Resepi Udang Buttermilk

Resepi Udang Buttermilk
Resepi.me / Resepi Nasi / Resepi Udang Buttermilk

Resepi udang buttermilk adalah salah satu menu hidangan yang kian popular terutamanya dalam kalangan orang muda di Malaysia. Menu udang buttermilk ini ibarat hidangan lauk yang popular dan menjadi pilihan ramai golongan anak muda. Di dalam slot ini kami kongsikan beberapa resepi udang buttermilk yang dikongsikan oleh warganet sendiri untuk rujukan anda.

Bagi anda yang mencari barangan dapur murah dan jimat anda boleh tebus percuma voucher Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. Resepi-resepi yang dikongsikan disini adalah perkongsian daripada warganet sendiri, jadi ia sangat sesuai untuk masakan di rumah dan tidak memerlukan bahan-bahan yang rumit dan sukar didapati. 

10 Resepi Udang Buttermilk Mudah & Enak

Berikut adalah beberapa resepi udang buttermilk yang popular di laman sesawang facebook untuk panduan anda. Resepi-resepi ini sangat bagus untuk anda yang baru mula belajar untuk menyediakan hidangan udang buttermilk ini. Baca hingga habis ya..

Resepi Udang Buttermilk Oleh Hafizah Sarif

Bahan-bahan:

  • Butter
  • Daun kari
  • Cili api
  • Bawang putih
  • Susu cair
  • Garam
  • Udang
  • Tepung

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan cairkan butter dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan daun kari, cili api dan bawang putih, tumis hingga naik aroma dan warna bertukar perang sedikit.
  3. Masukkan susu segar, boleh guna susu cair yang dalam tin.
  4. Masukkan garam dan biarkan ia mendidih sekejap.
  5. Masukkan udang @ ayam, gaul hingga sebati
  6. Kalau nak lebih rangup boleh goreng dahulu udang @ ayam dengan tepung.

Resepi Udang Buttermilk Oleh Syaa Fikaa  

Bahan-bahan:

  • Udang (digoreng guna tepung bistari)
  • Butter
  • Susu cair
  • Bawang putih
  • Bawan besar
  • Cheese 
  • Cili
  • Daun kari

Cara penyediaan:

  1. Sediakan udang yang telah digoreng dengan tepung bistari. Keringkan daripada minyak.
  2. Masak butter dengan api yang perlahan, masukkan daun kari, bawang putih, bawnag besar dan cili yang telah diracik dan dipotong.
  3. Masukkan cheese, kacau hingga cari dan sebati bersama butter.
  4. Masukkan susu cair kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul hingga semuanya sebati. Siap dihidang!

Udang Masak Buttermilk Oleh Mimie Khuzaimawaty

Bahan-bahan:

  • Udang harimau
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kayu manis
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Butter
  • Daun sup

Cara penyediaan:

  1. Carikan butter dengan api yang perlahan untuk elakkan hangus.
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili padi, daun kari, tumis hingga naik bau dan aroma. 
  3. Apabila sudah naik bau dan mendidih, masukkan susu cair. Boleh sesuaikan rasa garam dan gula pada masa ini. 
  4. Masukkan udang yang telah digoreng, gaul hingga semuanya sebati. Siap dihidang!

Resepi Udang Buttermilk Oleh Siti Nur Ain Azizan

Bahan-bahan:

  • 12 ekor udang 
  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter
  • 1 cawan minyak masak
  • Sedikit garam
  • Tepung jagung
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 cili padi (dihiris)
  • 1 mangkuk kecil cawan susu segar
  • Butter
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Salut dahulu udang bersama telur dengan tepung, goreng hingga separa garing. ketepikan.
  2. Cairkan butter dengan api yang perlahan, tumis daun kari, bawang putih, dan cili padi.
  3. Selepas mendidih masukkan susu cair dan garam cukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi. Siap dihidang!

