Resepi Kuey Teow Goreng Basah

resepi kuey teow goreng basah
Resepi.me / resepi sup / Resepi Kuey Teow Goreng Basah

Anda mencari resepi kuey teow goreng basah paling sedap dan enak untuk dihidang kepada seisi keluarga anda? Teruskan membaca artikel ini kerana slot kali ini kami akan kongsikan beberapa resepi kuey teow goreng basah untuk rujukan anda. Bagi anda yang mencari barangan dapur murah dan jimat boleh terus ke hujung artikel ini untuk tebus percuma voucher Shopee.

Di Malaysia kuey teow sangat popular terutamanya di negeri-negeri utara yang popular dengan menu kuey teow udang. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini boleh cuba masak sendiri di rumah, menu kuey teow ini boleh dijadikan sebagai hidangan keluarga terutamanya untuk sarapan pagi.

7 Resepi Kuey Teow Goreng Basah Paling Sedap

Berikut adalah beberapa resepi beserta bahan untuk membuat kuey teow goreng basah untuk rujukan anda. Kesemua resepi ini adalah perkongsian daripada warganet sendiri di laman sesawang facebook dan telah mendapat banyak perkongsian oleh warga maya. Tambahan, kesemua bahan-bahan yang digunakan boleh didapati di dapur rumah sahaja. Baca hingga habis ya.

Resepi Koey Teow Basah Seafood Oleh Nurul Ateekah

Bahan-bahan:

  • 1 kilo koey teow
  • 3 biji telur
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 6 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sotong 
  • Udang
  • Taugeh
  • Kucai 
  • 5 sudu besar Cili kisar
  • 7 sudu besar Kicap Manis
  • 4 sudu besar Sos ikan
  • 5 sudu besar Sos tiram
  • 5 sudu besar Sos cili
  • 5 sudu besar Sos tomato
  • Garam
  • Gula
  • Knorr
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan goreng telur dahulu, kacau untuk hancurkan, angkat dan asingkan dahulu.
  2. Tumis bahan tumisan, bawang putih dan bawang merah hingga naik aroma.
  3. Masukkan cili kisar, kacau hingga pecah minyak
  4. Masukkan lauk, sotong, udang, biarkan semuanya masak
  5. Masukkan sos tomato, sos cili, dan sos ikan. Perasakan dengan garam.
  6. Masukkan taugeh, kuey teow dan telur yang telah digoreng tadi dan gaul sekata.

Koey Teow Goreng Oleh Amna Safia

Bahan-bahan:

  • Koey teow 1 bungkus
  • Udang 
  • Sotong
  • Fishball
  • Sawi
  • Kucai
  • Togey
  • Sos cili
  • 1 senduk cili kisar
  • Kicap manis
  • Cukup rasa
  • Air sikit
  • Bawang merah dan putih(dikisar)

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan keperangan.
  2. Masukkan cili kisar, tumis lagi dan masukkan sos cili dan kicap.
  3. Masukkan sotong, udang, dan fishball, biarkan masak.
  4. Masukkan koey teow, togeh, dan kucai, perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Kacau hingga semuanya sebati. Siap dihidang!

Kuey Teow Goreng Basah Oleh Cik Puan Farah

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dikisar halus)
  • 2 biji bawang putih (dikisar halus)
  • 10 tangkai cili kering (direbus dahulu dan dikisar halus)
  • 1/2 paket kuew teow
  • Belacan
  • Daun kucai@sawi
  • Taugeh 
  • 3 biji telur
  • 15 ekor udang
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sos Tiram
  • Kicap manis

Cara penyediaan:

  1. Rebus ekor dan kepala udang, kisar dan ambil airnya.
  2. Kisar bahan cili kering, bawang putih, bawang besar, dan belacan
  3. Tumis bahan kisar tadi, masukkan air rebusan ekor dan kepala udang tadi hingga menjadi sedikit kuah.
  4. Masukkan kicap manis dan sos tiram secukup rasa. Masukkan telur, garam, udang dan biarkan ia masak. 
  5. Masukkan kuey teow, taugeh, dan daun kucai. Gaul hingga semuanya sebati. siap!

