Resepi Serabai Kuah Lemak Manis Hidangan Riang Keluarga

Resepi Serabai Kuah Lemak Manis

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 10 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 3-5 orang

Resepi kuih serabai ni sesuai buat hidangan ringan untuk anak-anak kat rumah, ideal juga buat untuk sarapan pagi. Selain rasa kuih serabai yang sedap, kuahnya juga memainkan peranan untuk hidangan yang manis dan berlemak. 

Korang nak tahu tak cara buat kuih serabai dan kuahnya yang sedap? Jom tengok resepi serabai oleh saudari Rohaida Abd Rahman kat bawah ini. 

Bahan untuk Serabai:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan air (tuang secawan demi secawan hingga mencapai kepekatan yang sedikit cair daripada adunan tepung goreng pisang)
  • 1/2 paket yis mauripan
  • 4 sudu gula
  • Secubit garam
  • Setengah paket eno (original, paket biru)

Bahan untuk Kuah Lemak Manis:

  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Seketul gula Melaka
  • 4 sudu besar gula
  • Daun pandan

Cara Penyediaan Serabai:

  1. Campurkan tepung gandum, yis, gula, dan garam dalam satu bekas. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tidak berketul.
  2. Perap adunan selama 2 jam dengan menutup bekas menggunakan tudung periuk. Adunan akan naik dua kali ganda dan berbuih.
  3. Setelah diperap, masukkan eno dan kacau hingga sebati.
  4. Pastikan adunan tidak terlalu lama diperap, cukup sekitar sejam lebih supaya serabai dapat naik dengan sempurna. Adunan harus sedikit cair daripada bancuhan tepung goreng pisang, jika terlalu cair nanti serabai akan lembik.
  5. Panaskan acuan serabai yang telah dioles dengan marjerin atau minyak. Sendukkan adunan ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Masak selama 5 minit atau sehingga tepung masak sepenuhnya.

Cara Penyediaan Kuah Lemak Manis:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati.
  2. Masak dengan api sederhana sambil terus mengacau hingga kuah menjadi pekat.
  3. Tutup api dan hidangkan kuah lemak manis bersama serabai.

Tips:

  1. Pastikan adunan serabai cukup cair untuk mendapatkan tekstur yang sempurna, namun tidak terlalu cair agar tidak lembik.
  2. Perap adunan dengan tepat agar serabai naik dengan baik.
  3. Sentiasa kacau kuah lemak manis semasa memasak untuk mengelakkan ia berketul dan memastikan kepekatan yang diingini.
Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top