Resepi Kek Batik Milo

Resepi Kek Batik Milo Simple & Sedap

Kek lapis adalah sejenis makanan yang popular dalam kalangan orang melayu di Malaysia dan Brunei. Terdapat banyak koleksi resepi kek batik yang boleh dicuba, antara yang paling terkenal adalah jenis campuran milo. Rata-rata kek batik ini diperbuat daripada campuran adunan daripada serbuk coklat, namun banyak juga yang menggunakan serbuk milo. 

Kali ini kami kongsikan 3 resepi kek batik beserta gambar yang viral di sosial media, anda boleh melihat bahan kek batik dan cara penyediaan yang dikongsikan oleh mereka. Baca hingga habis yaa..

Resepi Kek Batik Milo 4 Bahan Sahaja

Bahan Bahan:

  • Biskut Marie (2 Bungkus) 
  • Susu pekat manis (separuh) *ikut suka nak letak banyak mana. 
  • Serbuk Milo (1 mangkuk) 
  • Marjerin @ Mentega (1/2 bekas)

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan api yang perlahan
  2. Masukkan susu pekat manis, milo dan mentega, kalau sehingga sebati.
  3. Pada waktu ini, kacau hingga adunan betul-betul sebati, pastikan tidak ada yang berketul-ketul.
  4. ketika ini juga anda boleh cuba merasa rasa jika terlalu @ kurang manis, adjust ikut citarasa anda.
  5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah 2 ke 3 bahagian, kacau hingga semuanya sebati. Jangan terlalu lama kerana biskut boleh lembik.
  6. Setelah selesai, masukkan ke dalam loyang, tekan hingga semuanya mampat.
  7. Simpan di dalam peti sejuk semalam. Siap!
Resepi Kek Batik Milo

Kek Batik Milo Tabur Special

Bahan Bahan: 

  • 1 Bungkus biskut marie 
  • 3 Sudu besar serbuk milo 
  • 1 Sudu besar serbuk koko 
  • 2 Sudu besar marjerin 
  • 1 Sudu gula pasir 
  • 2 Sudu susu pekat 
  • 1 Cawan besar air masak

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan api yang perlahan, cairkan marjerin.
  2. Campurkan milo, serbuk koko, gula pasir dan susu pekat, kacau sehingga semuanya sebati tanpa ketul-ketul.
  3. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga rapi.
  4. Alas loyang dengan plastik untuk memudahkan dikeluarkan selepas beku.
  5. Masukkan semua adunan tadi ke dalam loyang, tekan sehingga mampat.
  6. Tabur serbuk milo sebagai topping kek. Boleh letak coklat cair untuk hiasan di atas kek.
  7. Masukan ke dalam peti sejuk, biarkan semalam. Siap dihidang!
Resepi Kek Batik Milo

Kredit Nora Mohd

Resepi Kek Batik Milo Paling Simple

Bahan bahan:

  • 1 Buttercup (250mg) 
  • 1 Cawan susu pekat manis (boleh kurangkan) 
  • 1 @ 1/2 cawan air panas untuk bancuh serbuk milo 
  • 200g milo (peket kecil) 
  • 25g serbuk koko (botol kecil) 
  • 1 paket (300g) biskut marie (apa2 brand,sy guna munchys)

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan mentega di atas api yang sederhana, Kemudian masukkan susu pekat manis dan kacau.
  2. Bancuh sepeket milo dan serbuk koko dengan sedikit air panas, bancuh terlebih dahulu untuk elakkan berketul semasa adunan sekali mentega.
  3. Masukkan bancuhan milo dan serbuk koko tadi kedalam butter yang dicairkan, kacau hingga sebati. Biarkan pekat sedikit dan tutup api. Boleh masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.
  4. Masukkan ke dalam loyang @ tupperware, mampatkan dan simpan di dalam peti. Lepas sejuk boleh potong dan makan. 
  5. Resepi ni sedap sebab biskut marie ini tak keras dan tak lembut sangat, sedap dimakan. Nak potong pon mudah.
Resepi Kek Batik Milo
Resepi Kek Batik Milo
Resepi Kek Batik Milo
Resepi Kek Batik Milo
Item Murah @ Promo di Shopee.
*semak harga semasa

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Biskut Marie : https://shp.ee/38fd2vh

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Milo : https://shp.ee/ukir2dz

susu pekat : https://shp.ee/63en4dz

 

Akhir Kata

Resepi-resepi kek batik milo di atas adalah perkongsian daripada pengalaman sendiri warganet, hantaran resepi ini telah mendapat ratusan komen dan tanda suka di lama Facebook. Diharap dengan perkongsian ini membantu anda yang baru ingin mencuba membuat kek batik sendiri di rumah. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top