Resepi Ikan Merah

Resepi Ikan Merah
Resepi.me / Resepi Nasi / Resepi Ikan Merah

Resepi ikan merah sangat popular terutamanya untuk resepi ikan merah masak sup, ini kerana ikan ini mempunyai tekstur isi yang tidak mudah hancur, lembut, dan rasa manis apabila dimasak bersama sup. Boleh dikatakan ikan merah adalah yang paling sesuai untuk dimasak sup berbanding ikan-ikan lain. 

Namun di dalam slot kali ini kami akan kongsikan beberapa resepi ikan merah yang popular dalam kalangan warganet di Malaysia. Terdapat banyak cara untuk menyediakan menu hidangan ikan merah ini semuanya kami kongsikan di sini. Bagi anda yang baru hendak belajar memasak boleh terus merujuk setiap resepi yang kami kongsikan disini. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini ya. 

13 Resepi Ikan Merah Paling Popular Di Malaysia

Berikut kami kongsikan perkongsian warganet di laman sesawang facebook berkenaan menu hidangan ikan merah yang boleh anda cuba di rumah. Kesemua resepi ini adalah homemade yang mana anda boleh buat sendiri di rumah dengan menggunakan barangan yang ada di dapur rumah anda sahaja, mudah bukan. Baca hingga habis ya..

Resepi Ikan Merah Masak Sup Oleh Aida A Ibrahim

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang kecik (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Bawang besar (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Halia (hiris kasar)
  • 1 kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • Ubi ketang
  • Carrot

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis dahulu bahan yang dihiris bersama 1 kayu manis, 1 bunga lawang, dan 2biji buah pelaga. Tumis hingga naik aroma.
  2. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, apabila sudah mula keperangan, boleh masukkan air, ubi kentang dan carrot.
  3. Apabila ubi dan carrot mulai masak, masukkan ikan merah yang siap disiang dan daun sup.
  4. Apabila ikan mulai masak, masukkan tomato, garam, dan perisa secukup rasa. Siap dihidang!

Resepi Ikan Merah Masak Sup Oleh Shakila Halid

Bahan A 

  • 1 biji Bawang merah besar (dihiris)
  • 4 biji Bawang putih (dicincang halus)
  • 1 cm Halia (dihiris)
  • 2 batang Serai (diketuk)

Bahan B

  • Ikan merah
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 1 helai Daun salam
  • 1 sudu besar Rempah sup
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Cili padi 
  • Tomato
  • Air asam jawa
  • Air 

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengantumis bahan A hingga naik aroma dan bau. 
  2. Masukkan rempah sup, kulit kayu manis, dan daun salam. Kacau bersama bahan tumis tadi.
  3. Apabila bawang mulai garing, masukkan 2 cawan air dan 1 sup bunjut. Tunggu air mendidih masukkan ubi kentang dan lobak merah. 
  4. Apabila ubi kentang dan lobak merah masak, boleh masukkan ikan merah dan air asam jawa. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan tomato, cili padi dan daun sup sebagai hiasan. Siap dihidang!

Resepi Sup Ikan Merah Ainn Mustafar

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • 1 sudu rempah sup
  • Serai sebatang
  • Sup bunjut
  • Air
  • Tomato
  • Daun sup

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hingga naik aroma.
  2. Kemudian masukkan 1 sudu rempah sup, serai yang diketuk. Kacau hingga sebati.
  3. Apabila bawang sudah garing, masukkan air dan sup bunjut. Biarkan mendidih.
  4. Selepas mendidih barulah masukkan ikan merah. Tunggu hingga ikan masak.
  5. Akhir sekali barulah masukkan tomato dan hias dengan daun sup. Siap dihidang!
Resepi Ikan Merah

Resepi Sup Kepala Ikan Merah Oleh أم عقيل فوزيه يوسف

Bahan-bahan:

  • Ikan merah (boleh guna bahagian kepala)
  • 2 labu bawang besar (dihiris)  
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 inci halia 2 (diketuk)
  • Sup bunjut 
  • sup ikan adabi
  • Serai (dititik)
  • Air 
  • 3 biji kentang
  • Cili api
  • Daun sup 
  • daun bawang
  • 1 biji tomato

