Resepi Nasi Butter

Resepi Nasi Butter

Resepi nasi butter antara resepi yang semakin dicari oleh warganet kini. Apabila sebut ayam butter pastinya tidak asing dengan jenama makanan popular KFC yang mempunyai menu nasi butter di Malaysia. Yang bagusnya hidangan nasi butter ini sangat sesuai dijadikan hidangan harian untuk seisi keluarga anda.

Namun, dengan banyaknya perkongsian resepi nasi butter yang dikongsikan di laman sosial media membolehkan anda mencuba sendiri resepi ini di rumah. Dengan mencuba sendiri resepi ini anda akan lebih jimat dan juga sedap dimakan dengan selera anda. 

Koleksi Resepi Nasi Butter Popular

Disini kami kongsikan beberapa resepi membuat nasi butter pelbagai versi, daripada ala kfc hingga ke nandos semuanya kami sertakan di bawah ini. Disini juga kami sertakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi butter pelbagai versi ini untuk rujukan anda. Jika anda sedang mencari barang dapur, bolehlah terus ke hujung artikel ini untuk tebus percuma Shopee Voucher untuk anda. 

Nasi Goreng Butter Ikan Bilis Oleh Anne IdZahra

Bahan-bahan:

  • 2 pot nasi
  • 5 biji cili merah (dikisar)
  • 2 bawang merah kecil
  • 2 bawang putih
  • Ikan Bilis segenggam (dikisar kasar) 
  • 4 biji telur
  • Garam
  • Lada sulah
  • Kacang panjang
  • Carrot (dipotong kecil)
  • 2 sudu besar butter

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali, cairkan butter.
  2. Masukkan ikan bilis, cili merah, bawang merah & bawang putih
  3. kacau hingga naik aroma. 
  4. Masukkan telur dan sayur (kacau perlahan) 
  5. Masukkan nasi, perasakan dengan garam dan lada sulah.
  6. kacau rata, siap dihidang!

Resepi Nasi Butter Simple Oleh Roskaryati Abu Bakar

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Halia
  • 3 pot beras
  • 1/2 Tin susu cair
  • 1/2 ketul butter
  • Garam
  • Beras

Cara penyediaan:

  1. Bawang merah dan halia ditumis bersama butter, di dalam periuk nasi. 
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan beras yang telah dibasuh.
  3. Masukkan susu dan air. sedikit garam.
  4. Apabila air hampir kering, kacau dan tutup periuk.
  5. boleh tabur bawang goreng untuk lebih rangup. 

Resepi Nasi Goreng Butter Oleh Dzety Rodzi

Bahan-bahan:

  • Nasi 
  • Telur 
  • Butter 
  • Bawang Merah
  • Cili Padi 

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah ngan Cili Padi
  2. Panaskan Kuali Masukkan Butter, boleh guna rice cooker. 
  3. Masukkan Bawang dan cili, kacau sebati.
  4. Masukkan Telur, kacau lagi
  5. Masukkan Nasi. tunggu nasi masak.

Nasi Ayam Butter Ala KFC Oleh Nor Amyliana NurulAzam

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras (hidangan 5 orang)
  • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 4 biji bawang putih (diketuk)
  • 125g butter
  • Halia (diketuk)
  • 1 cawan susu segar full krim
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dan carikan butter, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik aroma.
  2. masukkan halia yang diketuk.
  3. Masukkan susu segar dan kacau selama 2 minit.
  4. Masukkan beras yang telah dibasuh, letak kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap.
  5. Masukkan beras kedalam rice cooker dan masukkan air, tunggu hingga masak.

Nasi Butter Ayam Bakar Oleh Nikisyaron Nikiysa

Bahan-bahan:

  • 2 pot beras
  • Halia (dihiris)
  • 1 kiub ayam
  • Susu pekat manis
  • Daun pandan
  • Bawang untuk tumis
  • Bawang goreg

Bahan perap ayam bakar:

  • Sos cili
  • Sos BBQ
  • Sos tiram
  • Serbuk cili
  • Kicap manis
  • Gula
  • Serbuk Oregano
  • Bawang putih (ditumbuk halus)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam hingga bersih, gaul semua bahan perap dan perap ayam. 
  2. Boleh perap semalam, bakar ayam macam biasa, saya guna oven.
  3. Cairkan marjerin dan tumis bawang besar hingga naik aroma.
  4. Masukkan susu pekat ke dalam tumisan tadi.
  5. Boleh letak daun pandan, masak beras hingga kering dan tabur bawang goreng.
  6. Siap dihidang bersama ayam bakar, potongan tomato dan temun.
Resepi Nasi Butter
Resepi Nasi Butter

Resepi Nasi Butter KFC Oleh Syue Haida

Bahan-bahan:

  • 1/2 buku Butter
  • 1 kiub ayam
  • 2 cawan susu segar full krim
  • Halia (diketuk)
  • Bawang putih (diketuk)
  • Garam

Bahan ayam goreng:

  • 2 sudu besar tepung bestari original
  • 2 sudu besar tepung bestari spicy
  • Ayam 

Bahan sup:

