Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal

Resepi ikan bawal boleh diolah dengan beberapa cara mengikut citarasa dan kehendak masing-masing. Resepi masak ikan bawal ini boleh sahaja diolah sendiri atau boleh juga diambil daripada resepi yang dikongsikan oleh orang ramai. 

Terdapat banyak resepi masak ikan bawal yang dikongsikan oleh warganet untuk rujukan anda. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa resepi ikan bawal yang viral dan mudah untuk dihidang di rumah untuk seisi keluarga anda.

17 Resepi Ikan Bawal Popular Dan Mudah

Berikut adalah beberapa versi resepi masakan ikan bawal yang boleh dijadikan rujukan kepada anda yang baru ingin mencuba untuk mempelajari resepi ikan bawal. Ikan bawal adalah sejenis ikan laut yang serbaguna dan boleh diolah mengikut beberapa jenis masakan. Yang pasti hampir kesemua resepi ini boleh disediakan dengan cepat dan mudah sahaja.

Tambahan, bagi anda yang mencari alatan dapur yang murah dan jimat, anda boleh mencari di laman jual beli dalam talian Shopee. Di hujung ini terdapat voucher percuma Shopee untuk anda tebus dan gunakan. Selamat membeli!

Resepi Ikan Bawal Emas Oleh Ina Nisa

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal emas
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Serai (diketuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Cili kering (dikisar)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Gula dan garam
  • Serbuk cukup rasa

Bahan hiasan:

  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Tomato
  • Daun bawang
  • Daun sup

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan tumis bahan yang diketuk. Masukkan serai yang di ketuk dan masak hingga naik aroma barulah masukkan cili kering yang dikisar tadi.
  2. Masak hingga cili kering hingga garing, masukkan air untuk jadikan sebagai kuah.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam secukup rasa. 
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan ikan bawal emas, tunggu hingga masak.
  5. Selepas sudah masak barulah masukkan bahan hiasan. Siap dihidang! 

Ikan Bawal Emas Stim Halia Oleh Ailime Ron

Bahan-bahan:

  • Halia
  • Limau nipis
  • Daun limau purut (ambil daun sahaja, buang urat)
  • Bawang putih 5 ulas (ditumbuk)
  • Tomato
  • Bawang holland
  • Cili padi
  • Kiub Knor ¼
  • Fishsauce
  • Oyster sos ½ sudu besar
  • Tepung ubi 

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan panaskan air di dalam kuali, bergantung samada nak kuah banyak atau sikit.
  2. Masukkan ikan dan bahan-bahan yang dihiris dan fishsouce, oyster sos, tepung ubi. 
  3. Kalau nak lebih rasa masam boleh tambah air limau.
  4. Tutup kuali dan biarkan kukusan selama 5 ke 6 minit atau hingga ikan bawal masak. Siap dihidang.

Ikan Bawal Emas Masak Asam Oleh Puan Nadia Azaheri

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal
  • Air asam

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Halia
  • Belacan

Bahan hiris:

  • 1 biji bawang besar
  • Halia
  • Cili merah

Cara penyediaan:

  1. Sapu dahulu ikan bawal dengan kunyit dan garam. Goreng hingga garing. 
  2. Tumis bahan kisar hingga naik aroma. 
  3. Masukkan sedikit kunyit ke dalam bahan tumisan. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air serta garam, gula, dan secukup rasa.
  5. Apabila sudah mula mendidih, masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi.
  6. Taburkan bahan hiris sebagai hiasan. Siap dihidang.
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Oleh Nazuhaina Azu

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal / siakap
  • Sweet chilli sauce
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Halia
  • 3 batang serai
  • Bawang holland
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Nenas yang dipotong
  • Capsicum
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan sapu kunyit dan garam pada ikan bawal. Ketepikan dahulu biarkan meresap ke dalam isi ikan bawal. Goreng hingga ikan bawal garing.
  2. Untuk kuah mulakan dengan kisar bawang besar, bawang putih, dan halia hingga halus. 
  3. Tumis bahan kisar tadi bersama serai hingga naik aroma. Masukkan sos cili, sos tomato, sos thai dan sos tiram.
  4. Masukkan bahan hiasan nenas, daun ketumbar, bawang holland, dan capsicum. Siap dihidang!  
Resepi Ikan Bawal
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour Oleh اراني زواوي

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan bawal
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah 
  • 1 cm halia
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar Sos tiram
  • garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Sediakan dahulu ikan bawal disalut dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia dengan menggunakan sedikit minyak gorengan ikan bawal tadi.
  3. Masukkan sos tomato dan cili, masukkan air jika terlalu pekat.
  4. Setelah mendidih, masukkan nenas dan garam secukup rasa. Hidangkankan dengan hiasan cili merah dan daun bawang yang dihiris.
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal 3 Rasa Oleh SuiSan Aliezsha