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan menumis bahan hirisan dan ketuk hingga naik aroma dan bau.
  2. Apabila sudah mulai garing, masukkan air, sup bunjut ikan, serai dan ubi kentang. Tunggu hingga masak
  3. Apabila ubi kentang masak, boleh masukkan cili padi dan iken merah. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang serta tomato.
Resepi Ikan Merah

Resepi Kari Ikan Merah Oleh Hasifah Che Mat

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 labu bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (ditumbuk lumat)
  • 2 kerat cili hijau
  • 1 sudu biji sawi
  • halba campur 
  • 5/6 tangkai daun kari
  • 3 biji tomato (potong 4)
  • Ikan merah (mana-mana ikan boleh)
  • 2 paket kecil serbuk kari Babas 
  • 2 ke 3 serbuk cili
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu santan
  • Air kosong

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan menumis bawang merah, bawang putih. Pastu masukkan biji sawi. Tumis hingga naik aroma. 
  2. Kemudian masukkan cili hijau, halia, daun kari dan tumiskan lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tomato, serbuk kari dengan serbuk cili/cili blend. Masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, tunggu sampai air gelegak masuk air asam jawa.
  5. selepas mendidih, masuk satu sudu kecik santan. Kacau hingga sebati. 
  6. Masukkan ikan merah dan bendi, kacau lagi seminit dan kecilkan api. Tutup periuk dalam 3 ke 4 minit. 
  7. Masukkan garam dan secukup rasa. siap!
Resepi Ikan Merah
Resepi Ikan Merah

Resepi Ikan Merah Masak Lemak Oleh Maizatul Akmar Zainal

Bahan-bahan:

  • 2 inci Kunyit Hidup (ditumbuk) @ 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 ekor Ikan Merah
  • 1 sudu besar cili api (dikisar)
  • 1 keping asam keping
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 batang serai diketuk
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Masukkan santan, air, kunyit, cili padi, serai, asam, dan garam. Masak dengan api yang sederhana. Pastikan sentiasa kacau untuk elakkan santan pecah minyak.
  2. Masukkan ikan yang telah dibersihkan. Boleh tambah kunyit untuk lebih warna kuning.
  3. Masukan hiasan daun kunyit dan sayur, biarkan mendidih sementara waktu.
  4. Tambah garam jika perlu. siap!
Resepi Ikan Merah

Resepi Ikan Merah Masak Stim Oleh Syakila Thulus

Bahan-bahan:

  • Lime juice
  • Sos Ikan
  • Kiub Ayam
  • Tomato ceri
  • Bawang Putih
  • Daun ketumbar
  • Cili padi hijau/merah
  • Gula Merah 

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan merah hingga bersih, lumurkan dengan serai dan garam ke seluruh ikan. Hiris halia dan taburkan sekata.
  2. Kukus ikan selama 20 minit @ hingga masak.
  3. Untuk kuah, tumis bawang putih, cili padi hingga naik aroma dan bau.
  4. Masukkan sos ikan dalam 2 ke 3 sudu besar dan kiub pati ayam.
  5. Masukkan 3 sudu besar jus limau dan 3 cawan air.
  6. Masukkan gula merah secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan tomato ceri. 
  8. Tuang kauh stim ini di atas ikan yang sudah siap kukus tadi. Boleh perah limau nipis untuk rasa masam. siap!
Resepi Ikan Merah
Resepi Ikan Merah

Resepi Kari Kepala Ikan Merah Oleh Munirah Mun

Bahan-bahan:

  • Kepala ikan merah 
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 10 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 3 sudu besar serbu kari ikan
  • 2 sudu besar halba campur
  • 1 sudu besar serbu cili
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • lada besar
  • bendi
  • garam 
  • perasa

Cara penyediaan:

  1. Tumis dahulu jintan manis, halba campur, bawang putih, dan bawang merah hingga naik aroma. 
  2. Masukkan daun kari, tomato, dan lada merah. Masak hingga tomato menjadi hancur.
  3. Apabila tomato mulai lumat, masukkan rempah kari dan serbuk cili. Kacau sebati.
  4. Masukkan air dan ikan merah, tunggu hingga masak.
  5. Masukkan bendi, garam secukup rasa. Dan siap dihidang!
Resepi Ikan Merah

