Resepi Apam Balik Rangup Sesuai Semua Topping

Resepi Apam Balik Rangup

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 30 minit

Masa Memasak: 15 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi apam balik rangup dan krispy adalah kunci kepada satu-satu apam balik itu sedap dinikmati atau tidak. Tidak seperti goreng pisang yang ramai inginkan tekstur manis lembut, Apam balik yang bertekstur rangup ini lebih digemari ramai berbanding apam balik yang lembut dan lembik. 

Boleh ikuti resepi apam balik rangup yang dikongsikan oleh saudari Helena Rizanie Abdullah ini. Ia sangat mudah dibuat dan boleh dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

Cara Penyediaan:

  1. Kisar gula dan telur sehingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan lain dan kisar lagi hingga semua sebati.
  3. Biarkan adunan selama sekurang-kurangnya 30 minit (lebih bagus jika dibiarkan semalaman).
  4. Jika terdapat buih-buih kecil, kacau rata dan tambahkan 1 sudu makan air jika adunan terasa pekat.
  5. Panaskan kuali non-stick hingga betul-betul panas. Tidak perlu sapu minyak. (Saya guna kuali berdiameter 20cm)
  6. Tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali dan goyangkan hingga rata. Kecilkan api.
  7. Apabila lubang-lubang halus muncul dan permukaan apam masak, serta tepi apam berwarna kecoklatan, taburkan sedikit gula dan sapukan marjerin.
  8. Tambahkan topping pilihan anda seperti keju, Nutella, Nestum, mentega kacang, chocolate rice, cream corn, atau susu pekat manis.

Tips:

  1. Pastikan kuali betul-betul panas sebelum tuang adunan apam balik. Gunakan api sederhana, bukan kecil atau terlalu kuat.
  2. Hidangkan apam balik ketika masih panas untuk menikmati kerangupannya. Apam akan menjadi lembik apabila sejuk.
  3. Masak secukupnya untuk sekali hidangan. Adunan lebihan boleh disimpan dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk hingga 5 hari.
  4. Untuk mendapatkan apam yang garing dan crispy, pastikan tepi-tepi apam berwarna kecoklatan sebelum dilipat dan diangkat.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top