Resepi Nasi Arab Kambing Chutney Hijau Dan Acar Selaseh

Resepi Nasi Arab Kambing Chutney Hijau

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 35 minit

Masa Memasak: 40 minit

ionicons-v5-j

Menu: 5-7 orang

Resepi nasi arab kambing adalah antara versi nasi arab yang sangat popular di Malaysia. Boleh dikatakan hampir kesemua kedai nasi arab menyediakan menu nasi arab kambing ini. Namun, tidak ramai mencuba untuk buat sendiri nasi arab kambing ini di rumah, jom tengok resepi nasi arab kambing mudah yang dikongsikan oleh saudari Siti Mazlyn ini.

Resepi ini menunjukkan cara-cara buat nasi arab kambing serta hidangan sampingan iaitu chutney dan juga acar selaseh. Jom lihat resepi penuh di bawah:

Bahan Nasi Arab Kambing:

  • 1 kg daging kambing (potong kubus, kepala lutut kambing untuk rasa lebih sedap)
  • 1 kg beras basmathi (basuh dan toskan)
  • 2 biji bawang Holland (potong dadu)
  • 7 ulas bawang putih (diketuk)
  • 5 biji lada besar hijau (potong dua)
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • 3 sudu besar serbuk nasi Arab Mandy atau perencah nasi Briyani Faiza
  • 3 sudu besar butter
  • 3 biji tomato (belah empat)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Daun pandan (simpul)

Bahan Chutney:

  • 10 tangkai daun pudina
  • 10 tangkai daun ketumbar
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi hijau
  • Perahan separuh lemon
  • 2 botol kecil yogurt asli
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu gula
  • Setengah cawan air

Bahan Acar Selasih:

  • 1 batang timun (potong dadu)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • Setengah biji bawang Holland (hiris)
  • 3 tangkai daun selasih (ramas kasar, boleh gantikan dengan daun ketumbar jika tiada)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 3 sudu besar cuka

Cara Penyediaan Nasi Arab Kambing:

  1. Rebus daging kambing hingga empuk selama 45 minit. Gunakan periuk tekanan tinggi untuk lebih cepat.
  2. Sementara menunggu kambing, panaskan butter dalam kuali. Tumis bahan-bahan dari bawang hingga tomato hingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan daging kambing yang telah direbus bersama air rebusannya.
  4. Tambah beras basmathi dan gaul rata.
  5. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  6. Masukkan daun pandan simpul. Jika air kurang, tambahkan sedikit air.

Cara Penyediaan Chutney:

  1. Masukkan semua bahan dalam blender.
  2. Kisar hingga lumat.
  3. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Cara Penyediaan Acar Selasih:

  1. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk besar.
  2. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
  3. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Tips:

  • Untuk acar yang lebih segar, gunakan sayur-sayuran yang baru dibeli.
  • Jika tiada daun selasih, boleh gantikan dengan daun ketumbar atau pudina.
  • Untuk rasa lebih kaya, gunakan rempah nasi Arab Mandy asli.
  • Jika tidak suka kambing, boleh gantikan dengan ayam atau daging lembu.
  • Jika suka pedas, tambahkan lebih banyak cili padi.

Kredit Siti Mazlyn

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top