Resepi Kacang Pool

Resepi Kacang Pool
Resepi.me / Resepi Nasi / Resepi Kacang Pool

Nak cuba resepi kacang pool? Mungkin ada yang tertanya-tanya kacang pool ini hidangan berasal dari mana? Sebenarnya kacang pool ini adalah hidangan daripada timur tengah yang popular di negeri johor. Namun ia juga popular di negeri lain dan sesuai dijaidkan menu untuk seisi keluarga.

Kacang pool ini sesuai dijadikan hidangan untuk sarapn pagi dan juga untuk makan malam. Ia asasnya diambil bersama roti dan kuah kacang. Terdapat banyak cara untuk membuat kuah kacang yang sedap dan enak, disini kami kongsikan resepi dan bahan popular untuk membuat kacang pool ini.

Resepi Kacang Pool Mudah Dan Sedap

Disini kami kongsikan beberapa resepi buat kacang pool yang dikongsikan oleh warganet untuk anda. Resepi ini menggunakan bahan-bahan yang boleh diperoleh di dapur atau dibeli di pasaraya terdekat sahaja. Untuk anda yang nak jimat membeli di Shopee boleh tebus Voucher Percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. 

Resepi Kacang Pool Oleh Farith Ismail

Bahan-bahan:

  • 4 Jenis Kacang tin, buang air dan kisar halus (rujuka gambar)
  • Daging Kisar
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • serbuk ketumbar
  • Serbuk cili
  • serbuk jintan putih
  • serbuk jintan manis
  • serbuk kari ayam/daging
  • Minyak Sapi

Cara penyediaan:

  1. Masak Daging kisar dulu,kacau hingga hancur.
  2. daging dah masak, masukkan bahan kisar.
  3. selepas dan naik aroma, masukkan semua serbuk rempah.
  4. Masukkan sikit minyak sapi, masukkan semua kacang yang dikisar halus.
  5. Masukkan garam dan biarkan mereneh hingga mendidih.
  6. siap boleh dihidang

Resepi Kacang Pool Oleh Nor Ain

Bahan-bahan:

  • Bawang Holland (dipotong kiub)
  • Bawang putih (dipotong halus)
  • Cili padi(dihiris halus)
  • 3 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar serbuk beriani
  • lada sulah 
  • 1 tin kacang panggang (buang air, kisar separuh, separuh lagi biarkan) 
  • 400g daging kisar

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan tumis diatas dan masukkan lada sulah.
  2. Masukkan air sikit, tunggu hingga pecah minyak masukkan daging, biarkan masak.
  3. Bila air mula kering, masukkan kacang dan sedikit air.
  4. Siap dihidang bersama roti, hirisan bawang merah, cili padi, limau, dan telur.

Resepi Kacang Pool Oleh Anida Azmi

Bahan-bahan tumis:

  • 3 sudu besar minyak sapi@ghee butter
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 sudu besar ketumbar (ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 25gm serbuk kari daging

Bahan utama kuah:

  • 1 tin kecil kacang bakar@baked bean
  • 1 tin kacang merah
  • 400gm daging kisar
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin kacang foul
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan, boleh terus masukkan bahan utama untuk kuah kacang pool.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan hingga rata.
  3. Untuk kacang, hancur atau lenyek dahulu sebelum masuk ke dalam kuali.

Resepi Kacang Pool Oleh Keroroyz Royz

Bahan-bahan:

  • 300g isi ayam (dikisar) 
  • 1 tin kacang foul 
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tin kacang panggang
  • 3 ulas bawang putih (bahan kisar)
  • 4 ulas bawang merah (bahan kisar)
  • 1 cm halia (bahan kisar)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk kurma
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 susu besar minyak masak
  • 1 susu kecil serbuk lada hitam
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula

Bahan sampingan:

  • Telur mata
  • cili hijau (dipotong)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Limau kasturi

Cara penyediaan:

  1. Lenyekkan isi ayam bersama kacang foul dan kacang panggang. 
  2. Tumis bahan kisar menggunakan minyak sapi hingga wangi. 
  3. Masukkn semua bahan rempah, serbuk kurma, rempah kari, dan lada hitam. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan isi ayam tadi, masak hingga keperangan.
  5. Akhir sekali, masukkn kacang foul, kacang panggang, tomato dan kacau sebati.
  6. Masukkn air untuk kuah. 
  7. Perasakan dengan garam dan gula. 
  8. Siap dihidang bersama roti bakar dan bahan sampingan.

Resepi Kacang Pool Oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan:

  • 300g daging cincang
  • 1 tin kacang parang
  • 1 labu bawang Holland 
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 batang cili hijau
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. kisar kering jintan manis, jintan putih, kacang foul dan ketumbar hingga halus
  2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga bertukar warna perang, masukkan bahan kisar keriing tadi. tumis bersama
  3. Masukkan cili giling dan serbuk kunyit, kacau lagi hingga sebati.
  4. Setelah mendidih, masukkan daging kisar yang telah dinyahbeku, gaul hingga sebati.
  5. Masukkan tomato dan kacang pool yang telah dilenyek. 
  6. Perasakn dengan garam dan lada sulah. 
  7. siap dihidang bersama telur mata, limau kasturi, bawang putih, dan cili hijau.

Resepi Kacang Pool Oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad

Bahan-bahan:

  • 2 tin kacang merah (dikisar separuh)
  • Roti perancis (dipotong)
  • 200gm daging cincang 
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil ketumbar (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • air
  • air asam
  • Sedikit garam

Bahan sampingan:

  • Cili merah @ hijau (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris dadu)
  • Telur mata

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan lada hitam, ketumbar yang ditumbuk. Tumis hingga naik aroma.
  2. Masukkan rempah kari daging, kacau bersama bahan tumis. Masukkan air jika kering.
  3. Masukkan daging cincang, biarkan mendidih dan masak.
  4. Masukkan air asam jawa dan kacang merah yang dikisar.
  5. Akhir sekali masukkan selebih kacang merah yang tdai dikisar. Gaul hingga kuah pekat. siap!

Resepi Kacang Pool Oleh Marina Ismail

Bahan-bahan:

  • 400 gram daging (dikisar)
  • 2 tin kacang pool (foul)
  • 1 tin baked beans
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca teh lada hitam (ditumbuk)
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 2 camca besar minyak sapi
  • gula dan garam secukupnya
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis

Hahan kisar halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia

Bahan Lain:

  • Limau kasturi (dibelah)
  • bawang besar (diracik)
  • Cili hijau (dipotong)
  • Roti (dibakar)

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan daging cincang dan toskan
  2. Ketuk kacang pool dan kacang baked hingga lumat.
  3. Satukan ketumbar, rempah kari, dan air. kacau hingga menjadi pes.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus hingga naik bau. Masukkan pes dan kacau hingga rata.
  5. Masukkan daging cincang dan gaul hingga semuanya masak.
  6. Masukkan kacang baked dan kacang pool, tambah air jika terlalu pekat.
  7. Perasakan dengan garam, gula, dan lada sulah. siap dihidang!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Tidak dinafikan kuah kacang pool ini adalah hidangan yang sedap dinikmati bila-bila masa sahaja. Bagi anda yang baru hendak belajar boleh lah merujuk resepi yang dikongsikan ini agar lebih mudah faham cara masakan serta bahan-bahan yang digunakan. Nak lebih banyak resepi boleh terus ke slot  resepi nasi butter. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Exit mobile version