Keow Teow Goreng Basah Talam Oleh Fatehah Ramli

Bahan-bahan:

  • Keow teow
  • 5 ulas bawang putih
  • Udang
  • Cili boh
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Sos cili
  • Sos ikan jenama sotong

Cara penyediaan:

  1. Tumis dahulu bawang putih hingga naik aroma dan keemasan.
  2. Masukkan udang, cili boh, kicap manis, kicap masin, sos cili, dan sos ikan.
  3. Masukkan taugeh, kucai, dan air untuk kuah.
  4. Apabila mendidh masukkan telur dan akhir sekali masukkan keow teow kacau semuanya sebati.

Keow Teow Goreng Basah Talam Oleh Emee Sham

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kway teow (leraikan)
  • 5 ulas bwg putih (dipotong halus)
  • 10 ekor isi udang
  • air rebusan kulit udang
  • Segenggam taugeh
  • Sos tiram
  • Daun Kucai
  • Kicap masin
  • Kicap manis
  • Cili kisar
  • 2 biji telor

Cara penyediaan:

  1. Goreng telur dan hancurlah, ketepikan dahulu
  2. Tumis bawang putih hingga naik aroma, masukkan isi udang, biarkan masak.
  3. Masukkan cili kisar kacau hingga pecah minyak, 
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin, anda air rebusan kulit udang. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan kuey teow, telur, taugeh, dan daun kucai. Perasakan dengan garam. Kacau dan siap dihidang!

Char Kuey Teow Stail Melayu Oleh Noor Ashikin Saerah

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kuey teow
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 10 tangkai cili kering (dikisar)
  • ½ cawan sos char kuey teow
  • 1 cawan stok udang
  • 1 mangkuk udang
  • kerang
  • sotong
  • 3 biji telur
  • 1 mangkuk hirisan daun kucai dan tauge
  • Garam secukup rasa

Bahan sos char kuey teow :

  • Kepala dan kulit udang
  • 2 cawan air
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kisap masin
  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar petis udang
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik aroma.
  2. Masukkan sos char kuey teow dan kuey teow halus. Gaul rata.
  3. Masukan stok udang, kerang, dan sotong, biarkan masak
  4. Masukkan hirisan kucai, taugeh, dan telur. Perasakan dengan garam, gaul sekata. Siap dihidang bersama jeruk cili.

Sos char kuey teow:

  1. Kepala dan kulit udang dikisar bersama secawan air.
  2. Rebus semua bahan kisar tadi hingga mendidih, kalau kering boleh tambah secawan air lagi.
  3. Selepas mendidih, biarkan sejuk dan tapis untuk ambil airnya sahaja.
  4. Didihkan sekali lagi air rebusan tadi hingga menjadi sedikit pekat.
  5. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk. Boleh digunakan bila perlu.

Koey toew Goreng Basah Oleh Fatyn Zamry

Bahan-bahan:

  • Koey toes
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Udang
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Cili kisar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Taugeh
  • Kucai

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan tumis bahan bawang putih dan bawang merah hingga keperangan.
  2. Masukkan udang, fish cake dan fish ball.
  3. Masukkan cili kisar, kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, dan sedikit air untuk kuah.
  5. Renehkan dan masukkan kicap manis, didihkan.
  6. Masukkan telur dan perasakan dengan garam dan gula
  7. Masukkan koey teow, taugeh, dan kucai, kacau hingga sebati, siap dihidang!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Seperti juga resepi mee dan bihun, char kway teow juga boleh dijadikan hidangan harian untuk keluarga anda. Tambahan ia sangat enak dimasak bersama udang, sotong, kerang, dan juga ayam. Tambahan dengan kuahnya yang lebih banyak menjadikan ia lebih lazat dan sedap untuk dinimkati. 

Bagi anda yang sedang mencari barang dapur, jangan lupa untuk menggunakan voucher percuma Shopee yang disertakan untuk tebus peluang potongan harga untuk kali pertama pembelian di Shopee. Voucher percuma ini hanya sah untuk pembelian melalui Shopee App sahaja. Nak belajar lebih banyak resepi boleh terus ke resepi lepat pisang

error: Content is protected !!
Exit mobile version