Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 7 minit
Menu 10+ orang
Resepi popia sayur sebenarnya boleh dicuba dan lebih berbaloi buat sendiri di rumah. Ini kerana kos untuk penyediaan hidangan sangat rendah dan boleh disimpan secara frozen dalam peti sejuk. Kalau korang nak cuba buat sendiri boleh tengok resepi saudari CikPuan SitiMasitah ni.
Yang bagus apabila buat sendiri popia sayur ini korang boleh letak inti apapun yang korang suka, lagi sedap kalau boleh letak banyak inti. Nak tahu lebih lanjut jom tengok resepi popia sayur ni:
Baca juga artikel : Resepi Mochi
Bahan-bahan :
- Sengkuang (hiris halus memanjang)
- Carrot (hiris halus memanjang)
- Udang kering
- Bawang
- Garam
- Lada sulah
- Kulit popia
Cara Penyediaan :
- Tumbuk udang kering bersama bawang.
- Tumis udang kering dan bawang yang telah ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan sengkuang dan carrot yang telah dihiris halus.
- Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
- Kacau rata hingga sayur-sayuran layu dan masak. Angkat dan sejukkan inti.
- Setelah inti sejuk, bungkus dengan kulit popia.
- Goreng popia hingga keemasan.
Tips :
- Buat sendiri popia lebih puas hati kerana dapat banyak dan inti lebih padat.
- Selebihnya boleh disimpan dalam peti sejuk beku untuk kegunaan kemudian.
Kredit CikPuan SitiMasitah
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.