Resepi Serunding Ikan Selayang Guna Breadmaker

Resepi Serunding Ikan Selayan

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi serunding sangat best kalau buat sendiri sebab boleh pilih nak rasa macam mana. Nak buat pedas, nak buat manis ikut citarasa masing-masing pon boleh. Tambahan serunding ni boleh guna untuk buat hidangan lain seperti inti popia dan banyak lagi.

Korang dah tahu ke serunding ikan ni boleh dibuat hanya dengan menggunakan breadmaker? Guna je breadmaker ni semuanya jadi mudah, tinggal letak je dia akan masak hingga serunding kering. Jom tengok cara buat serunding oleh saudari Nur Aifa Nur kat bawah ni:

Baca juga artikel : Resepi Serabai Kuah Lemak Manis 

Bahan-bahan:

  • 1kg ikan selayang (boleh guna ikan lain juga)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh tambah untuk lebih pedas)
  • 7-8 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang besar Holland*
  • 2 labu bawang putih*
  • Gula Melaka dan gula pasir (secukupnya, sedap jika manis)
  • Garam secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan Kara
  • Perasa (jika suka)
  • Daun pandan (disimpul)
  • Serai (dititik)
  • Bahan-bahan bertanda (*) perlu dikisar bersama.

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ikan bersama garam dan perasa hingga masak.
  2. Toskan ikan semasa masih panas untuk memudahkan pengasingan isi ikan daripada tulang.
  3. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga hancur menggunakan lesung.
  4. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk bersama semua bahan yang telah dikisar, santan, daun pandan, dan serai ke dalam breadmaker.
  5. Gunakan fungsi ‘jam’ pada breadmaker. Biasanya ia memakan masa 1 jam 20 minit. Jika serunding masih belum kering, ulang proses sehingga kering (biasanya sekitar 4 kali).
  6. Setelah serunding kering dan berwarna keemasan, ia sedia untuk dihidangkan.

Tips:

  1. Pastikan ikan ditoskan semasa masih panas untuk memudahkan pengasingan isi dan tulang.
  2. Kisar bahan-bahan dengan halus untuk mendapatkan tekstur serunding yang lebih baik.
  3. Gunakan banyak gula jika ingin menjadikan serunding sebagai inti mini popia gulung atau simpul, kerana ia akan lebih sedap jika sedikit manis.
  4. Tambahkan daun pandan dan serai untuk aroma yang lebih wangi dan menyelerakan.

Kredit Nur Aifa Nur

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top