Kek Batik Ganache

Kek Batik Ganache Terasa Coklatnya

Jika anda suka kek batik yang mempunyai topping coklat, anda wajib cuba kek batik ganache ini. Kek batik jenis ganache ini adalah antara versi yang popular terutamanya bagi mereka yang gemarkan coklat moist. Topping ganache yang boleh dihias dengan beberapa bahan seperti kacang almond, oreo, coklat sirap dan sebagainya lagi.

Antara ciri-ciri kek batik ganache yang bagus adalah apabila mempunyai permukaan topping yang lembut dan lembap. Selain itu, rasa ganache itu sendiri yang tersendiri dan boleh memberikan rasa lazat apabila dimakan. Lain resepi lain rasa ganache itu, anda boleh olah dan mencuba resepi ini sehinggalah kene dengan citarasa anda.

Resepi Kek Batik Ganache Feloles

Bahan kek batik

  • 600g biskut marie (dipatah dua)
  • 200g mentega
  • 1 paket milo 3in1
  • ½ tin susu pekat (boleh kurang kalau tak suka manis)
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • ½ cawan air panas
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil vanila esen

Bahan topping ganache

  • 100g dark compound
  • 100g milk compound (beryls)
  • 200ml whipping cream
  • 1 sudu besar mentega.

Cara penyediaan

  1. Mulakan dengan double boil semua bahan topping @ boleh juga gunakan microwave. Selepas semua sebati menjadi adunan, ketepikan dahulu untuk disejukan.
  2. Cairkan mentega dengan api yang perlahan sambil kacau lembut, masukkan susu pekat dahulu.
  3. Masukkan bahan serbuk, iaitu koko dan milo. Pada masa ini kacau jangan bagi adunan berketul-ketul.
  4. Tutup api, masukkan air panas dan telur kacau sehingga semuanya sebati dengan telur.
  5. Masukkan vanilla asen dan akhir sekali barulah biskut marie tadi. Gaul semua hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang kek. Tekan hingga semuanya rata dan padat. Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
  6. Kemudian akhir sekali tuang topping ganache tadi ke atas kek batik, ratakan dengan menggunakan spatula. Siap!

Resepi Kek Batik Ganache Sedap

Bahan A (kek batik)

  • 2 bungkus biskut marie
  • 250g mentega
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 cawan air masak
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 14 sudu besar milo
  • 2 biji telur

Bahan B (Topping)

  • 1 cawan whipping cream anchor UHT
  • 100g choc compound’
  • 100g dark choc
  • 1 sudu besar mentega

Cara penyediaan

  1. Cairkan mentega dengan api perlahan. Bila mentega sudah separuh cair, masukkan serbuk milo, serbuk koko, dan telur. Kacau hingga sebati.
  1. Selepas semuanya betul-betul sebati, nyalakan api yang perlahan tadi dan masukkan susu dan air selang seli. Kacau sehingga adunan menjadi likat, tanda acuan telah ready adalah apabila mula naik buih.
  2. Masukkan biskut marie tadi, gaul sehingga semuanya rata dan boleh mula isi ke dalam loyang kek. Pastikan anda tekan bagi semuanya mampat dan kemas. Biarkan sejuk.
  3. Untuk topping mudah sahaja. Double boil whipping cream terlebih dahulu, selepas mula hangat, masukkan chock compound dan dark chock. Kacau hingga semuanya sebati dan akhir sekali masukkan mentega, uli semuanya sekali, selesai, sejukkan selama 30minit. 
  4. Tuang adunan topping tadi ke atas kek batik yang telah disejukkan, ratakan dengan menggunakan spatula. Simpan semula ke dalam peti sejuk seeloknya semalaman untuk kek batik dan topping betul-betul terbentuk. Siap!
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Loyang Kek : https://shp.ee/8gt6p8f

Spatula : https://shp.ee/z9zk4vf

Bekas Kek Batik : https://shp.ee/wbbnynz

Susu Pekat : https://shp.ee/63en4dz

Akhir Kata

Untuk makluman semua resepi yang dikongsikan di atas ini adalah perkongsian melalui hantaran di laman facebook yang telah mendapat ratusan tanda suka dan komen oleh warganet. Kami kongsikan disini untuk rujukan anda yang ingin mencuba, selain jenis topping ganache, terdapat juga resepi kek batik rangup yang anda boleh cuba dirumah. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version