Resepi Kek Batik Lembut Gebu Chewy-Chewy

Resepi Kek Batik Lembut

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi Kek batik lembut adalah menu kek yang simple dan boleh dilakukan oleh semua orang walaupun tiada pengalaman buat kek. Keunikan kek ini adalah ia mudah untuk dibuat iaitu dengan hanya menggunakan biskut marry sebagai bahan asas utama kek. Kalau korang nak cuba resepi kek batik lembut boleh tengok perkongsian dari saudari Mawar Wilsa ini.

Resepi kek batik lembut ini sangat mudah untuk dicuba dan yang penting hasil kek batiknya mempunyai tekstur lembut dan enak dimakan.

Bahan:

  • 700 gm Biskut Marie
  • 250 gm Buttercup
  • 1 Tin Susu Pekat (500 gm)
  • ½ cawan Serbuk Koko + 1 tin susu air panas untuk melarutkan Serbuk Koko
  • 2 cawan Vico atau Milo
  • 3 Biji Telur (dipukul sedikit)
  • Sedikit Esen Vanila

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan butter di dalam kuali. Kemudian, masukkan susu pekat, Vico atau Milo, dan serbuk koko yang telah dilarutkan. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  2. Tambahkan telur yang telah dipukul sedikit, kacau dengan cepat untuk mengelakkan adunan berketul.
  3. Masukkan esen vanila dan kacau sehingga adunan hampir pekat.
  4. Tambahkan Biskut Marie ke dalam adunan. Kacau dengan api perlahan sehingga semua Biskut Marie disaluti dengan adunan coklat. Kacau perlahan-lahan agar biskut tidak pecah.
  5. Setelah semua biskut bersalut coklat, tuangkan adunan ke dalam loyang persegi 9″ yang telah dialas dengan plastik.
  6. Tekan dan padatkan adunan di dalam loyang. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman.

Tips:

  • Untuk mendapatkan potongan yang cantik dan kemas, gunakan pisau yang tajam.
  • Pastikan kek disimpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dipotong agar kek batik lebih padat dan mudah dipotong.

Kredit Mawar Wilsa

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top