Bahan Kek Batik | Resepi Kek Batik Viral

Bahan Kek Batik
Resepi.me / Cara Buat Kek Batik / Bahan Kek Batik | Resepi Kek Batik Viral

Terdapat beberapa bahan kek batik yang digunakan untuk menghasilkan kek batik yang sedap dan kene dengan citarasa. Kek batik mempunyai pelbagai variasi yang mana memerlukan bahan bahan yang berbeza untuk menghasilkan resepi masing-masing.

Untuk membuat kek lapis biasa @ asas anda tidak memerlukan banyak bahan, sebaliknya hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan. Antaranya adalah:

Bahan Asas Kek Batik

  1. Biskut Marie
  2. Mentega @ Buttercup
  3. Serbuk milo @ coklat
  4. Susu pekat

Disini kami kongsikan beberapa jenis kek batik yang viral untuk rujukan anda terutamanya dalam mengenalpasti resepi bahan yang digunakan. Koleksi kek batik ini adalah hasil air tangan warnanet yang viral dan telah mendapat banyak tanda suka dan komen di laman facebook. Jom sama-sama baca ya…

Kek Batik Cheese

Bahan Kek Batik Cheese Leleh
250g Butter
1/2 Tin Susu Pekat Manis
1 Paket Milo 200gm
1 Sudu kecil Esen Vanila
1 Paket Biskut Marie (Dipatah-patahkan)

Bahan Cream Cheese
250g Cream Cheese tatura
Sedikit Susu Dutch Lady
3 Sudu Besar Susu Pekat
Sedikit Perahan Lemon

Bahan Lain
Loyang 8×8 & Baking Paper
Koko Powder (Untuk atas Cream cheese)

Cara Menyediakan Kek Batik

  1. Carikan butter dan tambah susu pekat, kacau hingga sebati
  2. Masukkan serbuk milo dan kacau. Serta sedikit esen vanila, kacau hingga semua sebati.
  3. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan, kacau hingga semuanya sebati.
  4. Kek batik tadi dimasukkan ke dalam loyang untuk disejukkan.

Cara Menyediakan Cream Cheese

  1. Cheese tatura diuli bersama sedikit susu Dutch Lady
  2. Masukkan sedikit susu pekat, uli dengan mesin hingga sebati dan naik kerim
  3. Tuang ke atas kek batik tadi dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk selama 3 ke 4 jam.
  4. Hias dengan serbuk milo sebagai topping

Kredit Cookby_ain

Kek Batik Milo

Bahan Kek Batik Milo
200 gram Biskut Marie (Dipatah-patahkan)
250 gram Buttercup
1/2 Cawan Susu Pekat Manis
1 Cawan Serbuk Milo
1 Sudu Besar Serbuk Koko

Cara Buat Kek Batik Milo

  1. Cairkan buttercup didalam kuali pada api yang kecil. Kemudian masukkan susu pekat. Kacau hingga rata.
  2. Setelah buttercup cair dan sebati sepenuhnya, masukkan milo & serbuk koko. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan ke dalam kuali bersama bahan sebati di atas.
  4. Sediakan bekas loyang & tuangkan semua adunan ke dalam loyang. Ratakan adunan dan tekan lembut hingga kek batik padat.
  5. Simpan di dalam peti sejuk hingga kek keras sebelum dihidangkan. 

Kredit Foodie Media

Kek Batik Biskut 

Bahan Kek Batik Biskut
1 Bungkus biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko 3/4 tin susu pekat

Cara Penyediaan

  1. Lapik loyang dengan kertas parchment @ kertas baking kek agar apabila sejuk nanti mudah untuk dikeluarkan. Saya guna loyang saiz 8″x8″.
  2. Potong mentega @butter kepada bentuk kiub, panaskan mentega di dalam periuk dengan api yang sederhana hingga cair.
  3. Masukkan serbuk milo, susu pekat manis & serbuk koko. Kacau sehingga semunya pekat sebati.
  4. Susun biskut Marie yang dipatahkan dalam ke dalam loyang, kemudian masukkan adunan coklat tadi, sapu hingga rata sebagai lapisan kek batik.
  5. Susun secara berselang seli, lapis biskut Marie dan adunan coklat, tekan hingga mampat.
  6. Sejukkan kek batik di dalam peti ais semalaman.

Kredit Resepi Isteri Viral

Kek Batik Lembut & Moist

Bahan Kek Batik Lembut
1½ ketul butter
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
½ cawan serbuk koko
½ cawan susu cair
2 bungkus biskut marie *patah²kan

Cara Penyediaan

  1. Panaskan butter hingga cair.
  2. Masukan susu pekat manis + milo + serbuk koko sekali.
  3. Kacau sampai sebati.
  4. Simpan sikit untuk topping kek batik.
  5. Masukan susu cair, kacau sampai sebati.
  6. Masukan biskut dan gaul sehingga rata.
  7. Masukan dalam bekas loyang, tekan² hingga padat dan tuang topping yang disimpan awal tadi.
  8. Sejukan dlm peti sejuk hingga 4 jam sebelum dimakan. 

