Resepi Tomyam Campur Buat Makan Malam Confirm Tidur Lena

Resepi tomyam campur

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 3-5 orang

Resepi tomyam campur antara menu hidangan yang sinonim di kedai-kedai tomyam, hidangan tomyam campur ini merujuk kepada lauk yang digunakan adalah campuran udang, sotong dan ayam. Hidangan ini sebenarnya sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah dan best dimakan diwaktu malam.

Disini kami kongsikan hidangan resepi tomyam campur daripada saudari Nurul Ateekah, resepi ini telah tular di laman FB dan telah mendapat ratusan tanda suka dan ulang siar. Ia sangat sesuai dimakan diwaktu malam hari.

Baca juga artikel : Resepi Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan :

  • 5 sudu besar cili kisar  
  • 3 batang serai (dipotong serong)  
  • 8 helai daun limau purut  
  • 3-4 sudu besar paste tomyam  
  • 4-5 sudu besar sos ikan  
  • 1 biji bawang Holland (dipotong)  
  • Bunga kobis (secukupnya)  
  • 1 batang carrot (dipotong)  
  • 1 paket cendawan tiram  
  • 2 biji tomato (dibelah 4-6)  
  • Daun ketumbar (secukupnya)  
  • 6 batang jagung kecil (dipotong serong)  
  • 6 biji cili padi merah  
  • 300 gram udang  
  • 300 gram sotong 
  • 400 gram kepak ayam (dipotong kecil)  
  • Serbuk perasa  
  • Garam  
  • Minyak  
  • 1 liter air putih  

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak, tumiskan cili kisar, serai, dan daun limau purut sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan paste tomyam dan masak seketika.
  3. Masukkan udang, ayam, dan sotong. Gaul sebati dan masak seketika.
  4. Masukkan 1 liter air putih dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan semua sayuran (bunga kobis, carrot, cendawan tiram, tomato, jagung kecil) dan biarkan masak seketika.
  6. Perasakan dengan sos ikan, serbuk perasa Knorr, dan garam secukupnya.
  7. Masak sehingga mendidih dan masukkan daun ketumbar.
  8. Tutup api dan hidangkan.

Tips :  

  1. Gunakan paste tomyam yang berkualiti untuk mendapatkan rasa yang autentik.
  2. Jika suka pedas, tambahkan lebih banyak cili padi merah.
  3. Gunakan daun ketumbar sebagai hiasan untuk menambahkan aroma dan rasa.
  4. Pastikan semua bahan laut seperti udang dan sotong segar untuk rasa yang lebih enak.
  5. Boleh tambah bahan lain seperti bebola ikan atau ayam jika suka.

Kredit Nurul Ateekah

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top