resepi kerabu mangga

Resepi Kerabu Mangga

Resepi kerabu mangga adalah salah satu hidangan sampingan yang popular dalam kalangan orang melayu. Keunikan utama hidangan ini adalah ia mempunyai rasa masam, manis, dan juga masin hasil daripada gabungan beberapa bahan termasuklah mangga. Selain itu, ia juga mempunyai tekstur rangup apabila dimakan bersama hidangan nasi. 

Kerabu mangga ini sangat popular terutamanya di sebelah negeri pantai timur seperti kelantan dan selatan thailand, malah terdapat juga resepi yang diolah daripada kerabu mangga thai dan popular di Malaysia. Untuk membuat kerabu mangga ini tidaklah sukar kerana anda hanya memerlukan beberapa bahan yang boleh dibeli dengan murah sahaja di pasaraya terdekat anda. 

7 Resepi Kerabu Mangga Sedap dan Enak

Terdapat pelbagai versi resepi dan menu untuk menghasilkan kerabu mangga ini, olahan ini bergantung kepada individu dan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan gabungan rasa manis, masam, dan masin yang kena dengan selera anda.

Disini kami kongsikan beberapa resepi kerabu mangga yang dikongsikan oleh beberapa warganet di laman sesawang facebook. Hantaran resepi di facebook ini telah mendapat banyak ratusan tanda suka dan perkongsian oleh pengguna laman sosial. Bagi anda yang mencari alatan dapur murah boleh terus ke hujung artikel ini untuk grab Free Shopee Voucher. T&C

Resepi Kerabu Mangga Thai Oleh Asma Nordin

Bahan-bahan:

  • Mangga diracik
  • Udang kering disangai & kisar kasar
  • Kacang goreng ditumbuk
  • Bawang merah dihiris
  • Serai
  • Cili padi
  • Air limau nipis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Sos sotong atau sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Semau bahan diracik atau dimayang halus dan dicampurkan sekali. Gaulkan hingga sebati dan tambah gula dan garam secukup rasa.
  2. Nak lebih sedap lebihkan udang kering dan letak daun ketumbar untuk tambah aroma.

Resepi Kerabu Mangga Bunga Kantan Oleh Saiful

Bahan-bahan:

  • 4 kg mangga epal
  • 3 kuntum bunga kantan
  • 3 biji bawang besar
  • 4 batang serai
  • 20 biji cili padi
  • 250gm kacang tanah yang ditumbuk halus
  • 150gm ikan bilis digoreng dan ditimbuk lumat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Pati maggi secukup rasa
  • Sos ikan
  • Limau 

Cara penyediaan:

  1. Mangga epal dibuang kulit dan dipotong halus dan memanjang.
  2. Potong halus juga bunga kantan, bawang besar, cili padi, dan serai.
  3. Gaulkan sekali semua bahan tadi bersama-sama bahan perisa yang lain. Siap dihidang.

Resepi Kerabu Mangga Kerisik Kelapa Oleh Hanie Zarin

Bahan-bahan:

  • Buah mangga separa masak
  • Lobak merah
  • Ikan selayang
  • Kerisik kelapa
  • Bawang besar
  • Cili api
  • Cili besar
  • Bunga kantan
  • Tomato

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan hiris halus mangga, lobak merah, bawang besar, cili api, cili besar, bunga kantan, dan tomato.
  2. Rebus ikan selayang dan goreng kering kerisik kelapa hingga keemasan. 
  3. Kisar @ tumbuk bersama isi ikan selayang dan kerisik kelapa tadi.
  4. Masukkan isi ikan + kerisik kelapa tadi dan gaul bersama bahan yang telah dihiris. Boleh tambah gula dan garam untuk kesesuaian rasa. Siap dihidang.

Kerabu Mangga Simple Oleh Ana Mariana Ismail

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda
  • 1 batang serai
  • Bunga kantan
  • 1 biji bawang besar
  • 5 cili padi
  • Ikan bilis goreng ditumbuk kasar
  • Kacang tanah goreng ditumbuk kasar
  • Gula 
  • Garam
  • Sos ikan
  • Air perahan limau @ limau sunquick

Cara penyediaan:

  1. Hiris nipis mangga, serai, bunga kantan, bawang besar dan cili padi.
  2. Kemudian masukkan semuanya ke dalam bekas dan tambah garam, gula, sos ikan, dan air perahan limau. Gaulkan hingga sebati. Siap dihidang!

Kerabu Mangga Kelantan & Budu Oleh Aqida Hassan

Bahan-bahan:

  • 12 biji mangga epal muda (sedang-sedang masak)
  • 5 batang bunga kantan
  • 5 biji bawang besar
  • 20 batang cili padi
  • 12 biji limau kasturi
  • Budu cap keterh
  • 2 senduk gula

Cara penyediaan:

  1. Sagat halus mangga epal, boleh gunakan penyagat atau hiris denga pisau. Guna penyagat lebih mudah dan cepat.
  2. Masukkan bawang besar, bunga kantan, dan cili padi yang dipotong tadi ke dalam bekas bersama gula.
  3. Masukkan air limau, perah dan bijinya dibuang. Kulit limau ini dipotong halus dan dimasukkan sekali ke dalam bekas.
  4. Goncang dahulu budu dan masukkan terus sebotol ke dalam bekas. Gaulkan semua sekali hingga sebati dan sekata. Boleh adjust gula bila perlu. Siap dihidang!

 

Kerabu Mangga Ikan Bilis Oleh Nurul Mardhiah

Bahan-bahan:

  • Buah mangga
  • Cili kering
  • Belacan
  • Serai
  • Bawang besar
  • Kerisik
  • Ikan bilis
  • Garam dan gula
  • Cukup rasa manggi

Cara penyediaan:

  1. Kisar kering cili kering, belacan dan serai.
  2. Potong bawang besar, kerisik, dan mangga. Ikan bilis tumbuk hingga menjadi kecil. 
  3. Gaulkan semua bahan-bahan tadi di dalam bekas hingga sebati. 
  4. Tambah garam dan gula hingga sesuai dengan rasa. Siap dihidang!

Kerabu Mangga Muda Oleh Norlie Kifle

Bahan-bahan:

  • Mangga muda
  • Tomato ceri
  • Serai
  • Bunga kantan
  • Bawang kecil
  • Cili api
  • Udang hidup yang direbus
  • Udang kering yang ditumbuk
  • Sos ikan

Cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan yang dipotong halus iaitu mangga muda, serai, cili padi, bawang, dan bunag kantan.
  2. Gaulkan bersama bahan-bahan lain iaitu tomato ceri, udang hidup dan udang kering, serta sos ikan. Siap dihidang!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Proses untuk membuat kerabu mangga ini tidaklah sukar kerana anda hanya perlu sediakan bahan yang murah dan gaulkan bersama hingga sebati. Yang membezakan setiap satu resepi ini adalah terdapat beberapa bahan yang ditambah untuk menambah aroma dan rasa satu-satu kerabu mangga. 

Yang paling penting dalam membuat kerabu mangga ini adalah pastikan mangga yang digunakan adalah separuh masak untuk menghasilkan rasa masam manis semulajadi daripada mangga itu sendiri. Nak lebih banyak tips dan resepi boleh terus ke slot resepi udang masak lemak. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version