Resepi Kuih Kaswi

resepi kuih kaswi
Resepi.me / Resepi Kuih / Resepi Kuih Kaswi

Anda mencari resepi kuih kaswi yang mudah dan simple? Bagi anda yang gemar memakan kuih pastinya sinonim dengan kuih kaswi yang popular dalam kalangan orang melayu. Kuih kaswi ini sangat mudah didapati di gerai-gerai pada waktu pagi untuk dijadikan sebagai sarapan diwaktu pagi. Namun tahukah anda bahawa kuih kaswi ini sangat mudah untuk dibuat sendiri. 

Kuih ini sangat mudah untuk dibuat dan hanya memerlukan bahan yang mudah didapati di pasaraya. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa resepi kuih kaswi popular yang dikongsikan oleh warganet di dalam sesawang facebook. Resepi ini sangat mudah untuk dibuat dan semua orang boleh mencuba sendiri acuan resepi ini. Bagi anda yang memerlukan barangan dapur murah boleh terus ke hujung artikel ini untuk dapatkan voucher percuma Shopee.

12 Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan

Berikut adalah beberapa resepi kuih kaswi yang dikongsikan oleh warganet yang sangat mudah dan simple untuk dicuba. Resepi ini sangat mudah dan hampir kesemua orang boleh mencuba untuk menghasilkan kuih kaswi yang sedap dan enak untuk dimakan seisi keluarga. Selain itu, turut dikongsikan jumlah sukatan cawan yang diperlukan untuk mendapatkan adunan yang cukup rasa dan sedap dimakan. Nak tahu lebih lanjut boleh terus baca hingga habis ya.

Resepi Kuih Kaswi Pandan Sukatan Cawan Oleh Wan Nafiza Megat Hassan

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 cawan gula
  • 5 cawan air pandan
  • 1 cubit kapur

Cara penyediaan:

  1. Sediakan air pandan dengan kisar daun pandan 10 helai.
  2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan ke dalam air daun pandan. Kisar hingga semuanya halus dan sebati. Toskan.
  3. Sapukan minyak di dalam loyang dan masukkan bahan-bahan yang siap dikisar tadi, kukus selama 30 minit. 
resepi kuih kaswi

Resepi Kaswi Pandan Oleh Hjh Zainab

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air daun pandan
  • 3 cawan air biasa 
  • 1 cawan air kelapa 
  • Garam
  • 1 sudu kecil kapor.
  • Pewarna hijau sikit dan oren

Cara penyediaan:

  1. Dengan menggunakan pemukul telur, kacau semua bahan dan tapiskan.
  2. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
  3. Gunakan air kelapa untuk dapatkan kuih kaswi yang lembut.
  4. Gunakan sedikit pewarna untuk dapatkan warna yang cantik.
resepi kuih kaswi

Resepi Kaswi Gula Merah Oleh Hjh Zainab

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan tepung ubi 
  • 1 cawan gula merah 
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 2 sudu besar kicap pekat jalen 
  • 4 gelas air biasa 
  • 1 sudu kecil kapor sireh 
  • Kelapa muda putihnya sahaja
  • Sedikit garam halus 

Cara penyediaan:

  1. Masak dahulu gula merah dan gula pasir bersama pandan, jadikan dua gelas air. Setelah masak tapiskan air gula tersebut.
  2. Campur semua bahan dan kacau hingga semua sebati.
  3. Masukkan ke dalam loyang untuk kukusan selama 25 minit. Biarkan sejuk barulah salut dalam kelapa dan garam halus.
resepi kuih kaswi

Buat Kuih Kaswi @ Kasui Pandan Oleh Fatimah Saari

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air daun pandan (6helai daun dikisar)
  • 4 cawan air
  • Garam
  • Sedikit kapur makan(1 sudu plastik kfc)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan-bahan hingga sebati.
  2. Sapukan minyak ke dalam loyang agar kuih tidak melekat. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
  3. Biarkan air kukusan mendidih dahulu, barulah masukkan adunan kuih dan kukus hingga masak selama 40 minit.
  4. Gunakan lidi untuk cucuk kuih, jika tidak melekat tanda kuih sedah siap.
resepi kuih kaswi

Resepi Kuih Kaswi Oleh Nora Hashim II

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir 
  • 7 cawan air
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil kapur (bancuh dengan sedikit air)

Bahan lain:

  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Masak air dengan gula merah, gula pasir, dan secubit garam hingga smuanya sebati dan cair. Tapis dan tunggu hingga sejuk dahulu.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau sebati.
  3. Akhir sekali masukkan air kapur dan kacau hingga sebati. 
  4. Sediakan loyang untuk kukusan. Boleh guna ukuran 9×9 dan 10×10. 
  5. Panaskan kukusan hingga mendidih, kukus sehingga 30 minit atau hingga adunan kuih masak. 
  6. Boleh potong setelah adunan betul-betul sejuk, hidangakan bersama kelapa parut. 
resepi kuih kaswi

