resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia

Resepi ikan talapia bakar adalah salah satu aneka resepi ikan talapia yang popular di Malaysia. Terdapat banyak resepi masak ikan talapia yang menjadi carian warganet di laman sesawang google. Bagi anda yang kali pertama ingin mencuba untuk memasak hidangan ikan talapia ini bolehlah terus membaca slot perkongsian ini hingga habis. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini.

15 Aneka Resepi Ikan Talapia Popular di Malaysia

Berikut adalah beberapa resepi popular ikan tilapia yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Resepi yang dikongsikan ini adalah perkongsian oleh warganet sendiri yang popular di laman sesawang facebook group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) untuk rujukan anda. Resepi ini sangat mudah dan hanya menggunakan bahan yang boleh didapati di rumah anda sahaja.

Resepi Ikan Talapia Bakar Oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad

Bahan-bahan:

  • Ikan tilapia
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu susu pekat manis

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan yang dinyatakan, gaul sebati.
  2. Bersihkan ikan talapia dan buat hirisan pada badan ikan agar sos perapan boleh meresap ke dalam isi ikan talapia.
  3. Boleh bakar hingga masak. Kalau nak sedap boleh peram dahulu ikan semalaman.

Resepi Ikan Talapia Merah Oleh Cik Zai

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia merah
  • 3 batang serai
  • 10 biji cili api
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 labu bawang besar
  • asam jawa
  • garam @ serbuk perasa 
  • daun kesum
  • 1 helai daun kunyit

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan dahulu ikan talapia sehingga bersih.
  2. Kisar halus bahan kunyit, serai, bawang besar, lengkuas, cili api dan air asam jawa.
  3. Racik daun kunyit dan daun kesum, gaulkan bersama bahan kisar tadi.
  4. Boleh campurkan ke dalam bekas ikan yang dibersihkan tadi.
  5. Gaul hingga semuanya sebati, boleh perap jika mahu.
  6. Boleh goreng hingga masak. Siap dihidang!

Resepi Ikan Talapia Stim Oleh Florence Jonathan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan talapia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang merah besar
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 3 biji cili merah besar
  • 2 biji cili padi(ikut masing2)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Sos ikan
  • Jus limau nipis
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kecuali sos ikan dan jus limau, kisar hingga semuanya sebati.
  2. Tumis bahan kisar tadi hingga naik aroma dan bau
  3. Tambah garam dan cukup rasa
  4. Lumurkan ke atas ikan anda boleh kukus hingga ikan masak. Siap dihidang!

Resepi Ikan Talapia Berlada Oleh Rohani Ikhsan

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan talapia(saiz besar)
  • 5 biji cili padi
  • 3 biji cili hijau 
  • 2 biji cili merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah besar
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu asam jawa
  • 1 sudu gula

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ke dalam blender semua bahan kecuali bawang merah dan tomato. Kisar semua bahan hingga hancur.
  2. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau dan aroma, masukkan asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masukkan bawang merah dan tomato yang dipotong dadu.
  4. Bersihkan ikan talapia dan goreng hingga masak, boleh salut dengan salutan tepung jika nak lebih rangup.
  5. Boleh tuang bahan tumis tadi ke atas ikan talapia yang telah digoreng. siap!
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada Oleh EnaZamri Rashid

Bahan-bahan:

  • Cili api (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • Cili besar
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan talapia dahulu dan goreng hingga rangup. Boleh belah kecil atau boleh goreng seekor ikan terus.
  2. Kisar semua bahan di atas hingga hancur, kalau nak tumbuk lumat pon boleh. 
  3. Tumis hingga naik bau dan aroma, sesuaikan dengan garam dan rasa.
  4. Gaulkan bersama ikan, siap dihidang!
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Masak 3 Rasa Oleh Ellyin Tan

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 inci halia

Bahan kuah:

  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram

Bahan lain:

  • *1 batag Serai (dititik)
  • *1/2 btg Timun (dipotong dadu)
  • *1 biji Bawang Besar (dipotong bulat)
  • *1/3 biji Karot (dipotong bulat)
  • *2 hiris Nenas (dipotong dadu)
  • *5 biji Cili Api (dihiris bulat)
  • 1 biji Tomato (dipotong dadu)
  • 1/2 biji Lemon (perah jus)
  • 1 cawan Air + 1/2 sudu besar tepung Jagung
  • 2 sudu besar Garam
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit Perasa

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan dahulu ikan talapia dan lumurkan dengan garam dan kunyit, goreng hingga masak. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Tuang semua jenis sos, kacau hingga semuanya sebati.
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung, kacau bagi kuah pecah sikit.
  5. Masukkan semua bahan lain yang bertanda * dan gaul hingga sebati. Masukkan jus lemon untuk lebih rasa asid.
  6. Perasakan kuah dengan garam dan gula hingga cukup rasa. Akhir sekali tuang ke atas ikan yang digoreng tadi. 
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Hitam Oleh Norlela Baharudin

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan talapia hitam
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu besar kelapa parut (dikisar)
  • 2 ulas bawang besar (dikisar)
  • 4 cili kering (dikisar)
  • 2 cili padi (dikisar)
  • 1 sudu kunyit. (dikisar)

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan talapia dan potong kecil untuk cepat masak.
  2. Ketuk serai dan masukkan serai dalam periuk bersama ikan tadi.
  3. Kisar bahan kisar hingga lumat dan hancur. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk bersama ikan dan serai. Masukkan 3 cawan air, garam, dan gula.
  4. Masak dengan didihkan bahan kisar tadi dan ikan hingga masak dan naik aroma. Siap dihidang.
resepi ikan talapia
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Stim Ala Thai Oleh Raihanatu Zie

Bahan-bahan:

  • Ikan Talapia Hitam 
  • Hirisan limau nipis 
  • Hirisan halia 
  • Hirisan serai

Bahan-bahan sos:

  • 2 sudu minyak bijan
  • 1 cawan air @ chicken stock
  • 5 ulas Bawang putih
  • 1 batang serai
  • 4 tangkai Cili merah dan hijau
  • 1 tangkai Daun sup
  • 1 sudu Thai palm sugar
  • 2 sudu Sos ikan

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan ke dalam perut ikan. Kukus ikan menggunakan kaedah water bath. Kukus separuh masak dahulu.
  2. Kemudian, buang air ikan dan masukkan bahan sos kemudian kukus lagi hingga ikan betul-betul masak. Siap dihidang
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Sweet Sour Oleh Roziana Jalani

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia
  • 1/2 biji Bwg holland (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus_
  • sikit halia (diketuk)
  • Timun (dipotong dadu)
  • 1/2 biji tomato (dipotong dadu)
  • suku carroct potong dadu
  • cili api
  • sos tiram
  • sos tomato 
  • sos cili

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan dan goreng ikan dahulu.
  2. Buat kuah dengan tumis bawang holland, bawang putih dan halia hingga naik aroma.
  3. Masukkan bahan sos, kacau hingga sebati, tambah air jika terlalu pekat.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan timun, tomato, dan carrot yang dipotong dadu.
  5. Sesuaikan dengan garam dan gula, tuang ke atas ikan yang siap digoreng tadi.
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Bakar Mudah Oleh Siti Norhaliza Ramli

Bahan-bahan:

  • 3 ekor Ikan talapia
  • 2 sudu garam halus
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 10 batang cili kering direbus
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 batang serai

Bahan colek:

  • 3 ulas cili api potong
  • 1 ulas bwg kecik potong
  • 3 sudu kicap manis
  • 5 sudu budu
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan dahulu ikan dengan serbuk kunyit dan garam, peram seketika.
  2. Kisar bawang merah, serai, bawang putih, dan lumurkan bahan-bahan tadi ke atas ikan. 
  3. Boleh bakar hingga masak, kalau nak lebih sedap boleh perap dahulu semalaman.

 

resepi ikan talapia
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia 3 Rasa Ala Thai Oleh Aroma Bonda

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan talapia

Bahan yang dihiris:

  • 10 biji cili api
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu sos ikan
  • 2 sudu sos tiram
  • 8 sudu sos cili
  • Garam secukup rasa
  • Gula

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan ikan dengan cili kisar, goreng ikan hingga masak dan ketepikan
  2. Tumis bawang putih dan masukkan bawang yang dihiris, sos cili, sos ikan, dan sos tiram.
  3. Masak hingga pecah minyak dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Tuang ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. Siap dihidang!
resepi ikan talapia
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Ala Thai Oleh Mizzmoon Moon

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia 
  • Akar ketumbar
  • Limau nipis
  • Tomato
  • Karrot
  • Batang sedari
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu besa sos ikan

Bahan kisar:

  • 8 Bawang putih
  • 2 bwang besar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 inci lengkuas

Bahan tumis:

  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis dahulu bahan tumis hingga naik aroma dan bau
  2. Masukkan bahan kisar, kisar hingga mendidih. Masukkan air dan perasakan dengan garam.
  3. Masukkan bahan-bahan lain yang dipotong, tomato, karrot, batang sedari.
  4. Masukkan ikan dan kacau hingga masak, tuang sos ikan anda jus lemon.
  5. Hias dengan daun sup dan tomato. Siap dihidang!
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Masak Lemak Oleh Nur Aisya

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia
  • Kunyit idup
  • Garam kasar
  • Cili api
  • Santan pekat
  • Perasa

Cara penyediaan:

  1. Kisar atau tumbuk cili api, garam, dan kunyit hingga lumat, masukkan ke dalam kuali,
  2. Masukkan belimbing dan air ke dalam kuali, masukkan santan sekali.
  3. Panaskan hingga menggelegak dan kacau lagi hingga kuah pekat. Siap dihidang!
resepi ikan talapia

Resepi Ikan Talapia Masak Tempoyak Oleh Umihanie Aziz

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia sangkar
  • Tempoyak
  • Daun kunyit 
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Petai
  • Cili padi
  • Kunyit hidup
  • Gula dan garam

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan tumbuk cili padi merah dan hijau serta kunyit hidup.
  2. Bancuh 2 senduk tempoyak bersama air setengah cawan. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
  3. Selain masuk dalam kuali, boleh balut dengan daun pisang dan bakar. 
resepi ikan talapia
resepi ikan talapia
resepi ikan talapia

Resepi Talapia Masak Pedas Thai Oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan talapia
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar thai cili paste
  • 5ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 7 biji cili padi (dihiris halus)
  • 1 biji cili merah (dicincang halus)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Halia (dihiris)
  • 1 sudu minyak zaitun

Cara penyediaan:

  1. Salut dahulu ikan talapia bersama garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Tumis bahan cili merah, cili padi, halia, dan bawang hingga naik aroma
  3. Masukkan 1 sudu pes cili padi, sos cili thai, dan 1 sudu cili kisar. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan jus limau, sos ikan, dan daun limau purut, masak lagi hingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Curahkan kuah tadi ke atas ikan, siap dihidang!
resepi ikan talapia

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Terdapat banyak lagi hidangan yang boleh dibuat dengan menggunakan ikan talapia ini. Bukan sahaja mudah dan enak dimasak, ikan talapia ini juga sangat mudah diperoleh di pasaraya di Malaysia. Anda boleh jadikan hidangan ini sebagai menu harian untuk seisi keluarga anda. Nak lebih banyak resepi unik dan simple? Boleh terus ke slot resepi kerang. Semoga bermanfaat!  

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top