Resepi Nasi Arab Mudah Senang Je Nak Buat

Resepi Nasi Arab Mudah

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 35 minit

Masa Memasak: 40 minit

ionicons-v5-j

Menu: 6-8 orang

Suka makan nasi arab tapi leceh nak buat banyak benda, jom tengok resepi nasi arab mudah dan senang nak buat oleh saudari Nur Aisya ini. Di dalam resepi ni ada beritahu bahagian yang paling penting untuk nak dapatkan nasi ayam yang sedap adalah pada ramuan sup ayamnya.

Dari ramuan sup ayam inilah akan diolah untuk dibuat nasi arab dan salsa yang enak bila dimakan bersama. Nak lagi detail boleh check resepi kat bawah ni:  

Bahan Salsa/Sambal Arab:

  • Air rebusan ayam
  • Cili api
  • Cili besar
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam sedikit
  • Jus lemon

Bahan Salatoh:

  • Air rebusan ayam
  • Tomato
  • Timun
  • Bawang besar
  • Daun pudina (boleh ganti dengan ketumbar)
  • Gula dan garam
  • Jus lemon

Bahan Sup Ayam:

  • 3 keping paha ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil rempah kurma
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan Perap Ayam:

  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Sos tiram
  • Garam
  • Perasa
  • 1 sudu besar madu atau gula
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan Nasi:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang)
  • Marjerin, mentega atau minyak sapi
  • Beras basmathi
  • Air rebusan ayam
  • Pewarna makanan (minyak carotina)
  • Daun ketumbar

Cara Penyediaan Salsa/Sambal Arab:

  1. Kisar semua bahan (cili api, cili besar, tomato, bawang putih, daun ketumbar) bersama air rebusan ayam.
  2. Tambahkan garam dan perah sedikit jus lemon. Kisar hingga halus.

Cara Penyediaan Salatoh:

  1. Potong dadu tomato, timun, dan bawang besar.
  2. Hiris daun pudina atau ketumbar. Gaul semua bahan dalam satu bekas.
  3. Tambah sedikit gula dan garam, serta perah jus lemon. Gaul rata.

Cara Penyediaan Sup & Perap Ayam:

  1. Rebus paha ayam bersama bawang besar, tomato, jintan manis, lada hitam, biji ketumbar, buah pelaga, kiub ayam, serbuk kunyit, rempah kurma, minyak masak dan garam hingga ayam masak.

  2. Simpan air rebusan untuk masak nasi dan sup.
  3. Angkat ayam dan perap dengan serbuk cili, serbuk kari, sos tiram, garam, perasa, madu atau gula, dan minyak masak selama beberapa minit.
  4. Panggang ayam pada suhu 150°C selama 30 minit, sapu lebihan bahan perapan selepas 15 minit untuk mendapatkan ayam yang berkilat dan cantik.

Cara Penyediaan Nasi Arab:

  1. Tumis bawang besar, halia, dan 3 sekawan dalam marjerin, mentega atau minyak sapi hingga garing.

  2. Masukkan beras basmathi yang telah direndam selama 30 minit dan tumis hingga garing.
  3. Tambahkan air rebusan ayam dan masak hingga nasi kering.

  4. Titiskan pewarna makanan dan tutup periuk. Biarkan selama 10 minit sebelum kacau nasi.

  5. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidang.

Tips:

  • Untuk rasa yang autentik, gunakan minyak sapi dalam tumisan nasi.
  • Pastikan bahan tumis betul-betul garing untuk menambahkan aroma pada nasi.
  • Rendam beras basmathi selama 30 minit untuk mendapatkan nasi yang lembut dan tidak melekat.
  • Bakar ayam dengan sapuan bahan perapan tambahan untuk mendapatkan kulit yang berkilat dan rasa yang lebih sedap.

Selamat mencuba resepi Nasi Arab yang mudah dan sedap ini!

Kredit Nur Aisya 

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top