Resepi Kek Batik Sukatan Cawan

Resepi Kek Batik Sukatan Cawan

Lain orang lain cara dan sukatanya, termasuklah resepi kek batik sukatan cawan yang berbeza mengikut individu. Kek batik ini sebenarnya tidak sukar untuk dibuat sendiri di rumah, namun bagi mereka yang masih baru belajar pastinya memerlukan sukatan yang mudah untuk difahami. 

Oleh itu, untuk slot kali ini kami kongsikan resepi kek batik mengikut sukatan cawan yang boleh dicuba. Resepi sukatan cawan ini boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek batik seperti Kek Batik Horlick, Kek Batik coklat, Kek Batik Milo dan banyak lagi, cuma tukar bahan yang mahu diolah sahaja. Resepi-resepi ini disukat mengikut ukuran cawan untuk mudah difahami. Jom baca sampai habis yee..

Kek Batik Simple Sukatan Cawan

Bahan-bahan

  • Biskut marie sebungkus
  • Sebiji telur
  • ½ cawan susu pekat
  • 3 sudu besar mentega
  • ½ cawan air 
  • 1 cawan milo @ serbuk koko

Cara penyediaan

  1. Panas dan cairkan mentega dan susu pekat hingga sebati, gunakan haba yang rendah sahaja
  2. Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan air dan serbuk milo @ serbuk koko ke dalam adunan, kacau hingga tiada ketul-ketulan.  
  4. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi, gaul hingga semuanya rata.
  5. Tuang ke dalam loyang dan tekan hingga semuanya mampat, simpan ke dalam peti sejuk semalaman. Siap!
Resepi Kek Batik Sukatan Cawan

Kek Batik Karamel

Bahan-bahan

  • ½ cawan marjerin pelangi @ mentega
  • 1 cawan gula perang
  • ¼ cawan whipping cream @ boleh guna susu cair
  • ¼ cawan susu pekat
  • Biskut marie 25 keping

Cara penyediaan

  1. Cairkan mentega bersama gula perang dengan menggunakan api yang perlahan.
  2. Masukkan whipping cream, kacau hingga sebati hingga adunan mula berbuih, tutup api dan biarkan adunan sejuk sekejap.
  3. Masukkan susu pekat, buka api semula dan kacau hingga sebati. 
  4. Tutup semula api dan kacau sehingga adunan karamel tadi menjadi pekat.
  5. Masukkan biskut yang telah dipatahkan ke dalam karamel, gaul hingga semuanya bersalut.
  6. Tuang semua tadi ke dalam loyang, tekan dan mampatkan hingga terbentuk kek. Boleh letak topping kalau ada, atau boleh hias dengan kacang badam, coklat rice dan coklat chip.
  7. Simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam. Siap di hidang!

Kredit Resepi Bonda

Kek Batik Lembut Anti Failed

Bahan-bahan

  • 250g mentega anchor
  • 500g biskut marie
  • 1 cawan milo
  • ½ cawan koko (van houten)
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 biji telur
  • ¾ cawan air

Cara penyediaan

  1. Mentega dan susu pekat dicairkan hingga sebati dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan serbuk milo dan serbuk koko, kacau hingga semuanya mesra dengan adunan.
  3. Masukkan telur dan air untuk melembutkan sedikit biskut marie. Masukan biskut marie dan salut semuanya dengan adunan tadi. Baru tutup api.
  4. Masukkan ke dalam loyang untuk proses bentuk kek batik, tekan hingga mampat.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk hingga semalaman. Diap dihidang!

**Sukatan cawan boleh diubah mengikut citarasa anda, jika anda tidak suka manis, boleh kurangkan sukatan susu pekat. Dll
**Boleh letak 1 sudu teh serbuk nescafe untuk rasa coklat pada adunan kek batik.

Resepi Kek Batik Sukatan Cawan

Kredit Aida Haron

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Susu Pekat : https://shp.ee/63en4dz

Akhir Kata

Dengan adanya panduan resepi menggunakan sukatan cawan ini menjadikan proses buat kek batik lebih mudah dan simple. Resepi-resepi ini adalah antara perkongsian yang popular oleh warganet di laman facebook. Sukana cawan ini masih boleh diubah mengikut lidah anda, terutamanya rasa manis, boleh kurangkan sukatan susu pekat di dalam adunan kek batik. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top