Resepi Tteokbokki

Resepi Tteokbokki

Nak tahu resepi tteokbokki homemade? Tteokbokki adalah sejenis makanan yang berasal dari negara korea yang popular di Malaysia. Hidangan ini boleh dinikmati di kedai-kedai makanan korea di Malaysia. Namun kini anda boleh cuba sendiri makanan korea ini di rumah sahaja, sebelum itu kepada anda yang ingin mencari barang dapur murah boleh tebus voucher Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. 

Senarai Resepi Tteokbokki @ Kek Beras Korea Homemade

Berikut adalah beberapa resepi tteokbokki yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Senarai bahan-bahan yang dikongsikan ini adalah perkongsian daripada warganet sendiri di laman sesawang facebook untuk rujukana anda. Anda boleh cuba dan jadikan tteokbokki ini sebagai hidangan untuk keluarga anda.

Resepi Tteokbokki Oleh Zurina Zulkefli

Bahan topokki:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air suam
  • Minyak bijan

Bahan kuah topokki:

  • 3 ulas bawang putih
  • minyak untuk tumis
  • cili giling
  • air 
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • stok ayam

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan topokki, uli sehingga menjadi doh. Jadikan doh secara memanjang & potong kecil.
  2. Sapu minyak bijan di atas pinggan, kukus selama 5 minit.
  3. Setelah dikukus, rendamkan topokki dalam air sejuk untuk lebih kenyal.
  4. Untuk kuaha, bawang putih yg dicincang dan ditumis hingga naik aroma
  5. Masukkan 1 sudu besar pes cili giling, air, semua jenis sos, gula dan stok ayam.
  6. Kacau hingga kuah menjadi pekat dan masukkan hirisan sosej ke dalam kuah.
  7. Akhir sekali masukkan topokki dan masak beberapa minit.
  8. Hidang bersama telur rebus dan biji bijan. 

Resepi Tteokbokki Oleh Hizar Harmiza Hashim

Bahan kuah:

  • 1 sudu makan sos gochujang
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan serbuk cili korea
  • 1 1/2 sudu makan madu
  • 1 sudu kecil bwang putih (dicincang lumat)
  • 1 sudu makan kicap cair

Bahan lain:

  • Air stock ayam
  • 1 kiub ikan bilis
  • Tteokbokki
  • Bijan
  • Daun bawang
  • Fish cake

Cara penyediaan:

  1. Campurkan dan kacau semua bahan kuah hingga sebati dan sekata.
  2. Didihkan stok ayam bersama air hingga, campurkan campuran sos tadi, biarkan mendidih lagi.
  3. Barulah masukkan tteokbokki dan kiub ikan bilis, kacau hingga tteokbokki lembut dan masak.
  4. Boleh masukkan bahan-bahan yang lain dan tunggu semuanya masak. siap dihdang bersama daun bawang.

Resepi Tteokbokki Ramen Oleh Zurina Zulkefli

Bahan-bahan:

  • Kek Beras Korea @ Tteokbokki
  • Chili flakes
  • Pes cili gochujang
  • Kiub pati ikan bilis
  • Gula
  • Madu
  • Kicap cair
  • Mi segera
  • Telur rebus
  • Kepingan rumpai laut

Cara penyediaan:

  1. Rebus air hingga mendidih dan masukkan kiub pati ikan bilis.
  2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan masak.
  3. Tuang semangkuk kecil campuran pes cili gochujang.
  4. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
  5. apabila sudah mula pekat, masukkan mi segera dan sosej.
  6. Boleh hidangakan dengan telur rebus separuh, kepingan rumpai laut atau keju.

Resepi Tteokbokki Oleh Ayu Hanna

Bahan kek tteokbokki:

  • 400g tepung pulut
  • 3 sudu tepung beras 
  • Sedikit minyak 
  • Sedikit garam
  • Air

Bahan Kuah:

  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 sudu Cili adabi (dibancuh dengan air dadulu)
  • 1 sudu Sos Cili Thai 
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu cuka
  • 1 sudu minyak masak
  • 1/2 sudu gula

Bahan lauk:

  • Fishcake
  • Isi ketam
  • Fishball
  • Sosej
  • Ayam
  • Daging

Cara penyediaan:

  1. Untuk membuat tteokbokki, gaul semua sekali bahan hingga menjadi doh.
  2. Buat panjang-panjang dan rebus hingga separuh masak, 
  3. Angkat dan rendam dalam air sejuk, barulah potong pendek-pendek.
  4. Untuk kuah, tumis semua bahan kuah diatas hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air rebusan tteokbokki tadi dan semua bahan lauk, dan semua jenis lauk. Didihkan hingga menjadi pekat.
  6. Hias bersama daun bawang.

