resepi cinnamon roll

Resepi Cinnamon Roll

Anda mencari resepi cinnamon roll yang enak, lembut, dan mudah dibuat? Cinnamon roll adalah sejenis makanan yang berasal dari negara eropah yang popular di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Malah kini bagi anda yang meminati cinnamon roll ini boleh cuba untuk buat sendiri di rumah.

Terdapat banyak versi resepi untuk membuat cinnamon roll ini, anda boleh merujuk resepi yang sesuai dengan bajet semasa anda. Cinnamon roll ini boleh diajdikan sebagai sarapan pagi, makan malam, atau boleh dijadikan makanan ringan dimasa lapang. Bagi anda yang mencari barangan dapur yang murah boleh tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. 

6 Resepi Cinnamon Roll Enak Dan Sedap

Berikut adalah beberapa resepi membuat cinnamon roll yang dikongsikan oleh warganet di laman sesawang facebook untuk rujukan anda. Resepi ini adalah himpunan resepi yang popular dan viral serta telah memperoleh ratusan tanda suka dan perkongsian oleh warganet di Malaysia. Baca hingga habis ya.

Resepi Cinnamon Roll Mudah Dan Sedap Pasti Licin Oleh Shida Ambok

Bahan-bahan:

  • Roti prata @ canai instant Kawanku
  • Cinnamon powder @ serbuk kayu manis
  • Butter
  • Gula perang

Cara penyediaan:

  1. Lampirkan dua keping roti prata di atas pan yang telah dilumur butter.
  2. Sapukan butter ke atas permukaan roti prata.
  3. Taburkan serbuk cinnamon ke atas roti prata tadi, tabur secara merata.
  4. Kemudian gulung roti prata, potong pendek-pendek roll tadi.
  5. Susun semula roll tadi secara menegak dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 15 minit @ hingga warna bertukar keemasan.
  6. Siap dihidang, boleh hias dengan coklat sirap untuk lebih cantik dan rasa sedap.
resepi cinnamon roll
resepi cinnamon roll
resepi cinnamon roll

Cinnamon Roll Simple Oleh Ros Aida

Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan susu segar/full cream
  • 1/4 cawan marjerin
  • 3 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 peket yeast
  • 1/4 cawan gula castor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 telur
  • 1/4 cawan air

Bahan adunan cream:

  • 1 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1 sudu kecil cinnamon

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan panaskan susu hingga berbuih. Masukkan marjerin, kacau sampai cair. Ketepikan sampai suam
  2. Apabial sudah suam, masukkan 2 1/4 cup tepung, yeast, gula, garam, telur, air. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan baki tepung sikit demi sedikit, uli dalam 10 min. Pakai tangan Pon boleh.
  4. Tutup doh pakai kain lembap. Biarkan 10 minit, selepas 10 minit, ambil doh, canaikan jadi bentuk 4 segi.
  5. Sapu adunan cream hingga rata sampai habis
  6. Rollkan, potong pendek-pendek tapi sama besar. 
  7. Susun dalam loyang yang sudah disapu marjerin.
  8. Biarkn kembang dalam 30 min dan bakar pada suhu 190c dalam 20min.
resepi cinnamon roll
resepi cinnamon roll
resepi cinnamon roll
resepi cinnamon roll

Cinnamon Rolls Oleh Noraini Jaafar

Bahan doh:

  • 1 cawan susu suam (110°F/ 43’C)
  • 1 paket active dry yeast 
  • ¼ cawan gula 
  • 1 biji Telur saiz A,dipukul sebentar.
  • 2 sudu kecil unsalted butter, cair dan dibiar sejuk
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil garam

Bahan inti:

  • 1/2 cawan unsalted butter,cairkan
  • 1 cawan gula perang
  • 2 sudu serbuk kayu manis
  • 2 sudu kulit oren parut
  • 1 cawan dark chocolate chips 

Bahan glaze:

