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, dan serai.
  3. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, dan garam, kacau sebati.
  4. Masukkan isi kerang dan bawang besar, gaul sekata. Siap dihidang

Resepi Kerabu Taugeh Kerang Oleh Siti Rahayu Ahmad

Bahan-bahan:

  • 250gm taugeh
  • 500gm isi kerang
  • Pucuk paku (dicelur) 
  • Belacan (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi (ditumbuk)
  • 2 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu besar kerisik

Cara penyediaan:

  1. Masukkan isi kerang yang telah dimasak, semua bahan-bahan ke dalam satu bekas yang mudah untuk digaul.
  2. Perahkan limau nipis dan masukkan garam cukup rasa. Siap dihidang!

Resepi Kerang Ala Thai Oleh Watee Darus

Bahan-bahan:

  • 1 kg kerang
  • ½ udang
  • ½ sotong
  • Suku cawan air belacan
  • Suku cawan air asam jawa
  • Suku cawan air perahan limau nipis (kulit pakai sekali)
  • Suku cawan sos ikan
  • Suku cawan gula
  • Suku cawan cuka
  • Garam
  • 10 ulas bawang putih 
  • 10 biji cilipadi
  • Tomato

Cara penyediaan:

  1. Celur kerang, udang, dan sotong toskan dan simpan ke dalam air sejuk @ ais untuk kesegaran. Toskan semua air bila nak guna nanti.
  2. Kerang buang sebelah kulitnya, udang dibuang kulit, dan sotong dihiris nipis.
  3. Campurkan bahan suku cawan ke dalam bekas udang, kerang, dan sotong tadi.
  4. Tumbuk kasar bawang putih, cili padi, dan tomato. Masukkan sekali.
  5. Gaul semunya dan boleh dihidang.

Resepi Kerang Masak Sos Tiram Oleh Nor Azzura

Bahan-bahan:

  • kerang
  • Serai (dititik)
  • Bawang besar (dikisar)
  • Ciliboh
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Gula dan garam
  • Daun sup

Cara penyediaan:

  1. Tumis serai serta bahan tumis yang lain, bawang besar, ciliboh, sos cili, kicap manis, dan sos tiram.
  2. Tumis hingga mendidih, masukkan kerang dan boleh tambah garam untuk rasakan.
  3. Kerang boleh rebus dahulu dan buang sebelah kulitnya.

Resepi Kerang Rebus Ala Thai Oleh Rozana Hashim AsSalihin

Bahan-bahan:

  • Kerang
  • Cili besar
  • Cili kecil
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Sos ikan
  • Jus limau nipis

Cara penyediaan:

  1. Rebus kerang hingga masak, buang sebelah kulit, tinggalkan sebelah yang ada isi.
  2. Sediakan bekas yang mudah untuk gaul, masukkan cili besar, cili kecil, dan belacan. Tumbuk hingga lumat.
  3. Masukkan sambal belacan, gaul semua hingga sebati.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato yang dipotong dadu tadi. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan jus limau nipis, kerang, garam dan gula. Kacau sekali lagi, siap

Resepi Kerabu Kerang Pucuk Paku Oleh Erny Yusniza Saad

Bahan-bahan:

  • 100g isi kerang (direbus)
  • 100g taugeh
  • Pucuk paku (dicelur)
  • Belacan (dikisar kering)
  • 1 biji cili merah (dikisar kering)
  • 7 biji cili padi (dikisar kering)
  • 1 sudu teh asam jawa ekstrak (dikisar kering)
  • 3 sudu besar pati santan (dikisar kering)
  • 1 biji bawang besar (dikisar kering)
  • 2 sudu besar kerisik (dikisar kering)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Kisar kering semua bahan yang bertanda.
  2. Masukkan taugeh, kerisik, kerang dan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam satu bekas.
  3. Gaul hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula, sedia untuk dihidang!

Resepi Kerang Masak Kicap Oleh Yusnita Badarudin

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (dikisar)
  • Cili api (dikisar)
  • Kicap manis
  • Sos tiram

Cara penyediaan:

  1. Tumis dahulu bawang besar dan cili api yang dikisar, tumis hingga pecah minyak dan keemasan.
  2. Masukkan kicap manis, soso tiram, masak sampai mendidih. 
  3. Masukkan kerang dan gaul hingga semuanya sebati

Resepi Rendang Kerang Cili Padi Oleh Nor Seri Azlina Bustani

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Serai
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Buah keras

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan diatas, tumis hingga naik bau dan aroma.
  2. Masukkan asam keping, kerang, kacau seketika.
  3. Masukkan santan gula melaka dan kerisik. Gaul semuanya hingga masak.
  4. Tambah garam untuk perasakan. siap!

