Resepi Kek Batik Tanpa Telur

Resepi Kek Batik Tanpa Telur | Simpel & Mudah

Ada ke resepi kek batik tanpa telur? Jawapannya adalah “Ya” bagi anda yang tidak mahu menggunakan bahan telur di dalam resepi kek batik anda, boleh sahaja skip telur ini tanpa perlu gantikan dengan apa-apa bahan di dalam kek batik anda. 

Namun, kek batik yang mempunyai telur pasti mempunyai beberapa kelebihan kerana ia adalah antara bahan yang sering digunakan dalam adunan kek. Antara kegunaan telur di dalam kek batik adalah:

  • Memberikan rasa lemak pada kek
  • Telur ini akan mencairkan larutan gula dalam adunan.
  • Memberikan kelembaban selepas kek siap 
  • Sebagai agent untuk sebatikan adunan kek.

Kek batik yang tidak ditambah bahan telur masih boleh dimakan tetapi kurang rasa lemak pada teksturnya. Kelebihan kek batik tanpa telur ini pula adalah ia lebih mudah untuk dibuat dan masih lagi sedap dimakan. Nak lebih tahu cara untuk hasilkan kek batik tanpa telur langkah demi langkah? Teruskan membaca..

Resepi Kek Batik Simple Tanpa Telur

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 200g milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • ½ tin susu pekat
  • 1 Paket biskut marie

Cara penyediaan:

  1. Cairkan dahulu mentega dengan api yang perlahan dan kacau sehingga betul-betul cair (jangan sampai terbakar)
  2. Masukan bahan-bahan yang lain, serbuk koko dan susu pekat, kacau dahulu sehingga sebati tanpa ketul-ketul.
  3. Kemudian masukkan serbuk milo, perlu dibuat secara berasingan bagi mengelakkan adunan berketul. Kacau hingga sebati semuanya
  4. Alas dahulu loyang dengan plastik agar mudah nak angkat bila siap nanti. Masukkan dahulu biskut marie yang telah dipatah-patahkan.
  5. Barulah masukkan adunan tadi ke atas biskut merie di dalam loyang. 
  6. Masukkan separuh biskut marie, tutup dengan adunan, tekan hingga mampat.
  7. Masukkan lagi separuh biskut marie, tutup dengan adunan, tekan hingga mampat, ini untuk menghasilkan lapisan kek batik yang kemas dan sedap. 
  8. Simpan di dalam peti sejuk semalaman, siap dihidang!
  9. Sebelum potong kek batik anda, keluarkan dulu dari peti sejuk dan biarkan selama 10 minit, barulah kek mudah untuk dipotong.
Resepi Kek Batik Tanpa Telur
Resepi Kek Batik Tanpa Telur
Resepi Kek Batik Tanpa Telur
Resepi Kek Batik Tanpa Telur
Resepi Kek Batik Tanpa Telur
Resepi Kek Batik Tanpa Telur
Resepi Kek Batik Tanpa Telur
List Item Murah @ Promo di Shopee. T&C

*semak harga semasa

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Biskut Marie : https://shp.ee/38fd2vh

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Susu Pekat : https://shp.ee/63en4dz

Coklat Cadbury : https://shp.ee/quwxrpf

Akhir Kata

Sebenar anda boleh sahaja skip bahan telur ini di dalam resepi kek batik. Tambahan, anda juga boleh menambah bahan-bahan lain seperti coklat cadbury untuk kek batik cadbury, cheese, oreo dan banyak lagi untuk menambah rasa sedap apabila dimakan. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top