Kek Batik Oreo

Kek Batik Oreo Sedap

Mungkin ramai yang belum tahu terdapat juga kek batik yang digabungkan dengan biskut oreo @ dikenali dengan nama kek batik oreo. Dengan gabungan biskut oreo ini menjadikan ia diminati oleh golongan kanak-kanak yang amat gemar memakan biskut oreo ini. Malahan anda juga boleh menjadikan ia sebagai kek harijadi untuk anak anda selain daripada kek batik cheese yang turut diminati kanak-kanak. 

Seperti biasa kek batik ini tidak sah jika tidak ditambah dengan beberapa jenis variasi dan campuran mengikut idea masing-masing. Antara resepi kek batik jenis oreo yang anda boleh buat adalah:

  1. Kek Batik Jenis Oreo & Cheese
  2. Kek Batik Jenis Oreo & Peanut
  3. Kek Batik Jenis Oreo Moist

Kelainan dalam proses kek batik jenis oreo ini adalah ia boleh menggantikan biskut marie yang mana sering digunakan sebagai bahan utama kek batik. Namun terdapat juga yang menggunakan biskut oreo ini hanya sebagai topping sahaja. Nak tahu bahan-bahan dan cara penyediaan? Teruskan membaca..

Resepi Kek Batik Oreo Cheese

Bahan-bahan

  • Setengah cawan Cream cheese
  • Setengah cawan susu pekat manis
  • Jus lemon setengah biji
  • 2 sudu makan marjerin
  • Biskut oreo

Cara penyediaan

  1. Panaskan dahulu kuali dengan api yang perlahan. Campurkan marjerin,cream cheese, susu pekat dan jus lemon. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan biskut oreo yang dipatahkan ke dalam adunan tadi, gaul rata hingga semuanya sebati.
  3. Tuang ke dalam loyang untuk dibentuk, tekan dan mampatkan. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 ke 5 jam. Siap!

** jika tak nak manis boleh kurangkan susu pekat, ini kerana biskut oreo juga mempunyai gula/manis di dalamnya.

Resepi Kek Batik Oreo Peanut

Bahan-bahan

  • 3/4 Cawan mentega 
  • 1 Cawan milo
  • 5 Sudu serbuk koko (lagi banyak lagi bagus)
  • 1/2 Susu pekat 
  • 2 Biji telur 
  • 2 Sudu peanut butter
  • Biskut marie

Cara penyediaan

  1. Untuk adunan kek batik, masukan semua bahan-bahan ke dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan kecuali biskut marie.
  2. Selepas semua sebati dan mendidih, masukan biskut marie dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang, tekan sehingga semua mampat. Biarkan sekejap selamat 15 minit.
  4. Untuk topping, sapukan dahulu peanut butter ke seluruh kek batik tadi, taburkan pula biskut oreo yang telah dihancurkan tadi di atas peanut butter. Simpan di dalam peti sejuk.
  5. Siap, sekarang kek batik perisa peanut dan oreo siap untuk dihidang. 

Kredit Rose Hassan

Resepi Kek Batik Oreo Moist

Bahan-bahan

  • Sebungkus biskut marie
  • Sebungkus biskut oreo
  • 1 Mentega
  • 5 Sudu besar milo
  • 2 Sudu besar serbuk koko
  • ½ Cawan susu pekat (boleh adjust)
  • ½ Cawan air suam
  • 2 Biji telur
  • 1 Sudu kecil vanila
  • Coklat kek

Cara penyediaan

  1. Cairkan butter dengan api yang perlahan, masukkan sekali milo, serbuk koko, susu pekat manis, telur yang telah dikacau, dan vanila esen. Kacau elakkan dari berketul-ketul.
  2. Selepas betul-betul sebati, masukkan biskut marie yang telah dipatahkan, gaul semuanya sehingga rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang untuk dibentuk, tekan dan mampatkan adunan.
  4. Untuk topping mudah sahaja, double boil coklat kek dan tuang ke atas kek batik, taburkan biskut oreo yang hancur di atas topping tadi.

Kredit Pejan Hafzan

Item Murah @ Promo di Shopee.
*semak harga semasa

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Biskut Oreo : https://shp.ee/hp5bsbp

Peanut Butter : https://shp.ee/2uh7pmp

Akhir Kata

Lihat resepi kek batik jenis oreo ini, tidaklah susah untuk dibuat, malahan anda boleh mencuba dengan idea topping dan variasi beberapa bahan-bahan lain untuk menjadikan kek batik anda lebih cantik dan sedap dimakan. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version