Resepi Rendang Kerang Hijau Oleh Noor Nds

Bahan-bahan:

  • 2 kg kerang
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang kecil (dikisar)
  • 2 inci lengkuas (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 20 biji cili api hijau (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • 1/2 cawan kerisek
  • Garam
  • Gula

Cara penyediaan:

  1. Rebus dan buang kulit kerang, nak mudah boleh beli yang dah siap buang kulit.
  2. Kisar bahan yang bertanda dan tumis hingga naik aroma. 
  3. Masukkan kerisik, santan, dan kerang, kacau hingga mendidih.
  4. Masukkan daun kunyit, gula, garam. Kacau dan siap!

Resepi Kerang Goreng Kunyit Oleh Nurul Shuhana Teyhana

Bahan-bahan:

  • Kerang (direbus)
  • Air rebusan 
  • Bawang putih (diracik)
  • Bawang besar (dipotong)
  • Cabai [email protected] (dipotong)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, goreng hingga kekuningan.
  2. Masukkan kerang, sos tiram, air rebusan, serbuk kunyit, dan garam perasa. Kacau hingga kerang masak. 
  3. Akhir sekali masukkan bawang dan cabai. Siap dihidang!

Resepi Sambal Tahun Kerang Oleh Noor Hafiza Mohamed Ali

Bahan-bahan:

  • Kerang
  • Bawang putih 
  • Bawang merah
  • Ikan bilis 
  • Halia
  • Kulit lembu (direbus)
  • Asam keping
  • Santan
  • Lengkuas 
  • Cili api

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan bawang merah, bawang putih, dan halia. 
  2. Masukkan ke dalam kuali bersama lengkuas dan cili api
  3. Masukkan kulit lembu dan asam keping.
  4. Masukkan santan dan kerang. Kacau hingga santan masak. 
  5. Tambah garam dan siap!

Resepi Kuey Teow Kerang Penang Oleh Hairul Nizam Ijam

Bahan-bahan:

  • 500g kuey teow Jenis kecil @ Penang style
  • 150g taugeh
  • 300g udang
  • 100g kucai
  • 200g kerang
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 4 sudu sos char kuey teow
  • 3 biji telur
  • 1 sudu cili giling
  • Air rebusan udang
  • Garam secukup rasa

Bahan kicap:

  • 200gm udang
  • 250ml air
  • 4 biji bawang putih (dikisar)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 1 kiub pati ikan bilis @ petis
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu kecil garam

Bahan lain:

  • Bawang Goreng
  • Cili jeruk
  • Cili Merah (dihiris)

Cara penyediaan:

  1. Udang direbus separa masak, asingkan kulit dan kepala udang. Kulit dan kepala udang ini boleh direbus dan dibuat stok udang. 
  2. Stok udang tadi dicampur dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam, dan kiub ikan bilis. Renehkan semuanya sampai pekat, boleh disimpan di dalam peti sejuk.
  3. Tumis bahan tumisan hingga naik bau dan wangi, masukkan cili boh, dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos kuey teow, udang, dan kerang, gaul sekata.
  5. Masukkan kuey teow, kucai, dan taugeh, kacau.
  6. Masukkan telur apabila kuey teow hampir masak, guna stok udang untuk tambah kuah, kalau tiada stok udang boleh tambah air biasa sahaja. Rasakn dengan garam. Siap dihidang!

Resepi Kerang Kam Heong Oleh Cik Puan Shahidda Hamdan

Bahan-bahan:

  • Isi kerang (direbus)
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili padi 
  • Sos cili 
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Garam n perasa

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawnag putih, cili padi, dan daun kari hingga naik aroma.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan rasakan dengan garam.
  3. Akhir sekali masukkan kerang, kacau hingga mendidih dan kerang masak.siap dihidang!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Sama seperti ayam, kerang juga boleh dimasak dengan pelbagai versi dan resepi yang pastinya enak dimakan. Anda boleh jadikan resepi ini sebagai rujukan untuk memasak hidangan kerang di rumah anda. Baca slot seterusya resepi kuey teow goreng basah. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top