Resepi Kek Batik Rangup

Resepi Kek Batik Rangup | Rahsia Lebih Crunchy

Table of Contents

Dalam banyak-banyak jenis kek batik, resepi kek batik rangup antara yang paling banyak dicari oleh warganet di Malaysia. Keunikan utama kek batik rangup ini adalah ia mempunyai tekstur yang crunchy apabila dimakan. 

Rasa crunchy ini sangat berbeza dengan kek batik simple yang mempunyai tekstur yang lembut sahaja. Sebenarnya untuk membuatkan ia lebih rangup ini tidaklah memerlukan banyak bahan, tetapi hanya perlu beberapa olahan sahaja. Nak tahu lebih lanjut teruskan membaca slot perkongsian ini hingga habis…

Resepi Kek Batik Rangup

Bahan-bahan:

  • 250g mentega 
  • ½ tin susu cair
  • 1 tin susu manis
  • 2 sudu nestum
  • 2 cawan serbuk milo
  • 3 cawan serbuk koko
  • 1 bungkus biskut marie ( keping besar)

Cara penyediaan: 

  1. Cairkan mentega dengan haba yang rendah, kacau perlahan-lahan sehingga cair.
  2. Masukan bahan seterusnya satu persatu, mulakan dengan susu pekat, susu manis. Kacau dahulu sehingga semua sebati.
  3. Kemudian masa untuk masukkan bahan serbuk, masukkan serbuk koko kacau dan masukkan serbuk milo pula. Kacau sehingga semuanya sebati, elakkan menjadi ketul-ketulan. 
  4. Akhir sekali barulah masukan nestum, kacau hingga sebati dengan adunan.
  5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah dua, gaul hingga semuanya rata.
  6. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang untuk bentukkan kek batik. Jika mahukan kek yang nipis boleh asingkan ke 2 @ 3 loyang asing-asing. Tepat sehingga mampat semuanya.
  7. Simpan di dalam peti sejuk, seeloknya semalaman hingga ke batik anda keras dan sedia dimakan.

**Jika diperhatikan di dalam resepi ini mempunyai bahan nestum. Ya, nestum ini bertindak sebagai agent untuk lebih rangup dan rasa crunchy pada kek batik anda. Dengan sedikit olahan sahaja anda sudah boleh membuat kek batik yang sedap lagi rangup!

Resepi Kek Batik Rangup
Resepi Kek Batik Rangup
Resepi Kek Batik Rangup
Resepi Kek Batik Rangup
Resepi Kek Batik Rangup
Resepi Kek Batik Rangup

Kredit kamekmizah

Item Murah @ Promo di Shopee.
 

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Susu Pekat : https://shp.ee/63en4dz

Nestum : https://shp.ee/5yx7457

Akhir Kata

Bukan sahaja resepi kek batik tanpa telur yang memerlukan sedikit olahan, untuk membuat kek batik rangup juga anda perlu mengolah bahan agar boleh menimbulkan rasa rangup pada kek batik anda. Yang bagusnya bahan yang digunakan tidaklah sukar untuk diperoleh iaitu cuma nestum sahaja. Selamat mencuba ya!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top