Resepi Red Velvet Cookies

Resepi Red Velvet Cookies
Resepi.me / Resepi Kuih / Resepi Red Velvet Cookies

Resepi red velvet cookies mungkin jarang didengar, namun ia sangat popular dalam kalangan peminat cookies di Malaysia. Biskut yang berasal dari negara eropah ini boleh dijadikan sebagai makanan ringan untuk seisi keluarga dan juga hidangan sampingan ketika menikmati juadah bersama. 

Selain warna merah, terdapat beberapa lagi warna cookies yang turut popular seperti dark coklat dan coklat almod cookies. Dengan hanya menggunakan satu adunan sahaja anda boleh mendapatkan lebih dari satu perisa cookies. Namun yang paling popular semestinya adalah red velvet cookies.

Koleksi Resepi Red Velvet Cookies

Berikut adalah beberapa resepi red velvet cookies yang dikongsikan oleh warganet untuk rujukan anda. Resepi ini mempunyai beberapa perbezaan dari segi bahan-bahan yang digunakan, namun ia tidak sukar dan boleh dibuat di rumah sahaja. Jika anda mencari barangan dapur murah dan jimat anda boleh terus ke laman hujung artikel ini untuk tebus voucher percuma Shopee

Resepi Red Velvet Cookies Oleh Liya ErLiza

Bahan-bahan:

  • 125g butter 
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil vanila esen
  • 1 sudu air perahan lemon
  • 1 sudu kecil perasa red velvet @ red velvet emulco
  • 1/2 sudu kecil pewarna bright red
  • 60g gula perang
  • 50g gula halus
  • 1 sudu kecil garam

Bahan ayak:

  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 120g tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/4 soda bikarbonat 

Bahan optional:

  • Buah badam (dicincang)
  • White choc chip
  • Dark choc chip

Cara penyediaan:

  1. Ayak dahulu bahan ayak hingga sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, kacau butter dan kuning telur hingga sebati menggunakan spatula.
  3. Masukkan vanila esen dan air perahan lemon. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Masukkan gula halus dan gula perang, kacau lagi untuk adunan menjadi pucat.
  5. Apabila semuanya sebati, masukkan perisa red velvet dan pewarna bright red. Kacau dan sekatakan warna pada adunan.
  6. Barulah masukkan bahan yang diayak tadi, gaul dan kaub semua sekali sampai sebati.
  7. Sejukkan di dalam peti sejuk, boleh masukkan bahan optimal untuk lebih rasa selepas masak.
  8. Selepas 30 minit, keluarkan adunan dan boleh bentukkan sebesar 10 sen, bakar pada suhu 160 darjah selsius.

Resepi Red Velvet Cookies Oleh Ain Kamis

Bahan A

  • 250g buttercup
  • 100g gula kastor 
  • 100g gula perang 

Bahan B

  • 1 biji telur (gred B)
  • 1 sudu kecil red velvet emulco (boleh tukar ke vanilla essence @ butter oil)

Bahan C

  • 350g tepung gandum 
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil baking powder 

Bahan D

  • 250g chocolate chip 

Cara penyediaan:

  1. Gaul dan bancuh setiap bahan satu persatu, mulakan dengan bahan A, 
  2. Gaul sekata dan masukkan bahan B, kacau lagi.
  3. Masukkan bahan C dan D. sebatikan semuanya sekali.
  4. Sediakan loyang yang dilapik, bentukkan adunan sebesar saiz duit 10 sen.
  5. Masak dalam ketuhar hingga adunan kembang dan masak. siap! 