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal
  • Cili kering (dikisar)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Jus limau
  • Bawang putih (diketuk)
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili api (dipotong kecil)
  • Serai (dihiris)
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Sediakan dahulu ikan bawal dengan perap bersama garam dan kunyit. Goreng hingga semuanya garing.
  2. Gunakan sedikit minyak yang digoreng tadi untuk tumis bawang putih, cili kering, dan semua jenis sos. Masukkan air jika terlalu pekat.
  3. Masukkan jus limau dan tambah garam dan serbuk perasa. Kacau hingga mendidih. 
  4. Masukkan ikan bawal yang digoreng tadi ke dalam kuah beserta hiasan daun ketumbar atau nenas yang dipotong. Siap dihidang.
Resepi Ikan Bawal

Resepi Kari Ikan Bawal Oleh Fatihah Sallehuddin

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal
  • Asam keping
  • Biji sawi
  • Daun kari
  • Cili hijau
  • Halba
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah kari ikan
  • Tomato
  • Bendi

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan menumis biji sawi, halba dan daun kari hingga naik aroma, masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia. Tumis hingga naik aroma.
  2. Bancuh rempah kari ikan bersama air, masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan asam keping untuk rasa masam, tambah air jika kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan ikan bawal tadi, pastikan kuah menutup kesemua habagian ikan tadi.
  5. Masukkan bahan sayur-sayuran, masak hingga semuanya lembut. Siap dihidang!
Resepi Ikan Bawal
Resepi Ikan Bawal

Resepi Kari Ikan Bawal Oleh Siti Fatimah

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal
  • 1 bungkus Rempah kari ikan
  • Air asam jawa
  • Sedikit santan
  • Garam @ pati ayam knorr
  • 4 ulas bawang kecil (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)

Bahan tumis: 

  • Daun kari
  • 3 ulas bawang kecil (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • Halba campur(dihiris nipis)

Bahan hiasan:

  • 6 biji bendi
  • 8 biji Cili padi (dibelah 2)
  • 2 biji Tomato
  • Daun bawang

Cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan tumis dan tumis hingga naik aroma, masukkan rempah yang dibancuh bersama air ke dalam bahan tumis tadi. Tumis dan kacau hingga semuanya sebati.
  2. Masukkan air asam jawa, santan, garam dan pati ayam, masak lagi hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan bawal, bendi, cili hijau, tomato, dan daun bawang, masak hingga ikan bawal masak. Siap dihidang!
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Hitam Oleh Riyadhi Ramlan

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal hitam
  • 1 bawang merah besar
  • 2 batang kayu manis
  • Cili merah (hiasan)
  • Kicap manis

Cara penyediaan:

  1. Siang ikan bawal dan bersihkan dengan air asam jawa, kemudian lumurkan bersama kunyit dan garam.
  2. Gorang ikan bawal tadi hingga garing dan keemasan.
  3. Gunakan sedikit minyak gorang ikan tadi untuk tumis bawang besar, 2 kayu manis, dan cili merah hingga naik aroma.
  4. Masukkan kicap dan air, sesuaikan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ikan bawal yang digorang tadi. Siap dihidang! 
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Hitam Kasturi Oleh Aliaa Mursyida

Bahan-bahan:

  • 2 ekor Ikan Bawal Hitam yang digoreng.
  • 3 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 inci Halia (dikisar)
  • 4 batang cili besar merah (dikisar)
  • 3 batang cili besar Hijau (dikisar)
  • 2 batang serai diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • Setengah cawan santan pekat
  • Air kosong

Cara penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan kisar yang dinyatakan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan dahulu serai dan daun limau purut.
  3. Apabila sudah naik aroma, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga naik aroma.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya untuk elakkan terlalu pekat.
  5. Kacau hingga pecah minyak dan masukkan asam keping, garam dan gula. Tuang ke atas ikan bawal hitam yang siap digorang tadi.
Resepi Ikan Bawal
Resepi Ikan Bawal

Ikan Bawal Hitam Masak Taucu Oleh Zarinah Abu Yazid

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan bawal hitam (digoreng)
  • 3 sudu besar taucu
  • 2 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 2 biji cili merah/hijau (potong memanjang)
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 sb gula @ secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Goreng dahulu ikan bawal hingga garong. ketepikan
  2. Tumis bahan cili, halia, dan bawang besar hingga naik aroma. 
  3. Masukkan taucu, kacau sebentar hingga sebati dengan tumisan.
  4. Masukkan air asam jawa dan gula. Kacau lagi hingga mendidih. 
  5. Masukkan ikan bawal hitam yang telah digoreng tadi.
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Masak Kicap Oleh Maryam Hussain

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal 
  • 1 biji bawang kecil (dikisar) 
  • 2 biji bawang putih (dikisar) 
  • 1 inci halia (dikisar) 
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • 1 biji bawang holland (dipotong kasar) 
  • Daun ketumbar 
  • Cili besar / cili padi 
  • Kicap pekat 
  • Kicap manis
  • Sos ikan 
  • Sos tiram 

