Share/simpan resepi ini
Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 10 minit
Menu: 10+ orang
Cornflakes madu adalah salah satu kuih yang trending tatkala tibanya hari raya. Kuih atau biskut cornflakes ini mempunyai tekstur cornflakes yang rangup dan manis, ini menjadikan ia sedap dan seronok untuk dinikmati. Jika anda nak cuba buat resepi cornflakes madu ni boleh lihat perkongsian saudari Hanna Yasmeen ini:
Resepi cornflakes madu simple ini mudah nak buat dan hanya memerlukan 4 bahan sahaja, jom lihat resepi penuh di bawah:
Baca juga artikel : Resepi Bubur Durian Kacang Hijau Manis Berlemak
Bahan:
- 125 gram butter
- 1/2 cawan gula perang (brown sugar)
- 5 sudu makan madu
- 250 gram cornflakes
Cara-cara:
- Dalam periuk, cairkan butter dengan api perlahan.
- Masukkan gula perang dan madu, kacau sehingga semuanya cair dan sebati.
- Tutup api dan biarkan seketika.
- Masukkan cornflakes ke dalam periuk yang mengandungi campuran butter, gula perang, dan madu.
- Gaul sehingga cornflakes bersalut dengan rata.
- Sudukan campuran cornflakes ke dalam paper cup.
- Hias mengikut kreativiti anda.
- Panaskan oven pada suhu 170°C hingga 180°C.
- Bakar biskut selama kira-kira 10 minit atau sehingga keemasan.
- Biarkan biskut sejuk sepenuhnya.
- Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupan.
Tips:
- Penggunaan Paper Cup: Gunakan paper cup yang kecil supaya senang untuk makan dan sesuai untuk hidangan.
- Kawalan Manis: Sesuaikan jumlah gula perang dan madu mengikut tahap kemanisan yang anda inginkan.
Selamat mencuba dan menikmati biskut cornflakes madu yang rangup dan manis ini! Pastikan buat lebih sebab anak-anak pasti tak sabar nak makan terus. 😉🍪
Kredit Hanna Yasmeen
Aneka Resepi
Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.