Resepi Kek Batik Coklat Super Crunchy dan Kurang Manis

Resepi Kek Batik Kurang Manis

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 5 Jam

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi kek batik coklat sangat popular dalam kalangan warganet dan ramai yang gemar untuk membuatnya sendiri di rumah. Ini disebabkan resepi kek batik coklat ini sangat mudah dan simple sahaja. Kali ini kami kongsikan resepi kek batik coklat crunchy tapi versi kurang manis.

Resepi yang dikongsikan oleh saudari Fatihah Aziz ini sesuai dinikmati oleh mereka yang tak suka makan manis tapi masih nak makan kek batik, resepi penuh di bawah: 

Bahan-bahan:

  • 2 paket biskut Marie
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air

Bahan Topping:

  • 300g coklat coin
  • 1/2 cawan susu cair

Cara Penyediaan:

  1. Dalam kuali dengan api perlahan, masukkan serbuk koko, mentega, gula, dan air.
  2. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan tidak berketul.
  3. Patahkan biskut Marie kepada dua bahagian dan masukkan ke dalam adunan. Gaul hingga rata.
  4. Tuangkan campuran biskut Marie ke dalam loyang bersaiz 10×10 inci dan tekan supaya padat. Biarkan sebentar.
  5. Untuk topping, gunakan kaedah double boil. Cairkan coklat coin dan susu cair di atas api kecil.
  6. Setelah cair dan sebati, tuangkan topping ke atas adunan biskut Marie dalam loyang.
  7. Simpan dalam peti sejuk selama lebih 5 jam sebelum dihidangkan.

Tips:

  • Pastikan adunan koko, mentega, gula, dan air betul-betul sebati sebelum menambah biskut Marie.
  • Gunakan kaedah double boil untuk mengelakkan coklat daripada terbakar semasa mencairkannya.
  • Kek batik akan lebih sedap jika disimpan semalaman dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Nota: Resepi Kek Batik Coklat ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga kurang manis dan lebih crunchy. Ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Selamat mencuba!

Kredit Fatihah Aziz

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top