  • 1–1/2 cawan gula icing
  • 1/4 cawan sunquick oren
  • 1 sudu kulit oren parut (hiasan)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan susu di dalam microwave, hingga jadi suam-suam kuku(43’C/110°F)
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan yeast dan gula ,berhati2 masukkan susu suam. Biarkan yeast kembang selama 10mins.
  3. kacaukan telur and butter yang dicairkan. Masukkan tepung dan garam dengan sudu kayu dan kacau hingga sebati. 
  4. Tutup mangkuk dengan plastik, biar doh ditempat yg suam selama 1 jam dan ia akan kembang 2 kali ganda.
  5. Taburkan tepung sebelum uli doh. Gunakan rolling pin, roll doh menjadi segi empat panjang iaitu 15×20-inci.
  6. Untuk inti, campurkan butter cair, gula perang dan serbuk kayu manis hingga sebati. Dengan spatula, ratakan bahagian atas doh hingga ke semua bahagian. Taburkan hiasan kulit oren dan chocolate chips .
  7. Gulung doh kemas2 dan potong dengan pisau sebanyak 12 bahagian, lebih kurang 1 1/2 inci potongan.
  8. Letakkan gulungan doh tadi pada 13×9 inci baking pan yg telah ditaruh planta dan biarkan ia dijarakkan sedikit.
  9. Panaskan oven suhu 177’C/350°F bila oven telah panas boleh mula masukkan baking pan tadi, masak sehingga warna cinnamon roll bertukar keperangan, periksa setiap 15 minit. Tutup api oven dan buka sedikit pintu oven dan biarkan cinnamon roll di dalam oven.
  10. Untuk membuat glaze, dalam mangkuk kacaukan gula icing dan sunquick sehingga sebati.
  11. Gunakan sudu tabur glaze pada cinnamon roll yg suam tadi, jangan lupa taburkan orange parut. Siap dihidang.
resepi cinnamon roll

Resepi Cinnamon Rolls Oleh Cik Kacang

Bahan doh:

  • 1 kg tepung gandum
  • 4 telur
  • 400 ml air kosong
  • 140g gula castor
  • 100g margarine
  • 20g instant yis 
  • 10g garam

Bahan inti:

  • 1 cawan kismis
  • 1 cawan gula merah
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis 
  • Mentega untuk di sapu 

Bahan topping:

  • 113g cheese cream
  • 1 cawan icing sugar
  • 2 sudu besar margarine
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 2 sudu besar susu penuh krim

Cara penyediaan:

  1. Untuk buat doh, campurkan kesemua bahan kecuali margarine, uli hingga menjadi doh yang kenyal. Barulah masukkan margarine, uli lagi hingga semuanya sebati. Rehatkan doh selama 30 minit.
  2. Roll doh tadi hingga memanjang dan leper, sapukan butter di atas doh dan tabur gula merah, serbuk kayu manis. Lilit doh secara membulat dan tegakkan, rehatkan selama 20 minit sebelum dibakar. 
  3. Kemudian bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 20 minit. Untuk bahan topping campurkan semua bahan topping hingga sebati dan sapu selepas cinnaman roll siap dibakar. 

Cinnamon Roll Oleh Chef Khairi Mansor

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula perang 
  • 1 sudu serbuk cinnamon . 
  • 1 cawan Apple cincang
  • 1 cawan kismis
  • 200gm butter 

Cara penyediaan:

  1. Gelek doh hingga nipis, sapu permukaan dengan menggunakan butter.
  2. Taburkan bahan-bahan lain, gulung kemas dan potong pendek-pendek. Jangan terlalu padat agar roti tidak menonjol di tengah semasa bakar.
  3. Bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.
  4. Ratakan glaze, boleh gunakan marmalade orange.
  5. Boleh hias mengikut kreativiti sendiri. siap.

Cinnamon Roll Oleh Adri Oppa

Bahan-bahan A:

  • 3 1/2 cawan tepung gandum/roti
  • 1/4 cawan gula halus
  • 2 sudu kecil Yis
  • 1 biji telur A
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 1/4 cawan susu segar
  • Sedikit garam (secubit 2 ya)

Bahan-bahan lain:

  • 1 cawan kismis/buah campuran dicincang
  • 1 cawan gula merah + 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 cawan mentega cair (butter dicairkan pun boleh)

Cara penyediaan:

  1. Tepung, gula halus, garam dan butter dicampur dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan susu segar, adun lagi hingga semuanya sebati dan tidak melekat pada besen. Rehatkan doh selama 30 minit.
  3. Selepas 30 minit, leperkan doh dan sapukan mentega cair diatas doh dan taburkan gula merah hingga sekata.
  4. Taburkan juga kismis @ buah campuran dan gulung doh hingga menjadi seperti kek gulung. Potong kecil-kecil sama saiz.
  5. Susun di atas tray dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 30 minit atau hingga warna bertukar menjadi perang. 
resepi cinnamon roll

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Bagi anda yang baru kali pertama mencuba untuk membuat cinnamen roll ini pastikan kelihatan agak rumit untuk menghasilkan doh yang terbaik dan enak. Untuk lebih mudah, anda boleh sahaja menggunakan roti prata atau roti putih biasa sahaja bagi menggantikan resepi membuat doh. Namun, yang pasti jika anda buat sendiri doh ini hasilnya pasti lebih baik dan sedap. Anda nak lebih banyak resepi lauk ikan? Boleh terus ke slot resepi ikan merah. Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top