Resepi Red Velvet Cookies Oleh Airiss Khairoll

Bahan-bahan:

  • 2 cawan butter
  • 2 cawan gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1 botol 3g serbuk pewarna merah
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate + 1 sudu cuka makan
  • 1 sudu besar red velvet emulco
  • 1 sudu tepung beras
  • 5 senduk nasi minyak jagung
  • 2 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 cawan tepung gandum
  • 2 sudu susu tepung
  • 1 cawan badam cincang
  • 1 cawan choc chip putih

Cara penyediaan:

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati menggunakan whisk.
  2. Masukkan campuran bikarbonat dan cuka, kacau lagi.
  3. Masukkan kuning telur dan pewarna merah+red velvet, kacau hingga adunan sebati.
  4. Masukkan minyak jagung, kacau lagi.
  5. Masukkan tepung jagung, tepung beras, serbuk baking, susu tepung. Masukkan tepung gandum dan kacau adunan hingga sebati. 
  6. Masukkan kacang badam yang dicincang dan coklat cip, sebatikan dan perap dalam peti sejuk selama 20 minit.
  7. Bentukkan adunan di atas loyang sebesar duit 20 sen, dan bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah selsius.

Resepi Red Velvet Cookies Simple Oleh Hamidah Buang

Bahan-bahan:

  • 117g buttercup
  • 130g gula castor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1½ sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu kecil pewarna merah
  • 1/2 cawan badam cincang (dipanggang)
  • 1/2 cawan choclate chip

Bahan ayak:

  • 160g tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara penyediaan:

  1. Adunkan semua bahan-bahan sehingga sebati, masukkan bahan ayak dan ayak adunan hingga sebati. 
  2. Bentukkan adunan sebesar duit 20 sen di atas loyang dan bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 10 ke 15 minit. siap!

Resepi Red Velvet Cookies Oleh Norhaida Mohd Amin

Bahan A :

  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 100gm gula perang

Bahan B :

  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh red velvet emulco

Bahan C:

  • 350gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk baking
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 250gm choc chip

Cara penyediaan:

  1. Mulakan dengan kacau sebati bahan A menggunakan spatula.
  2. Masukkan bahan B dan kacau hingga sebati.
  3. Ayak bahan C dan masukkan adunan A dan B tadi.
  4. Masukkan coklat cip, gaul hingga semuanya sebati.
  5. Cubit adunan dan letakkan ke atas loyang untuk dibakar.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit, siap!

Resepi Red Velvet Cookies Oleh Nadirah Mahamad

Bahan A:

  • 250gram Butter 
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil vanila esen
  • 1 biji telur gred A

Bahan B:

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 6 sudu besar minyak

Bahan C:

  • 2 sudu serbuk koko
  • Pewarna red velvet emulco 
  • Almond cip dan butterscotch chip

Cara penyediaan:

  1. Adun dan kacau sebati bahan A hingga sempurna dan cantik.
  2. Kemudian, masukkan bahan B, gaul sebati hingga menjadi adunan yang cantik.
  3. Untuk perisa red velvet boleh masukkan bahan C, almond dan butterscoth boleh dijadikan sebagai topping.
  4. Sejukkan adunan, simpan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Adunan sedia untuk dibakar, bentuk dan susun di atas loyang. Bakar selama 25 minit pada suhu 150 darjah.

Resepi Red Velvet Cookies Oleh Siti Mariam

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu teh vanila esen
  • 1 sudu teh perisa red velvet
  • 3 sudu besar tepung susu
  • 3 cawan tepung cookies
  • 1 1/4 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam 
  • 2 cawan chocolate chips
  • 1 cawan badam cincang, bakar seketika

Cara penyediaan:

  1. Adun mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang, masukkan minyak masak, kacau hingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan telur satu per satu dan vanila esen serta perisa velvet.
  3. Ayak tepung, susu tepung, baking soda dan garam. masukkan sekali badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Gunakan sudu, kaupkan dan susun di atas baking tray yang telah dilapik dengan kertas parchment (baking paper)
  5. Jarakkan kerana adunan akan kembang semasa dibakar.
  6. bakar dalam oven pada suhu 170c selama 25 minit.

 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Walaupun resepi untuk membuat resepi red velvet cookies agak rumit terutamanya kepada orang yang baru belajar, yang pasti biskut ini anda boleh buat sekali dan simpan untuk makan di lain hari. Selain itu, resepi ini juga boleh dijadikan rujukan kepada anda yang bercadang untuk menjual red velvet cookies semasa hari raya. Nak belajar resepi perap sotong? Boleh terus ke slot resepi sotong bakar. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Exit mobile version