Buko Pandan Resepi

Buko Pandan Resepi
Resepi.me / Resepi Kuih / Buko Pandan Resepi

Buko pandan resepi adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang berasal daripada negara filipina dan popular di Malaysia. Hidangan ini diperbuat daripada bahan asas iaitu daun pandan dan kelapa muda. Ia sedap dinikmati diwaktu tengahari pada musim panas seperti di Malaysia.

Berita baiknya anda kini boleh buat sendiri resepi buko pandan ini di rumah sahaja. Anda hanya memerlukan bahan-bahan yang boleh dibeli di pasaraya terdekat sahaja. Untuk pembelian secara dalam talian, jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat pada akhir artikel ini. Jom cuba..

Koleksi Buko Pandan Resepi Sedap Dan Mudah

Berikut adalah beberapa resepi buat buko pandan yang popular dalam kalangan warganet di Malaysia. Anda boleh cuba sendiri di rumah untuk dijadikan sebagai hidangan sampingan selepas hidangan utama. Setiap resepi ini mempunyai sedikit berbezaan terutamanya olahan beberapa bahan untuk menjadikan ia lebih enak dan sedap.

Buko Pandan Resepi Oleh Aisyah Humaira

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar – agar pandan
  • 1 cawan sagu
  • 1 sudu kecil coconut pandan emilco
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan whipping krim 
  • 1 cawan air gula
  • 1 mangkuk isi kelapa
  • Laici
  • Nata De Coco
  • Ais batu

Cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar perisa pandan, bekukan hingga menjadi jelly agar-agar.
  2. Masak sagu hingga masak, masukkan coconut pandan emilco.
  3. Campurkan susu cari, boleh lebihkan untuk rasa lemak.
  4. Pukul whipping krim hingga sebati, campurkan sekali.
  5. Masukkan air gula secukup rasa.
  6. Masukkan isi kelapa, laici dan Nata De Coco (buang airnya)
  7. Masukkan ais batu, kacau hingga sejuk siap dihidang!

Buko Pandan Resepi Oleh Senz Ahmad

Bahan-bahan:

  • Serbuk agar-agar
  • Sagu putih
  • Isi kelapa muda
  • Nata de coco
  • Perwarna hijau
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Ais

Cara penyediaan:

  1. Masak dahulu agar-agar, ikut sahaja arahan di belakang paket. Masukkan pewarna untuk warna pandan, setelah siap potong dadu.
  2. Masak air hingga mendidih, masukkan sagu hingga masak. Toskan dan berishkan lebihan kanji sagu dengan alirakan airnya. Letak sagu dalam bekas dan titis sedikit pewarna hijau, kacau, bilas sekali lagi agar lebihan pewarna hilang. 
  3. Isi kelapa dipotong halus, guna isi kelapa sahaja.
  4. Tapis nata de coco, ambil isinya sahaja.
  5. Campurkan susu cair dan susu pekat, masukkan sedikit pewarna hijau dan panaskan sekejap. Setelah semuanya larut sejukkan. 
  6. Campur kesemua bahan-bahan tadi ke dalam satu bekas. Siap dihidang!  

Buko Pandan Resepi Oleh Zulhairi Ahmad

Bahan agar-agar:

  • 1 liter air kelapa
  • 10g serbuk agar-agar
  • 200g gula
  • Jus pandan 
  • Pewarna hijau

Bahan lain:

  • Isi kelapa
  • Sagu
  • 3 sudu krem
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan agar-agar ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih dan tuang ke dalam bekas, biarkan sejuk dan potong hingga dadu.
  3. Hiris isi kelapa muda. Masak sagu dalam air yang banyak, bersihkan dan buang lebihan kanji.
  4. Masukkan krim, susu pekat dan susu cair, kacau sebati.
  5. Masukkan agar-agar yang dipotong dadu tadi ke dalam bekas. Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk untuk sejukkan. Siap dihidang!

Buko Pandan Resepi Oleh Azizah Ibrahim

Bahan agar-agar:

  • 10g agar-agar
  • 1 liter air
  • Jus pandan (kisar 4 helai pandan+350ml gula merah+gula perang+gula)
  • 2 sudu besar vaila esen

Bahan kuah:

  • Air kelapa muda
  • 200ml whipping krim (2 kotak)
  • 5 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar esen pandan
  • Garam

Bahan isi:

  • Isi kelapa muda dipotong panjang
  • Nata de koko dan laici (buang airnya)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan mangkuk besar yang mudah dikacau. Masukkan air kelapa muda, whipping krim, garam, gula, esen pandan dan gula merah. Kacau rata hingga menjadi kuah.
  2. Campurkan bahan agar-agar, panaskan dan kacau sebati. Sejukkan dan potong dadu.
  3. Campurkan agar-agar pandan tadi ke dalam kuah. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Masukkan isi kelapa muda, laici dan nata de koko.
  5. Akhir sekali masukkan ais batu, sejukkan dan siap dihidang!

