Kek Batik Melting

Kek Batik Melting Sedap & Lembut (Gambar)

Kek batik melting adalah salah satu jenis kek batik yang boleh dicuba oleh para peminat resepi. Perbezaan utama kek batik jenis melting ini adalah pada bahagian topping yang mempunyai tekstur yang pekat diperbuat daripada bahan seperti ganache, tebal dan pstinya sedap. 

Selain itu, pada bahagian topping juga boleh dihias dengan beberapa jenis topping lain lagi mengikut kreativiti masing-masing. Bagi peminat kek batik, jenis topping ini pastinya mesti dicuba di rumah sebagai menu hidangan keluarga. 

Disini kami kongsikan beberapa resepi kek batik melting untuk rujukan anda, koleksi resepi ini bukan berasal dari kami, tetapi di adalah daripada perkongsian dari warga facebook dan telah mendapat lebih ratusan tanda suka dan komen yang positif. Jom sama-sama baca ya.. 

Resepi Kek Batik Melting Lembut

Sebuah resepi yang dikongsikan oleh pemilik facebook Tuan Adriana Arissa ini telah mendapat ratusan perkongsian dan ulang hantaran oleh pengguna lain. Rata-rata mereka berpuas hati dengan resepi yang dikongsikan. Resepi kek batik melting ini popular kerana boleh menghasilkan kek batik versi melting serta biskutnya yang lembut seperti kek premium.

Bahan-bahan Kek Batik Melting

  • 600g biskut marie (dipatahkan) 
  • 200g butter 
  • 1 cawan milo 
  • 1 cawan susu pekat 
  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 1/2 cawan air masak 
  • 2 biji telur 
  • Esen vanila 

Bahan Topping @ Ganache 

  • 100g milk compound 
  • 100g dark compound (jenama beryls) 
  • 200ml whipping cream 
  • 1 Sudu besar butter 
  • 1 Sudu besar golden syrup (optional) 
  • 1 Sudu hazelnut paste (Nak bagi choc sedap macam rasa cadbury) 

**Double boil semua sekali bahan topping atau masukkan ke dalam microwave, biarkan adunan topping sejuk.

Cara Penyediaan Kek Batik Melting Lembut

  1.  Panaskan butter dengan api yang perlahan hingga cair, masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan perlahan-lahan serbuk milo dan serbuk koko kerana ia mudah untuk berketul. 
  3. Masukkan telur dan kacau sehingga semua sebati dengan adunan kek batik. Tambah air dan biarkan sekata.
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie yang dipatahkan tadi, gaul sehingga sebati semua. Boleh tutup api.
  5. Masukkan ke dalam loyang dan tekan hingga semua biskut serta adunan tadi mampat.
  6. Tuang topping yang dibuat tadi di bahagian atas kek batik, masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih.
  7. Untuk hidang, biarkan dahulu kek batik melting pada suhu bilik dalam 15 minit sebelum dipotong untuk mengelakkan kek terlalu keras.

Koleksi Gambar Kek Batik Melting

Jika dilihat terdapat juga beberapa ulang hantaran resepi kek batik ini bersama hasil kek batik yang dihasilkan. Ada diantara resepi ini telah diolah sedikit mengikut citarasa dan ilham mereka. Jom lihat beberapa hasil kek batik yang dihasil dengan resepi yang dikongsikan ini. 

Kredit Lyn Da II

Kredit Pae AF

Item Murah @ Promo di Shopee.
*semak harga semasa

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Milo : https://shp.ee/ukir2dz

Dark Compound Beryls : https://shp.ee/9v4dm2f

Hazelnut Paste : https://shp.ee/rgz47vf

 

Akhir Kata

Kek batik versi melting ini sesuai untuk dihidangkan di pada waktu hujung minggu untuk  hidangan keluarga anda. Pastikan juga anda menggunakan bahan-bahan yang berkualiti terutamanya bahan topping untuk menghasilkan kek batik yang sedap lagi lazat. Selamat mencuba! Anda meminati masakan oden? Jom lihat artikel bahan oden

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version