Kuih Kaswi Oleh Nor Azmah

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil kapur (bancuh dgn air)
  • 4 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan-bahan tadi. Kacau hingga semuanya sebati. Tapiskan.
  2. Sediakan kukusan dengan air yang mendidih, kukus selama ½ jam atau sampai adunan masak.
  3. Siap dihidang bersama parut kelapa.
resepi kuih kaswi

Resepi Kaswi Gedik Oleh Norhaslizawaton Eton

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih(3/4 cawan) 
  • 5 cawan air masak
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan

(masak 5 bahan ni sampi larut sejukkan) 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 2 sudu mkn air kapur

Cara penyediaan:

  1. Satukan tepung dan air gula merah, kacau dengan menggunakan whisk hingga semunya sebati. 
  2. Tapis dan masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan plastik atau disapu minyak.
  3. Kukus selama 40 minit atau hingga semuanya masak.
  4. Biarkan dahulu sejuk sebelum dihidang bersama kelapa putih dan sedikti garam.
resepi kuih kaswi

Kaswi Gedik Oleh Mariana Zainal

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula merah timbang
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam (kukus selama 3 minit supaya lambat basi)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan kukusan dengan air yang mendidih, sapu loyang dengan menggunakan minyak masak untuk elakkan daripada melekat.
  2. Campurkan gula merah, gula, air dan masak hingga semunya sebati, biarkan sejuk.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur, kacau hingga sebati. Toskan adunan sebelum kukus.
  4. Selepas toskan, boleh mula kukus hingga adunan betul-betul masak atau selama 30 minit. 
  5. Biarkan sejuk dahulu, boleh hidangkan bersama parut kelapa dan garam.
resepi kuih kaswi

Kuih Kaswi @ Kosui Oleh NorDiana Mat Desa

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 sudu air kapur
  • 1 sudu air kapur yg siap dibancuh)
  • 1 cawan gula merah
  • 3/4 cawan gula 
  • 5 cawan air 

Cara penyediaan:

  1. Campurkan gula pasir dan gula merah dengan 2 gelas air masak, panaskan dan kacau hingga gula hancur. Masukkan daun pandan untuk naik aroma. Biarkan sejuk seketika.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung ubi, dan air kapur bersama 3 cawan air. 
  3. Masukan sekali air gula yang telah sejuk tadi ke dalam adunan. Kacau hingga sebati dan toskan.
  4. Sediakan loyang dan kukus selama 30 ke 40 minit atau hingga adunan kuih masak.
  5. Biarkan sejuk dahulu, potong dan hidang bersama kelapa parut. 
resepi kuih kaswi

Resepi Kuih Kaswi Oleh Zaimah Zakaria

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 cawan air* 
  • 2 cawan gula merah*
  • 2 sudu besar air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 helai daun pandan 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan gula merah dan daun pandan bersama 2 cawan air. Biarkan air gula sejuk seketika.
  2. Campurkan bahan-bahan yang lain dan kacau hingga sebati.
  3. Sediakan loyang kukusan, sapukan minyak di dalam loyang untuk elakkan adunan melekat. 
  4. Setelah kukusan mula mendidih, kukus adunan kuih selama 45 minit atau hingga masak.
  5. Tunggu kuih sejuk dahulu, kemudian potong dan hidangkan dengan kelapa parut dan secubit garam.

Kaswi Goyang Oleh Watie Dillawatie

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 5 cawan air
  • Daun pndn
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 sdb air kapur

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan panas dan masakkan gula merah, gula putih, dan daun pandan. Pastikan gula betul-betul hancur untuk dapatkan kuih yang sedap.
  2. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi ke dalam adunan gula tadi. Toskan dan biarkan sejuk.
  3. Sediakan kukusan, setelah mendidih boleh mula kukus adunan selama 40 minit hingga masak.
  4. Biarkan sejuk, boleh hidangkan bersama kelapa parut dan garam.

Resepi Kuih Kaswi Gandum Oleh Fatin Dahalin

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula 
  • 1 cawan gula merah
  • 1/4 sudu kecil kapur(bancuh dengan sedikit air)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan hingga sebati, pastikan gula betul-betul hancur dan sebati.
  2. Tapis adunan kuih sebelum masukkan ke dalam bekas kukusan.
  3. Sapu dahulu loyang dengan minyak, biarkan air mendidih sehingga 10 minit dahulu.
  4. Kukus adunan tadi hingga masak. Biarkan sejuk dan hidang bersama parut kelapa dan garam. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Untuk membuat kuih kaswi ini tidaklah sukar kerana ia hanya memerlukan adunan dan kukusan sahaja. Berdasarkan tips yang dikongsikan, pastikan gula dan tepung yang dimasak bersama adunan betul-betul hancur dan sebati bersama adunan

Pastikan anda tos/tapis dahulu adunan kuih kaswi ini sebelum masak dalam kukusan untuk menghasilkan kuih yang cantik dan sempurna. Selain itu, pastikan anda campurkan air kelapa untuk menghasilkan kuih kaswi yang lembut dan enak untuk dimakan. Nak lebih banyak resepi? Boleh terus ke slot resepi cinnamon roll. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top