Resepi Apam Lenggang Adunan Simple dan Mudah

Resepi Apam Lenggang Adunan Simple

Share/simpan resepi ini

Masa Penyediaan: 60 minit

Masa Memasak: 20 minit

ionicons-v5-j

Menu: 10+ orang

Resepi apam lenggang adalah menu orang dulu yang masih digemari hingga kini. Jika apam balik lebih sedap dinikmati rangup, apam lenggang pula lebih sedap dihidang lembut. Lebih sedap apabila makan bersama sambal ikan bilis. Hidangan ini sesuai dimakan ketika sarapan pagi dan tengahari.

Kalau korang bercadang nak cuba resepi apam lenggang ni boleh lihat perkongsian daripada saudara Sue Shuk. resepi yang dikongsikan sangat ringkas dan mudah untuk diikuti, lihat resepi di bawah:

Baca juga artikel : Resepi Apam Balik Rangup

Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu yis
  • 5-6 sudu gula (ikut tahap kemanisan anda)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan kecuali santan dalam satu bekas. Gaul rata dan perap selama 1-2 jam.
  2. Selepas diperap, masukkan santan dan gaul semula hingga sebati.
  3. Panaskan kuali dan gris sedikit dengan minyak. Jika menggunakan kuali non-stick, tidak perlu menggris.
  4. Ambil 1 senduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali. Lenggangkan adunan seperti membuat kuih ketayap. Tutup kuali untuk memastikan apam masak rata.
  5. Masak dengan api perlahan sehingga apam berwarna kekuningan. Kemudian, gulung atau lipat mengikut kesukaan anda.

Tips:

  1. Hidangkan apam lenggang ketika masih panas untuk menikmati rasa yang lebih enak.
  2. Jika tidak mahu menggunakan telur, adunan masih boleh dihasilkan dengan baik.
  3. Pastikan api dikawal agar apam tidak hangus dan masak sempurna.

Kredit Sue Shuk

Picture of Aneka Resepi

Aneka Resepi

Koleksi pelbagai resepi-resepi popular & viral untuk rujukan warganet. Jemput masuk ke Telegram Channel untuk kemaskini resepi terkini.

Scroll to Top
Scroll to Top