 

Udang Buttermilk Oleh Hani Myhanie Ali

Bahan-bahan:

  • 8 ekor udang 
  • 8 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong halus)
  • 3 tangkai daun kari
  • 6 biji cabai melaka (dipotong kasar)
  • 1 keping cheese

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan dan goreng setengah masak udang bersama 1sudu kecil garam halus & kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 sudu besar buttercup bersama 3 sudu besar minyak lebihan goreng udang tadi.
  3. Tumis bawang putih, bawang besar, daun kari, dan cabai hingga naik aroma.
  4. Masukkan susu cair dan 1 keping cheese. Sesuaikan rasa dengan garam dan cukup rasa.
  5. Masukkan udang dan siap dihidang!

Udang Buttermilk Oleh Sabrina Sabri

Bahan-bahan:

Udang

  • 20 ekor udang segar (saiz sederhana)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • **gaul sebati

Sos Buttermilk

  • 2 sudu butter
  • 5 biji cili padi (potong halus)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 ulas bawang merah (potong halus) 
  • 2 tangkai daun kari
  • 150ml susu cair
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 susu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Goreng dahulu udang separa masak. ketepikan.
  2. Gunakan 2 sudu minyak masak udang tadi, masukkan butter dan cairkan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari, cili padi (nak pedas boleh tambah lagi) hingga naik bau dan aroma.
  4. Masukkan susu cair dan kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan garam, serbuk kunyit, serbuk kari, kacau sebati..
  6. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi. 

Udang Masak Buttermilk Oleh Hafiszah Hanafiah

Bahan-bahan:

  • 20 ekor udang
  • 3 sudu besar butter
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 tin susu cair
  • Minyak masak
  • Daun kari
  • cili padi
  • Tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan goreng udang dahulu, salut udang dengan tepung dan goreng separa masak.
  2. Panaskan kuali dan cairkan butter, tumis bahan-bahan tumis hingga naik aroma.
  3. Masukkan susu cair, biarkan mendidih sekejap. Boleh tambah garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali boleh masukkan udang gaul hingga sebati.
  5. Boleh ganti ayam dan sotong.

Udang Buttermilk Super Senang Oleh Asnie Nazzurriddin

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Daun kari
  • Lada cili (dipotong bulat)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Butter
  • Tepung jagung (untuk goreng udang)
  • Susu cair
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Goreng dahulu udang hingga separa masak (ketepikan dahulu)
  2. Gunakan sedikit minyak goreng udang, masukkan butter, cairkan.
  3. Masak bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, daun kari, cili tumis sampai garing.
  4. Masukkan susu cair, selepas mendidih masukkan udang, gaul sekata. boleh adjust garam masa ini.
  5. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekat kan kuah. Siap untuk dihidang!

Udang Buttermilk Oleh Nurul Adierah Rasul

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Daun kari
  • Butter
  • Susu cair
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Gula 
  • Garam
  • Tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Masukkan butter dan cairkan dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan bawang putih, cili yang telah dicincang.
  3. Masukkan susu cair dan daun kari, kacau hingga mendidih.
  4. Masukkan tepung jagung untuk kuah pekat sikit.
  5. Masukkan udang dan gaul hingga semua udang masak.

Udang Galah Masak Buttermilk Oleh AbamJambang

Bahan-bahan:

  • 20 ekor udang galah
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 3 biji cilipadi (dipotong)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • Krimer Sejat
  • 2 sudu besar Mentega
  • 1 tangkai Daun Kari
  • Garam & Maggi Cukup Rasa

Cara penyediaan:

  1. Masukkan butter dalam kuali dan cairkan dengan api yang perlahan-lahan.
  2. Masukkan bawang putih, daun kari, dan bawang merah hingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan gaul hingga udang bertukar warna merah.
  4. Tuang setengah tin susu cair.
  5. Akhir sekali masukkan cili padi, nak pedas boleh tambah.
  6. Boleh tambah garam dan cukup rasa. Siap dihidang!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Hampir kesemua resepi yang dikongsikan ini mempunyai persamaan dari segi bahan-bahan yang digunakan. Namun anda boleh olah resepi ini mengikut citarasa anda seperti jika mahu lebih pedas boleh tambah lebih banyak cili padi atau jika anda mahu lebih cheese, boleh tambah sekeping dua cheese ke dalam kuah butter. Anda peminat ikan talapia? Boleh terus ke slot resepi ikan talapia. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Exit mobile version