Resepi Sup Ikan Merah Ala Thai Oleh Mizzmoon Moon

Bahan kisar:

  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang putih
  • 2 bawang merah
  • Lada hitam

Bahan tumis:

  • Serai 
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis

Cara penyediaan:

  1. Tumis dahulu bahan tumis hingga naik bau dan aroma.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau hingga sebati.
  3. Tambah air, masukkan garam, batang seleri, cili padi dan lobak merah.
  4. Biarkan mendidih, barulah masukkan ikan merah, tunggu hingga ikan masak.  
  5. Nak lagi sedap tambah kicap manis sikit dan jus limau untuk rasa masam manis. 
  6. Hias dengan daun sup dan tomato. Siap dihidang!
Resepi Ikan Merah

Resepi Sup Ikan Merah Chinese Style

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah @ ikan bawal
  • 3 inci halia
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 biji cili merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh minyak bijan

Cara penyediaan:

  1. Buat kuah dahulu, campurkan kicap cair, sos tiram, sos ikan, minyak bijan, dan gula melaka. Tambah air untuk cairkan kuah, kacau hingga sebati. 
  2. Bersihkan ikan dan letak di dalam pinggan kukusan. Taburkan halia yang dipotong nipis bersama akar dan batang daun ketumbar. Boleh kukus ikan dahulu hingga masak.
  3. Sementara tunggu ikan masak, goreng halia dan bawang putih hingga keperangan. 
  4. Apabila ikan sudah masak, tabur halia yang digoreng tadi bersama cili yang dipotong halus ke atas ikan. 
  5. Taburkan kuah yang dibuat tadi.
  6. Taburkan daun bawang, daun ketumbar, dan akhir sekali bawang putih yang digoreng tadi.
Resepi Ikan Merah

Resepi Ikan Merah Masak Halia

Bahan-bahan:

  • Ikan Merah
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang Putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Celurkan dahulu ikan merah ke dalam air panas untuk hilangkan hanyir ikan.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan aroma.
  3. Masukkan ikan yang telah dicelur tadi, tambah garam secukup rasa. Siap dihidang!
Resepi Ikan Merah

Resepi Ikan Merah Bakar

Bahan-bahan:

  • Lengkuas
  • Serai
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering(direbus)
  • Cili besar
  • Gula melaka
  • Bunga kantan
  • Pati asam jawa

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan-bahan kecuali pati asam jawa dan gula melaka.
  2. Panaskan minyak, masak bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
  3. Selepas masak, barulah masukkan gula melaka, pati asam jawa, garam, dan serbuk perasa.
  4. Boleh perap ikan merah 2 ke 3 hari sebelum aktiviti BBQ, lebihan rempah ini boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Resepi Ikan Merah

Resepi Ikan Merah Masak 3 Rasa

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • Bawang merah
  • 4 cili padi
  • Halia
  • Bawang holland
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Gula
  • Garam
  • Tomato
  • Nenas

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan goreng ikan dahulu, bersihkan ikan merah (atau ikan lain-lain pon boleh).
  2. Gaulkan kunyit, garam, dan salut dengan telur. Goreng hingga semuanya garing dan ketepikan.
  3. Untuk kuah 3 rasa, tumis bawang putih, bawang merah, cili padi, dan halia hingga keemasan.
  4. Masukkan bawang holland yang telah dipotong kecil.
  5. Masukkan cili kisar, kalau nak pedas boleh lebihkan. Tambah air jika terlalu kering.
  6. Masukkan semua jenis sos, gula, dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan tomato dan nenas yang dipotong kecil, tuang ke atas ikan yang siap digoreng tadi. Siap dihidang! 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Terdapat lebih banyak lagi resepi ikan merah yang boleh diolah dengan pelbagai cara, senarai di atas adalah antara yang popular mengikut carian oleh warganet di Malaysia. Diharap dengan perkongsian ini boleh menjadi rujukan bagi anda yang mungkin baru hendak belajar untuk memasak hidangan ikan merah ini. Nak lebih banyak resepi viral? Boleh terus ke slot resepi udang buttermilk. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top