  • Tulang ayam (kaki & leher)
  • Bebola ayam
  • Daun sup
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • Bawang putih (diketuk)
  • Halia (diketuk)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dan cairkan butter, tumis bawang putih sehingga naik aroma. 
  2. Masukkan halia dan kiub ayam. masukkan susu segar. Kacau lagi.
  3. Masukkan beras yang sudah dibasuh. Kacau 3 minit. Pindahkan beras ke dalam rice cooker. 
  4. Untuk sukatan air, saya masakkan 5 pot nasi + 5 pot air serta tambah 1 lagi cawan susu segar.
  5. Perasakan dengan garam cukup rasa.
  6. Gaulkan semua tepung dengan ayam dan goreng ayam hingga masak dan keemasan. ayam goreng siap.
  7. Untuk sup, leburkan halia, kiub ayam, bawang putih, & ayam sekali ke dalam periuk, biarkan mereneh.
  8. Masukkan bebola & daun sup. Perasakan dengan garam. Siap!
Resepi Nasi Butter

Resepi Nasi Butter Ala KFC Oleh Nurhafizah Mazlan

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras
  • Butter
  • 2 sudu besar Bawang merah (dikisar)
  • 1 sudu besar Bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu kecil Halia (dikisar)
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam

Cara penyediaan:

  1. Tumiskan butter, bawang putih, halia, dan bawang merah hingga naik aroma.
  2. Masukkan serbuk pati ayam, kacau.
  3. Masukkan beras, kacau hingga sebati. Pindahkan beras tadi ke dalam rice cooker.
  4. Masukkan susu segar, air, dan garam. Tunggu nasi masak.
Resepi Nasi Butter
Resepi Nasi Butter
Resepi Nasi Butter

Resepi Nasi Butter Nandos Oleh Nur Syazwani Abu Bakar

Bahan-bahan:

  • Sos peri peri nandos garlic
  • Sos peri peri nandos hot
  • Garam
  • Lada hitam
  • Garam
  • 3/4 sudu buttercup

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan perap bersama sos nandos, garam, dan lada hitam. 
  2. Bakar dengan mengunakan oven atau air fryer, bakar hingga warna bertukar keemasan.
  3. Untuk nasi, basuh beras dan masukkan garam, buttercup, tanak seperti nasi biasa hingga masak.
Resepi Nasi Butter

Resepi Nasi Butter Nandos Oleh Ain Najwa Ismail

Bahan-bahan:

  • Ayam yang siap dibasuh
  • Sos nandos
  • Beras
  • Butter
  • Mix vege
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam dalam avon dan bakar hingga masak.
  2. Apabila masak separuh, sapukan sekali lagi sos nandos pada ayam. 
  3. Nak sapu minyak sawit dan zaitun pon boleh nak bagi kulit ayam cantik dan juicy. 
  4. Sambung bakar hingga ayam masak. siap. 
  5. untuk nasi butter, basuh beras dan sukat seperti nasi biasa. 
  6. Masukkan butter, mix vege, garam ke dalam periuk.
  7. tanak hingga nasi masak. siap
Resepi Nasi Butter
Resepi Nasi Butter

Resepi Nasi Butter Nandos Oleh Siti Suriani Shariff

Bahan-bahan:

  • Butter
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Dried parsley
  • Jintan putih
  • Mix vege
  • Beras basmathi
  • Air & susu segar
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Cairkan butter, tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau dan aroma.
  2. Masukkan parsley, jintan putih, mix vege & garam secukup rasa, kacau hingga rata. 
  3. Masukkan susu segar dan air mengikut sukatan beras.
  4. Cuci bersih beras dan masukkan ke dalam rice cooker. 
  5. Masukkan bahan yang telah dimasak tadi ke dalam rice cooker, biarkan masak.
Resepi Nasi Butter

Nasi Butter Chicken Oleh Syue Haida

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras (untuk 5 orang)
  • 4 biji bawang putih(dihiris nipis2)
  • 1 biji bawang merah(dihiris nipis2)
  • Halia (diketuk)
  • 125g butter
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • 1 cawan freshmilk full cream
  • Garam 

Bahan Ayam Goreng KFC:

  • 10 ketul ayam
  • 1 cawan tepung bestari oariginal
  • 1 cawan tepung bestari spicy

Bahan Sup Chicken Meat:

  • Bahagian ayam (leher atau kaki ayam)
  • Daun sup
  • 1 kiub pati ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Air dan garam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dan masukkan butter tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. 
  2. Masukkan halia yang telah diketuk.
  3. Masukkan freshmilk full cream, kacaukan sekejap. 
  4. Masukkan beras dan kiub pati ayam, gorengkan beras sekejap. 
  5. Pindahkan beras ke dalam rice cooker, masukkan air. tunggu hingga masak.
  6. Untuk 10 ketul ayam goreng, campurkan semua tepung dan perap dengan ayam, perap lama lagi bagus.
  7. Bila nak goreng, salut sekali lagi dengan tepung, barulah goreng untuk dapatkan kulit ayam yang rangup.
  8. Untuk sup chicken meat ball, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan halia dan bahagian ayam.
  9. masukan chicken meat ball, pati ayam dan masak hingga mendidih, perasakan dengan garam dan daun sup. siap!
Resepi Nasi Butter

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Mudah bukan nak buat nasi butter ini? Anda hanya perlukan butter untuk ditanak bersama nasi sahaja. Selebihnya anda boleh olah dengan cara tersendiri seperti masukkan daun pandan, masak bersama ayam bakar, ayam goreng, mahupun ayam sos nandos. Hidangan nasi butter ini juga sesuai dijadikan menu untuk keluarga anda, nak lebih banyak resepi mudah dan simple? Boleh terus ke slot resepi red velvet cookies. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top