Cara penyediaan:

  1. Gaul ikan bersama kunyit dan garam dan goreng hingga warna ikan keemasan.
  2. Sediakan bahan kisar dan tumis hingga naik aroma. 
  3. Masukkan cili kisar hingga pecah minyak, barulah masukkan semua jenis bahan sos.
  4. Sesuaikan rasa dengan garam gula.
  5. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi bersama-sama bahan hiasan seperti tomato, cili padi, bawang holland dan daun ketumbar. Gaul sebati dan siap dihidang!
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Masak Sos Fazirawati Che Isa

Bahan-bahan:

  • 1/2 Bawang putih 
  • 4 tangkai cili api 
  • Sos nampla 
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Garam gula 
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Daun ketumbar 

Cara penyediaan:

  1. Sapukan dahulu ikan bawal bersama kunyit dan garam, goreng hingga warna bertukar menjadi keemasan dan garing. 
  2. Tumbuk bawang putih, cili api, dan bawang putih hingga lumat. Tumis hingga naik aroma.
  3. Masukkan semua jenis sos dan kacau hingga sebati. 
  4. Masukkan air, gula dan garam. Kacau lagi hingga naik mendidih.
  5. Masukkan tomato, bawang besar, cili besar dan kacau lagi hingga semuanya lembut.
  6. Akhir sekali masukkan ikan bawal yang siap digoreng. Hias dengan daun ketumbar.
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Stim Oleh Raja Azreen

Bahan-bahan:

  • Ikan Bawal siap dibasuh
  • Halia dipotong batang mancis
  • Batang Daun Bawang
  • Cili Padi
  • Bawang Putih

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1/2 sudu gula

Bahan Goreng: 

  • Bawang putih digoreng 

Cara penyediaan:

  1. Goreng bawang putih hingga keemasan, tutup api dan letak bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah ke atas ikan bawal
  2. Kukus ikan bersama hali selama 5 minit, letakkan bahan sos dan bahan goreng. Siap dihidang!
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Putih Masak Steam Oleh Sharifah Aimi Ahmad

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan bawal
  • 3 batang Serai 
  • Daun Tom Yam
  • 1/2 inci Halia
  • 3 biji Bawang Putih
  • 1 biji Bawang Holand
  • Garam dan Gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Cuci ikan bawal hingga bersih.
  2. Satukan semua bahan-bahan tadi, kacau hingga semuanya sebati.
  3. Letakkan ikan bawal di dalam kukusan dan lumurkan bahan-bahan yang disatukan tadi ke atas ikan bawal.
  4. Kukus hingga ikan bawal masak. Siap dihidang!
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal 3 Rasa Ala Thai Oleh Nisa Chek

Bahan-bahan:

  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Asam jawa
  • Perencah tomyam
  • Lada
  • Nenas
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Lada benggala

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan dahulu ikan bawal dan masukkan garam serta satu sudu kecil tepung gandum untuk lebih garing apabila dimasak. Goreng dan ketepikan.
  2. Potong kecil dan petak-petak bawang besar, tomato, cili besar, lada banggala, dan nenas.
  3. Tumbuk hingga lumat bawang putih dan cili.
  4. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik aroma.
  5. Masukkan air asam jawa, perencah tom yam, sos cili, dan sos tiram. 
  6. Masukkan garam dan secukup rasa. Kacau lagi hingga semuanya sebati dan mendidih. 
  7. Masukkan bahan yang dipotong kecil tadi, kacau hingga semuanya lembut.
  8. Tuang kuah tadi ke atas ikan bawal yang digoreng. Siap dihidang!
Resepi Ikan Bawal
Resepi Ikan Bawal

Resepi Ikan Bawal Masak Merah Oleh Tengku Syazwanie

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal (besar)
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (ikisar)
  • 1 inci halia (ikisar)
  • 4 sudu sos tomato 
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu cili boh
  • 1 biji buah tomato

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan ikan bawal dengan kunyit dan garam, goreng hingga keemasan. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar serta cili boh hingga naik aroma dan pecah minyak. Nak sedap tumis dengan minyak goreng ikan bawal tadi.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili, dan buah tomato serta sedikti air untuk jadikan kuah.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Boleh masukkan ikan dan gaul hingga sebati bersama kuah. Siap dihidang!
Resepi Ikan Bawal

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir kata

Ikan bawal dikenali sebagai ikan yang sangat mudah untuk dimasak walaupun dimasak dengan pelbagai cara dan hidangan. Terdapat banyak lagi resepi masakan ikan bawal yang boleh dicuba untuk anda. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yang sedang mencari resepi ikan bawal untuk menu harian keluarga anda. Nak belajar buah kuih? Boleh terus ke slot resepi kuih kaswi. Semoga bermanfaat!

Scroll to Top
Scroll to Top