Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 35 minit
Masa Memasak: 45 minit
Menu: 6-7 orang
Yang suka makan nasi arab mestinya kenal nasi arab kabsah, nasi arab ini mempunyai rasa yang berbeza disebabkan kerana mempunyai ramuan kabsah iaitu campuran herba-herba seperti ketumbar, jintan, palaga dan lada hitam. Dengan ramuan rempah ini menjadikan rasa nasi arab kabsah ini lebih kuat dan warna lebih terang.
Jom lihat resepi nasi arab kabsah mudah yang dikongsikan oleh saudari Fara Amirullah ini. Ramuan rempah kabsah ini boleh dibuat sendiri dan sangat mudah, untuk kombinasi lebih enak boleh makan bersama salsa arab.
Bahan:
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 1 inci halia
- 1 batang carrot (disagat)
- 1 biji capsicum
- 1 batang kulit kayu manis (ceylon)
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 sudu makan rempah kabsah
Bahan Rempah Kabsah:
- 1 sudu makan bunga cengkih
- 2 sudu makan ketumbar
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan buah pelaga
- 1 sudu makan lada hitam
Cara Penyediaan:
- Sangai semua bahan rempah kabsah hingga naik bau.
- Kisar kering bersama 1 sudu serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit.
- Cairkan 4 sudu makan minyak sapi atau ghee dalam periuk.
- Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga naik bau.
- Masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia, tumis hingga kekuningan.
- Tambah tomato cincang dan 2 sudu makan tomato purée, kacau rata.
- Masukkan rempah kabsah yang telah dikisar dan 1 kiub ayam.
- Tambah kismis mengikut citarasa.
- Masukkan potongan ayam dan kacau hingga sebati.
- Tambah air sehingga paras ayam, rebus hingga ayam separuh masak, kemudian keluarkan ayam.
- Basuh beras hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk dengan air rebusan ayam dan rempah kabsah yang telah dimasak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Bila nasi hampir kering, masukkan semula ayam ke dalam periuk dan tutup periuk sehingga nasi masak sepenuhnya.
Tips:
- Untuk rasa yang lebih sedap, biarkan rempah kabsah disangai lebih lama sebelum dikisar.
- Gunakan minyak sapi asli untuk aroma yang lebih harum.
- Rendam beras basmathi selama 30 minit sebelum dimasak untuk mendapatkan tekstur nasi yang lebih lembut dan berasingan.
- Jika suka pedas, boleh tambah lebih serbuk cili dalam rempah kabsah.
Selamat mencuba resepi Nasi Arab Kabsah yang pasti memikat selera keluarga!
Kredit Fara Amirullah