Resepi Kek Beras Tteokbokki Oleh Siti Faizah Mohamad Nawi

Bahan kek beras:

  • 400g tepung pulut
  • 3 sudu tepung beras 
  • Sedikit minyak 
  • Sedikit garam
  • Air

Bahan sos:

  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu besar Gochujang 
  • 2 sudu teh gula 
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 kiub ikan bilis 
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu serbuk cili
  • 2 gelas air(untk kuah)
  • Garam 
  • cuka 
  • Bijan 
  • Daun bawang
  • sosej
  • fish cake
  • crab stick
  • cendawan enoki
  • mee ramen/megi

Cara penyediaan:

  1. Untuk kek beras, campurkan semua bahan hingga menjadi doh.
  2. Buat panjang-panjang dan rebus separuh masak, angkat rendam dalam air sejuk. baru potong pendek-pendek.
  3. Untuk kuah, tumis bawang putih dan sos gochujang hingga naik aroma.
  4. Masukkan air, gula, sos cili, kiub ikan bilis, madu, dan serbuk cili. Biarkan mendidih.
  5. Perasakan dengan garam, bijan dan cuka. 
  6. Masukkan lauk yang lain seperti sosej fish cake, crab stick, cendawan, dan mee ramen.
  7. Biarkan masak dan siap dihidang bersama daun bawang.

Resepi Tteokbokki Oleh Dea Adli

Bahan kek beras:

  • 2 cawan tepung pulut
  • Air 
  • Garam

Bahan kuah:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 batang cili padi
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Serbuk cili
  • Perencah sayur adabi
  • Sayur
  • Fishcake
  • Keju
  • Air rebusan tteokbokki

Cara penyediaan:

  1. Untuk kek beras campurkan semua bahan hingga sebati, buat panjang-panjang dan rebus. Potong pendek selepas rebus.
  2. Mulakan dengan kisar kering bawang putih, cili padi, tumis hingga naik aroma.
  3. Masukkan fishcake, sos cili, air rebusan kek beras tadi, dan perencah sayur. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan kek beras @ tteokbokki, biarkan masak. Hias dengan keju cheddar.

Resepi Tteokbokki @ Kek Beras Pedas Oleh Zulia Idora Ahad 

Bahan kek beras:

  • Tepung pulut
  • Garam
  • Air

Bahan kuah:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula 
  • Air rebusan tteokbokki

Cara penyediaan:

  1. Campurkan serbuk cili dan air, ketepikan dahulu.
  2. Tumis bawang putih dan masukkan serbuk cili tadi, kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air rebusan tteokbokki dan sos cili. Kacau hingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan gula, barulah masukkan tteokbokki tadi. 
  5. Biarkan masak dan siap dihidang! 

Resepi Tteokbokki @ Kek Beras Oleh Aisyah Ariffin

Bahan kek beras:

  • Tepung pulut
  • Air
  • Garam

Bahan kuah:

  • 3 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • 7 ekor ikan bilis(ditumbuk)
  • 3 sudu besar gula
  • Air rebusan tteokbokki
  • Aji
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Untuk buat kek beras, campurkan tepung dan air, uli sebati hingga menjadi doh.
  2. Bentukkan menjadi panjang, didihkan hingga separuh masak. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
  3. Boleh rebus sekali lauk yang lain, seperti sosej, isi ketam, dan bola ikan. simpan air rebusan untuk kuah.
  4. Untuk kuah tumis dahulu bawang putih, ikan bilis yang ditumbuk dan serbuk cili yang dicampur air. tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air rebusan tadi untuk dijadikan kuah.
  6. Masuk sekali sos, garam, gula dan ajinamoto.
  7. Masukkan tteokbokki dan semua lauk yang direbus tadi. Biarkan masak.
  8. Hidanga bersama daun bawang dan minyak bijan.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Ternyata untuk membuat kek beras korea ini tidak sukar, anda hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk membuat kek beras serta kuahnya. Dengan rujukan resepi dari rumah ini membolehkan anda menyediakan hidangan korea ini sebagai menu untuk seisi keluarga anda. Jom belajar resepi pencuci mulut dari filipina buko pandan resepi. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version