Resepi Buko Pandan Simple Oleh Aisyah Ismail

Bahan-bahan:

  • Agar-agar
  • Pewarna hijau
  • Gula
  • Daun pandan
  • Air kelapa muda
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Nata de coco
  • Sagu putih
  • Isi kelapa muda

Cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar bersama air, 2 helai pandan, pewarna hijau, gula. Selesai sejukkan dalam peti sejuk. Potong dadu.
  2. Didihkan air dan masak sagu hingga bersinar, tapis jika ada lebihan kanji.
  3. Campurkan air kalapa, susu cair, dan susu pekat, kacau sebati.
  4. Masukkan agar-agar pandan tadi bersama sagu, kelapa muda, nata de koko, dan sagu. 
  5. Campurkan ais batu untuk sejuk. siap!

Resepi Buko Pandan Oleh N Ain Syafaf

Bahan agar-agar:

  • 300ml air kelapa
  • 50gm gula pasir
  • 2 helai daun panda
  • 1 kotak serbuk agar-agar

Bahan kuah:

  • 1 mangkuk isi kelapa muda
  • 1 tin jagung
  • 1 mangkuk nata de koko
  • 200ml diary whipping krim
  • ½ cawan susu pekat
  • ½ cawan susu cair

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan agar-agar, masak dan didihkan. Tuang dalam bekas sejukkan dan potong kiub kecil. 
  2. Untuk kuah, didihkan air dan masak sagu hingga jernih. Toskan untuk buang lebihan kanji.
  3. Campurkan sagu, susu pekat manis, whipping krim, isi kelapa, dan agar-agar pandan tadi. 
  4. Masukkan jagung, nata de koko, dan sagu. Sejukkan dalam peti sejuk atau campurkan ais batu untuk sejuk. siap.

Resepi Buko Pandan Oleh Putri Bungsu

Bahan-bahan:

  • 500ml air kelapa
  • Isi kelapa 1 biji
  • 10g agar-agar pandan
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil coconut pandan emulco
  • 250ml whippiing krim
  • 1 cawan sagu
  • ⅓ cawan susu pekat manis
  • 1 mangkuk natede koko (buang airnya)
  • Ais batu

Cara penyediaan:

  1. Untuk jelly pandan, satukan serbuk agar-agar, gula, dan pewarna ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Tuang ke dalam bekas, tunggu sejuk dan potong kiub.
  2. Untuk sagu, sediakan periuk yang mudah dikacau. Didihkan air dan masukkan sagu, masak hingga sagu mula jernih. Toskan dan basuh dengan air bersih. ketepikan. 
  3. Untuk kuah, dalam bekas besar masukkan whipping krim kacau sekejap dan masukkan susu pekat manis, kacau lagi.
  4. Masukkan pandan jelly, sagu, isi kelapa dan natade koko. Untuk sejukkan boleh tambah ais batu. 

Resepi Buko Pandan Oleh Abam Jul

Bahan-bahan:

  • Agar-agar
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan
  • Air kelapa
  • Gula
  • Susu cair
  • Susu pekat 
  • Nana de coco
  • Sagu putih
  • Isi kelapa muda

Cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar bersama 2 helai daun pandan dan pewarna hijau, masukkan sedikit gula. Didihkan dan biarkan sejuk dalam peti sejuk. Potong kiub.
  2. Didihkan sagu hingga bersinar, bersihkan kanji berlebihan.
  3. Sediakan bekas besar, campurkan air kelapa, susu pekat, susu cair. Kacau sebati.
  4. Masukkan agar-agar, sagu, isi kelapa muda, dan nata de koko. 
  5. Sejukkan dengan ais. Siap dihidang!

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Dapur Murah di Shopee.
Tekan link untuk semakan harga T&C

Oven Murah : https://shp.ee/4ap29tv

Kukusan Murah : https://shp.ee/4gqtt9v

Non-Stik Pan Murah : https://shp.ee/fkdxrfv 

Tupperware Set : https://shp.ee/qjrd6hv

Kicthen Organizer : https://shp.ee/v88j6vv

Akhir Kata

Untuk membuat buko pandan ini tidak sukar, anda hanya perlu sediakan beberapa bahan dan campurkan sahaja hingga menjadi kuah yang sedap dan jelly pandan yang lembut untuk dimakan. Anda juga boleh olah dengan tambahan beberapa bahan seperti laici, blueberry, dan sebagainya. Jom tengok resepi ayam geprek. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Exit mobile version