Kredit ctnadiia

Kek Batik Oreo

Bahan Kek Batik Oreo
2 cawan serbuk Milo 
3 sudu besar serbuk koko 
250g mentega
½ tin susu pekat 
lebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan) 
2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)

Cara Penyediaan

  1. Cairkan mentega dengan api kecil.
  2. Tambah susu pekat manis & gaul hingga sebati.
  3. Tambah serbuk kek batik Milo & serbuk koko, dan gaul hingga sebati 
  4. Tutup api, masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan tadi dan gaul hingga semua rapi.
  5. Masukkan separuh adunan ke dalam bekas baking. 
  6. Tabur seluruh kepingan Oreo ke atas adunan tadi. 
  7. Masukkan separuh lagi adunan kek batik & ratakan. 
  8. Hias dengan kepingan Oreo di atas ke lapis. 
  9. Masukkan ke dalam peti sejuk hingga keras. 

Kredit Chef Fauzi Karim

Kek Batik Coklat

Bahan Kek Batik Coklat
2 paket biskut marie
1 cawan penuh serbuk koko
1 cawan penuh butter
1 cawan penuh gula
1 cawan penuh air

Topping
300g coklat coin
1/2 cawan susu cair

Cara Penyediaan

  1. Masukkan semua bahan, kecuali biskut marie dan bahan topping dlm kuali, panaskan dengan api perlahan.
  2. Gaul sebati hingga tidak berketul.
  3. Patahkan biskut marie dan masukkan ke dalam adunan & gaul hingga rata. 
  4. Kacau rata biskut marie tadi, masukkan dlm loyang (sy pakai loyang 10×10) & tekan hingga mampat dan padat.
  5. Untuk topping, masukkan bahan topping ke dalam kuali dengan api yang kecil. guna cara double boil.
  6. Kacau sehingga cair dan rata. Tutup api, boleh curahkan ke atas adunan biskut marie tadi.
  7. Masuk ke dalam peti ais. Biar sejuk atau hingga 5 jam. 

Kredit Sha Roziah Al Yahya

Kek Batik Cadbury

Bahan Kek Batik Cadbury
2 Bungkus biskut Marie (300g)
500g Buttercup@ mentega
2 tin susu pekat manis
2 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1 cawan 1/2   milo
Telur ayam 3 biji

Topping/choc Ganache
2 cawan Whipping cream dairy.
300gram Choc compound milk.
100gram dark compound
150g cadbury.
2 sudu besar butter.

Cara Penyediaan

  1. Cairkan mentega. gune kuali jer mudah nak gaul balik nanti. Bila butter cair, tutup api. elakkan mentega hangit. Masukkan Milo, Serbuk koko & telur. Kacau hingga sebati. Apabila sudah sebati, pasang semula api pada tahap kecil sahaja. Masukkan susu pekat manis sedikit, selang seli dengan susu cair. Bila adunan dah sebati, keluar buih-buih maknanya adunan sudah cantik. Tutup api, masukkan biskut marie, patahkan dua pon boleh, gaul hingga rata dan padat.
  2. Masukkan kek batik tadi ke dalam loyang 10 inci. Lapik loyang dengan plastik . Tekan-tekan adunan biskut marie hingga rata dan mampat. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga 1 jam.
  3. Sementara menunggu adunan sejuk, buat choc ganace, satukan semua bahan, masukan pengukus. Kukus 15 minit, keluarkan untuk kacau sahaja, dan biarkan sejuk.
  4. Kemudian tuang ke atas kek batik hingga penuh. simpan kek batik ke dalam peti sejuk hingga coklat tadi menjadi keras dan cantik untuk dipotong.
  5. Celupakn pisau pemotong ke dalam air panas dan lap dahulu sebelum potong, kek batik yang dipotong dengan kemas tanpa rosak.

Kredit Azlina Ina

Item Murah @ Promo di Shopee.
*semak harga semasa

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Biskut Marie : https://shp.ee/38fd2vh

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Milo : https://shp.ee/ukir2dz

susu pekat : https://shp.ee/63en4dz

 

Akhir Kata

Secara keseluruhannya bahan untuk membuat kek lapis ini tidaklah rumi, sebaliknya ia masih memerlukan bahan asas yang sama pada setiap variasi, cuma terdapat beberapa bahan yang berbeza mengikut jenis kek batik itu sendiri. Diharap slot ini membantu anda dalam membuat resepi kek batik anda sendiri di rumah. Selamat mencuba! 

error: Content is protected !!
Exit mobile version