Resepi Kek Batik Indulgence

Resepi Kek Batik Indulgence Lembut & Lazat

Anda peminat kek indulgence mesti mencuba versi kek batik indulgence. Ya, kek batik juga boleh diolah dengan bahan indulgence untuk lebih sedap seperti kek secret recipe. Indulgence ini sangat terkenal untuk kek-kek yang premium dan mahal, namun kini anda juga boleh membuat sendiri di rumah sahaja.

Resepi-resepi ini adalah perkongsian sendiri oleh warganet di laman facebook, jadi ia lebih mesra homemade. Bahan-bahan kek batik indulgence ini boleh sahaja dibeli di pasaraya berdekatan dan mudah sahaja untuk didapati. Jika sukar untuk diperoleh, anda boleh cuba mencari secara dalam talian shopee untuk harga yang lebih murah dan jimat.

Resepi Kek Batik Indulgence

Bahan Kek Batik 

  • Gunakan loyang 6 inci
  • 125g butter atau marjerin
  • 100g milo
  • 90g susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • Vanilla esen
  • 1 sudu kecil nescafe
  • 1 bungkus biskut marie 

Cara Penyediaan Kek Batik

  1. Untuk sediakan asas kek batik ini, panaskan butter dengan api yang perlahan.
  2. Apabila sudah cair, masukkan susu pekat, serbuk koko, milo, dan nescafe. Fungsi serbuk nescafe ini adalah untuk memberikan rasa lebih sedap.
  3. Masukkan vanila asen, akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatahkan, gaul hingga rata.
  4. Alas loyang dengan baking paper, masa adunan masih panas, masukkan ke dalam loyang dan tekan hingga padat. Biarkan sejuk barulah simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. 

Bahan Mousse

  • 250g cream cheese
  • 2 sudu besar gula icing
  • 160g dairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing

Cara Penyedian Mousse

  1. Putarkan cream cheese selama 2 ke 3 minit.
  2. Masukkan gula icing, putar lagi selama 3 minit @ hingga adunan sebati.
  3. Putarkan pula dairy whipping cream dan 1 sudu makan gula icing hingga menjadi kental. Aduan dikira kental apabila ia melekat pada bekas walaupun diterbalikkan.
  4. Campurkan adunan cream cheese tadi ke dalam adunan whipping cream, putar lagi hingga sebati. Apabila sudah sebati boleh stop putar. 
  5. Tuang adunan mousse ke atas kek batik, ratakan dan simpan di dalam peti sejuk selama sejam.

Bahan Ganache

  • 150g dark cooking coklat.
  • 100g whipping cream.
  • 1 sudu besar mentega

Cara Penyediaan Ganache

  1. Panaskan whipping cream dan coklat sehingga cair, tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
  2. Masukkan mentega, kacau lagi, selesai biarkan selama 10minit.
  3. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan di dalam peti sejuk selama semalaman. Siap di hidang! 

Tips Kek Batik Indulgence

  • Alas loyang dengan baking paper terlebih dahulu
  • Untuk potong dengan cantik, celup pisau ke dalam air panas, lap dan baru potong.

Kredit Rumeyz Made

Resepi Kek Batik Indulgence Premium

Bahan Kek Batik

  • 4 biji telur
  • 200g mentega@marjerin
  • 300g biskut marie
  • 3 sudu makan serbuk coklat, bancuh dengan air panas
  • 2 sudu gula
  • 4 sudu susu pekat manis

Cara Penyediaan Kek Batik

  1. Cairkan mentega dan masukkan semua bahan-bahan kecuali biskut marie.
  2. Pastikan bahan telur sebati dengan adunan, kacau hingga pekat
  3. Setelah semuanya betul-betul sebati, matikan api, biarkan selama 3 ke 4 minit sebelum masukkan biskut. Gaul hingga rata.
  4. Masukan ke dalam loyang, tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 ke 40 minit.

Bahan Cheese/ Indulgence

  • 120g whipping cream
  • 40g gula kastor
  • 1 setengah sudu kecil vanila esen
  • 250g cream cheese

Cara Penyediaan Cheese/Indulgence

  1. Pukul semua bahan-bahan kecuali whipping cream hingga sebati dan rata.
  2. Barulah masukkan whipping cream, kacau lagi hingga rata.
  3. Tuang ke atas kek batik tadi, ratakan dengan spatula dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Bahan Ganache

  • 100g whipping cream
  • 100g dark coklat
  • 1 sudu kecil butter 

Cara Penyediaan Ganache

  1. Double boil semua bahan, pastikan semuanya sebati dan rata
  2. Tuang ke atas cream cheese tadi, ratakan dengan spatula.
  3. Simpan balik dalam peti sejuk. Siap dihidang!
Resepi Kek Batik Indulgence

Kredit Muhammad Ali

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Susu Pekat : https://shp.ee/63en4dz

Akhir Kata

Mungkin bagi anda yang kali pertama mencuba resepi kek batik indulgence ini meraskan agak rumit kerana memerlukan 3 lapisan kek. Tetapi ia sebenarnya mudah sahaja kerana anda hanya perlu panas/masak bahan-bahan hingga sebati sahaja. Cuma pastikan Resepi Kek Batik Sukatan Cawan dengan betul dan menggunakan bahan yang berkualiti. Selamat mencuba! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top