Kek Batik Cheese Leleh | Resepi & Bahan

Kek Batik Cheese Leleh
Resepi.me / Cara Buat Kek Batik / Kek Batik Cheese Leleh | Resepi & Bahan

Kek batik cheese leleh adalah antara jenis kek batik yang popular masa kini. Ditambah pula dengan berkembangnya penggunaan cheese dalam masakan tempatan menjadikan ia lebih digemari warganet masa kini. Berikut di dalam slot ini kami kongsikan beberapa resepi kek batik cheese leleh untuk rujukan anda. Jom baca hingga habis ya.

Secara umumnya, pengguna bahan cheese di dalam kek batik ini adalah pada bahagian topping sahaja. Walaupun ia nampak simple, dengan mengamalkan bahan cheese yang berkualiti dan adunan masakan yang betul boleh menghasilkan kombinasi cheese dan coklat kek batik yang sedap dan lazat.

Resepi Kek Batik Biskut Marie Cheese

Bahan-bahan:

  • 200 gram biskut marie (patah 2 @ 3) 
  • 125 gram butter
  • 2 biji telur 
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 1/2 cawan serbuk milo 
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • 1/4 cawan air 
  • 1 sudu kecil, vanilla esen.

Topping Cheese

  • 250 gram cream cheese 
  • 2-3 sudu besar gula aising 
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua bahan-bahan kek batik, kecuali biskut marie & mentega. Masukkan ke dalam kuali dan kacau hingga sebati. Jangan buka api dahulu.
  2. Masukkan butter dan barulah pasang api pada tahap sederhana kecil. 
  3. Kacau tanpa henti adunan bagi mengelakkan ia berketul. 
  4. Masukkan biskut marie, gaul hingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan adunan. Matikan api. 
  5. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan biskut tadi sehingga padat dan mampat.

Topping Cheese

  1. Kacau cream cheese & gula sehingga kembang naik.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati. Tuang ke atas kek batik tadi. 
  3. Masukkan ke dalam ketuhar, bakar pada suhu 160°C selama lebih kurang 15 minit, pastikan menggunakan api atas sahaja. (seeloknya panaskan oven terlebih dahulu)
  4. Siap dihidang!

Kredit buat orang lapo

Kek Batik Cheese Leleh (Tanpa Ketuhar)

Bahan-Bahan

  • 250g butter @ mentega 
  • 1/2 Tin Susu Pekat Manis (Boleh adjust tahap manis kek batik) 
  • 1 Paket Serbuk Milo 200gm (Paket kecil) 
  • 1 Sudu kecil Esen Vanila 
  • 1 Paket Biskut Marie (Dipatah-patahkan)

Bahan Cream Cheese

  • 250g Cream Cheese tatura
  • Susu Dutchlady
  • 3 Sudu Besar Susu Pekat Manis (boleh adjust)
  • Perahan jus lemon

Cara Menyediakan Kek Batik Cheese

  1. Carikan mentega & campurkan susu pekat, kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan serbuk milo & kacau lagi, Serta masukkan sedikit esen vanila, kacau hingga semua sebati. Pastikan tiada ketul.
  3. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi, uli hingga semuanya sebati dengan adunan.
  4. Tekan dan mampatkan di dalam loyang, sejukkan adunan kek batik ke dalam peti sejuk. 

Cara Menyediakan Cream Cheese

  1. Uli Cheese tatura, tambahkan sedikit susu dutch lady untuk melembutkan lagi cheese.
  2. Masukkan susu pekat manis, uli dengan mesin hingga sebati dan naik krim.
  3. Tuang cheese ke atas kek batik tadi (jadikan sebagai topping) & masukkan kembali ke dalam peti sejuk selama 4 jam.
  4. Tambah topping dengan serbuk milo.
Kek Batik Cheese Leleh

Kredit Cookby_ain

Kek Batik Choc Cheese Layer

Bahan-Bahan Kek Batik

  • 9 Sudu besar serbuk koko 
  • 9 Sudu besar Milo 
  • 1 Mentega
  • ½ Susu pekat 
  • 1 Biji telur 
  • 1 Paket Biskut Marie Munchys

Cara Penyediaan Kek Batik

  1. Masukkan semua bahan kecuali biskut marie, ke dalam kuali, jangan buka api dahulu. Biarkan bahan-bahan ini sebati dan cair dengan sendiri.
  2. Apabila sudah sebati, nyalakan api pada tahap sederhana sahaja.
  3. Kacau elakkan daripada adunan berketul. Tutup api.
  4. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi ke dalam adunan, gaul hingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang dan mampatkan kek batik tadi.
  6. Sejukkan ke dalam peti sejuk selama 1 ke 2 jam.  

Bahan-Bahan Lapisan Krim Cheese

  • ½ Cawan whipping cream 
  • 250g Cream Cheese 
  • ½ Cawan susu pekat manis
  • 1 Sudu kecil Vanilla Essence

Cara Penyediaan Krim Cheese

  1. Campurkan semua bahan-bahan ini, kacau hingga sebati. 
  2. Sediakan piping bag, letak atas kek batik yang siap tadi. Ratakan sehingga betul-betul rata.

Bahan-Bahan Lapisan Coklat Ganache

  • ½ Cawan whipping cream 
  • 1 ½ Cawan Coklat Beryls Coin
  • 5 Sudu besar mentega

Cara Penyediaan Coklat Ganache

  1. Panaskan dahulu whipping cream hingga naik buih.
  2. Masukkan coklat beryls dan kacau hingga coklat cair dan sebati dengan cream, matikan api.
  3. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair dan sebati dengan adunan.
  4. Lapisan ini mesti pekat untuk membentuk tekstur pada kek batik, tuang ke atas lapisan cheese tadi.
  5. Masukkan kembali ke dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam.
Kek Batik Cheese Leleh

Kredit Fara Lome

Item Murah @ Promo di Shopee.
*semak harga semasa

Biskut Marie : https://shp.ee/38fd2vh

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Milo : https://shp.ee/ukir2dz

susu pekat : https://shp.ee/63en4dz

 

Akhir Kata

Jika anda peminat cheese, pastinya anda mesti mencuba resepi kek batik ini. Ia juga sangat mudah untuk dibuat di rumah sahaja. Malahan kek batik ini juga boleh dijadikan sebagai menu hidangan keluarga untuk hidangan hujung minggu selain daripada Kek Batik Melting. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top