Kek Batik Horlick

Kek Batik Horlick Unik & Sedap

Biasa kita melihat kek batik ini hanya mempunyai bahan asas yang diperbuat daripada coklat atau koko sahaja. Namun tahukah, terdapat juga kek batik yang diperbuat daripada horlick? Ini menjadikan kek batik ini lebih unik dan mempunyai rasa sedap untuk dimakan.

Serbuk horlicks ini digunakan untuk menggantikan serbuk coklat @ milo yang biasa digunakan sebagai asas dalam membuat kek batik simple. Disebabkan ia mula menjadi trend baru dalam peminat kek batik, maka wujudlah pula beberapa lagi versi yang diolah dari dari segi topping dan ramuan. Nak tahu resepi lebih lanjut? Teruskan membaca hingga habis. 

Resepi Kek Batik Horlick Cheese

Bahan Kek Batik

  • 1 ketul mentega
  • 250g biskut marie yang dipatahkan
  • 200g horlick
  • 5 sudu makan susu pekat
  • 3 sudu makan susu tepung

Bahan Cheese

  • 250 cheese
  • 4 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu makan susu tepung
  • ½ gelas susu penuh lemak
  • Kacang walnut
  • Kacang gajus
  • Almond strips
  • Pumpkin seed

Cara penyediaan

  1. Cairkan mentega dahulu, masukkan susu pekat manis dan kacau hingga semuanya sebati. Guna api yang perlahan sahaja.
  2. Mula masukkan bahan serbuk horlick dan susu tepung, kacau lagi hingga semua menjadi adunan yang sebati tanpa ketul. 
  3. Masukkan biskut marie dan gaulkan semua sekali, masukkan ke dalam loyang untuk dibentuk. Tekan dan mampatkan kek batik anda.
  4. Untuk topping, panaskan cheese, susu pekat, susu penuh lemak dan susu tepung dengan api yang perlahan hingga semuanya sebati. Biarkan sejuk dan tuang ke atas kek batik tadi.  
  5. Kemudian, taburkan bahan-bahan hiasan yang lain di atas topping sebagai hiasan kek batik anda. 

Resepi Kek Batik Horlick Simple

Bahan kek batik

  • Satu paket mentega
  • 5 cawan nestum
  • 4 cawan milo
  • ½ cawan horlick
  • 3 biji telur
  • ½ tin susu pekat manis

Cara penyediaan

  1. Campurkan nestum, serbuk milo, dan horlick bersama, gaul semua hingga bercampur. Ini untuk memudahkan proses adunan ke dalam mentega nanti. 
  2. Panaskan mentega dengan api yang kecil, masukkan telur dan susu pekat manis. Kacau sebati.
  3. Barulah masukkan campuran serbuk tadi ke dalam adunan mentega, kacau untuk elakkan ia berketul.
  4. Selepas adunan mula keluar buih pekat, tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi ke dalam adunan. Gaul sebati dan tekan hingga mampat. Simpan di dalam peti sejuk semalaman. siap!
  5. Boleh taburkan serbuk nestum sebagai topping kek batik anda.

Kredit Razzi Hajemi

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Susu Pekat : https://shp.ee/63en4dz

Akhir Kata

Yang pasti kek batik horlick ini amat mudah untuk dicuba oleh sesiapa sahaja. Tambahan, dengan tekstur yang putih dan rasa horlicknya menjadikan ia sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan pagi untuk kanak-kanak di rumah mahupun bekalan ke sekolah. Resepi diatas adalah perkongsian daripada warganet di laman facebook yang telah mendapat ratusan tanda suka dan komen. Jom belajar resepi Kek Batik Ganache super sedap!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version