Resepi Kek Batik Cadbury

Resepi Kek Batik Cadbury

Kek batik cadbury! Semua orang pastinya gemarkan coklat cadbury bukan? Disebabkan itu, tidak hairan terdapat jugak versi kek batik cadbury yang anda boleh cuba dirumah. Ditambah pula dengan adanya coklat cadbury yang sedia maklum terkenal dengan kelazatan dan rasa asli coklat susunya pasti memberikan rasa sedap pada kek batik anda nanti. Jom baca hingga habis ya..

Selain jenis kek batik oreo, Terdapat banyak jenis variasi kek batik cadbury yang anda boleh cuba atau olah dengan idea sendiri. Anda boleh masukkan bahan coklat cadbury ini pada adunan mahupun dijadikan sebagai topping. Disini kami kongsikan tiga resepi kek batik jenis cadbury untuk rujukan anda..  

Kek Batik Cadbury Cheese (Non-Bake)

Kredit Muhammad Ali

Bahan untuk kek batik:

  • 300g Biskut marie
  • Butter ada 3 pilihan
    **150g (buttercup @ marjerin)
    **200g (lurpak, anchor, scs, @ golden churn)
    **kalau nak campur nisbah 1:1, contoh buttercup 100g dan pure butter 100g.
  • ⅓ Cawan susu pekat manis
  • ¾ Cawan susu penuh lemak @ susu segar
  • 1 Biji telur
  • ½ Cawan serbuk koko
  • ¾ Cawan serbuk milo

Bahan untuk cadbury cheesecake:

  • 250g Cream cheese
  • 125 Whipping cream dairy
  • 20g gula kastor/ gula icing
  • 1 Sudu kecil essen vanilla
  • 120g cadbury
  • 1 Sudu kecil susu pekat.

Bahan coklat ganache (2 pilihan):

Pilihan pertama

  • 50g cadbury
  • 150 susu coklat
  • 180 whipping cream 
  • 1 sudu makan mentega

Pilihan kedua

  • 200g dark coklat
  • 200g whipping cream dairy
  • 1 sudu makan mentega

Cara penyediaan kek batik (lapisan pertama):

  1. Cairkan mentega pada suhu yang rendah, kacau hingga semua cair dan sebati. Selesai tutup air dan biarkan selama 5 minit.
  2. Masukkan susu pekat manis, serbuk koko dan milo, susu penuh lemak, nutella dan telur. Buka semula api perlahan, kacau sehingga semuanya sebati tanpa ketul.
  3. Masukkan biskut marie yang dipatahkan, gaul semua sekali hingga rata.
  4. Masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper, masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.

Cara penyediaan cadbury cheesecake (lapisan kedua):

  1. Double boil cadbury sehingga cair dan biarkan sejuk, boleh juga gunakan microwave.
  2. Pukul cream cheese dan masukkan gula icing @ gula kastor, kemudian masukkan vanila esen serta susu pekat. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan cadbury yang dicairkan tadi dan kacau sehingga adunan sebati.
  4. Pukul pula whipping cream dairy hingga kental dan gaulkan sekali bersama cream cheese dan cadbury tadi. Pastikan ia menjadi adunan yang sebati.
  5. Tuang adunan tadi ke atas kek batik dan sejukan 30 dan 40 minit dalam peti sejuk.

Cara penyediaan coklat ganache (lapisan topping):

  1. Gunakan kaedah double boil dengan api yang perlahan, masukkan whipping cream dan butter dahulu.
  2. Kacau hingga cair, kemudian masukkan dark coklat beserta cadbury.
  3. Selepas semuanya sebati, biarkan sejuk sehingga 15 minit barulah tuang ke atas lapisan cheesecake tadi.
  4. Guna spatula untuk ratakan lapisan topping ini, simpan dalam peti sejuk semalaman. 

Kek Batik Cadbury Almond

Kredit Nor Erma Nazlin

Bahan-bahan

  • Marjerin yang telah dipanaskan 1 cawan
  • Susu pekat manis
  • Susu cair
  • Vanila esen
  • Telur sebiji
  • Milo secawan
  • Coklat bar cadbury almond
  • Dark coklat

Cara penyediaan

  1. Gunakan marjerin yang telah dicairkan tadi, campur bahan susu pekat, susu cair setengah tin, vanilla, telur dan serbuk milo. Kacau dengan api yang perlahan sehingga semuanya sebati.
  2. Masukkan biskut marie dan gaul pastikan semua rata, masukkan ke dalam loyang untuk dibentuk. 
  3. Untuk topping, cairkan coklat bar cadbury almond dan tambah dark coklat, guna kaedah double boil ye. Sukatan boleh agak-agak.
  4. Tuang topping tadi ke atas kek batik anda, rata dengan menggunakan sudu dan tabur mini almond. Sejukkan di dalam peti sejuk, siap!
Resepi Kek Batik Cadbury
Resepi Kek Batik Cadbury

Kek Batik Cadbury Salted Cheese

Kredit Sudut Inspirasi Wanita

Bahan-bahan

  • 250g Butter @ mentega 
  • 1 Tin kecil Susu Manis 
  • 1 Tin susu Cair 
  • 1 Paket kecil serbuk Milo 
  • Setengah paket kecil Horlick 
  • Serbuk biskut marie yang dikisar halus
  • Setengah gelas tepung gandum 
  • Separuh keping Coklat Cadbury
  • Roti Salted Cheese sepaket setengah

Cara penyediaan

  1. Cairkan mentega dengan api yang perlahan, masukkan coklat cadbury dahulu, kacau hingga cair.
  2. Tambah susu pekat, susu cair, horlick, serbuk milo, dan serbuk biskut marie yang dikisar. Kacau hingga sebati semuanya.
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi hingga menjadi adunan yang sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan roti salted cheese, gaul hingga semuanya rata, tuang ke dalam loyang dan tekan hingga mampat. Sejukkan dan siap!
Resepi Kek Batik Cadbury
Item Murah @ Promo di Shopee.
*semak harga semasa

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Susu Pekat : https://shp.ee/63en4dz

Coklat Cadbury : https://shp.ee/quwxrpf

Akhir Kata

Coklat cadbury ini bukan sahaja sedap dimakan, tetapi ia juga boleh diolah untuk dijadikan kek batik cadbury yang enak dan pastinya menjadi tarikan untuk kanak-kanak. Kek ini boleh juga dijadikan sebagai hadiah hari jadi, buah tangan ataupun sekadar makanan di waktu lapang bersama keluarga. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top