Senarai Barang Dapur Untuk Sebulan Di Rumah

Bagi suami atau isteri atau ketua rumah setiap kali masuk awal bulan wajib memikirkan senarai barang dapur untuk sebulan. Lumrah bagi ketua keluarga untuk menyediakan bekalan bahan-bahan masakan untuk seisi keluarga. Senarai barang dapur perlu dicatat bagi mengelakkan sebarang pembaziran berlaku. Di dalam artikel ini membincangkan tips dan senarai barang dapur untuk sebulan yang patut anda ketahui.

Senarai barang dapur untuk sebulan untuk elakkan pembaziran

Sedia maklum dalam harian masyarakat memerlukan makanan untuk teruskan hidupan. Memasak sendiri hidangan makanan adalah cara terbaik untuk lebih jimat dalam perbelajaan. Ini kerana dengan kos sara hidup yang tinggi, makanan yang diperoleh di luar lebih mahal berbanding dimasak sendiri. 

senarai barang dapur untuk sebulan perlulah disediakan bagi memudahkan kiraan Kewangan semasa dan senarai barang apa yang perlu dibeli. Ini penting bagi mengelakkan daripada terlalu berbelanja dengan barang yang tidak perlu seterusnya menyebabkan pembaziran wang. Dengan adanya senarai barang dapur setiap bulan secara tidak langsung menjadikan kewangan anda lebih efisien dan kemas. 

Berbelanja di hypermarket atau dalam talian shopee

Kini terdapat banyak tempat yang menawarkan barang-barang dapur dengan harga yang berpatutan. Tidak seperti dulu barang dapur banyak dijual di kedai-kedai runcit yang sahaja. Dengan adanya banyak hypermarket besar menjadikan barang-barang dapur dijual dengan harga yang lebih berpatutan.

Jadi dicadangkan anda membeli senarai barang dapur untuk sebulan anda di hypermarket agar lebih jimat. Selain itu, anda juga boleh membeli barang dapur di dalam talian seperti shopee. Terdapat banyak bahan-bahan dapur yang boleh dibeli di shopee dengan harga borong. Malah shopee juga turut menyediakan penghantaran segera bagi pembelian barang-barang basah seperti ayam, ikan, dan daging di sesetengah negeri.

Senaraikan barang dapur kepada 2 senarai

Setiap awal bulan anda harus menyediakan senarai barang dapur untuk sebulan anda bagi memudahkan uruskan membeli nanti. Asingkan siap-siap bahan yang hendak dibeli iaitu bahan dapur kering dan bahan dapur basah. 

Bahan dapur kering

Bahan dapur kering boleh merujuk kepada bahan dapur yang boleh disimpan lama. Antaranya ialah:

  • Gas dapur
  • Minyak masak
  • Sardin dalam tin
  • Rempah kari
  • Garam
  • Gula
  • Tepung
  • Ajinamoto
  • Bawang 
  • Lada
  • Susu pekat
  • Sup bunjut
  • Maggi
  • Telur
  • Biskut
  • Milo
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Kulit kayu manis
  • Buat pelaga
  • Bihun
  • Beras
  • Cili kering
  • Teh
  • Bunga cengkih

Bahan dapur basah

Bahan dapur basah pula merujuk kepada bahan yang tidak boleh disimpan lama, cepat rosak, atau perlu disimpan di alam peti ais. Antaranya ialah:

  • Ayam
  • Ikan
  • Daging
  • Sotong
  • Nugget
  • Sayur-sayuran
  • buah-buahan
  • udang

Bahan dapur lain-lain

Bahan dapur ini merujuk kepada keperluan dapur seperti:

  • Tisu
  • Cawan
  • Gelas
  • Pinggan
  • Sudu
  • Kali lap
  • Sabun basuh pinggan
  • Pewangi
  • Span basuh pinggan
  • Tupperware

Senarai barang dapur untuk sebulan di atas adalah contoh barang yang perlu ditambah setiap bulan. Namun ia bergantung kepada bilangan isi rumah dan berapa hidangan dimasak. Jika masuk awal bulan tapi barang masih banyak, maka eloklah hold dahulu pembelian barang tersebut. Jika barang digunakan secara kerap dan cepat habis maka perlulah bersedia untuk tambahan stok baru walaupun belum masuk bulan baru. 

Anda boleh juga menyimpan senarai barang dapur untuk sebulan di dalam excel beserta harga setiap satu barang, ini membolehkan anda melakukan sum atau mengetahui keseluruhan harga barang dapur anda. Selain itu, anda juga boleh menyimpan di noted handphone anda untuk memudahkan semasa urusan pembelian nanti.

Tips simpan barang dapur sebulan atau lebih 

Salah satu posting facebook berkenaan senarai barang dapur untuk sebulan yang telah meraih ribuan share menunjukan bagaimana cara unutk menyimpan stok bahan dapur untuk sebulan atau lebih. 

Yang menariknya memilik posting berkenaan turut kongsikan cara untuk menyimpang bahan-bahan dapur tadi di dalam gabungan bekas yang sama. Ini secara tidak lansung menjimatkan ruang untuk menyimpan terutamanya disimpan di dalam peti sejuk. 

 

Semua jenis lauk seperti ayam, ikan, daging, sotong, udang akan dibersihkan siap-siap dan diletak di dalam bekas tupperware kecil. Sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk, tupperware yang telah diisi lauk tadi akan dimasukkan air kosong. Air tadi akan menjadi keras/ais sepanjang disimpan di dalam freezer peti sejuk. Untuk menggunakan lauk tadi, hanya perlu ambil 1 atau 2 tupperware dan alirkan air untuk mengcairkan ais, maka lauk masih segar terpelihara.

Bagi sayur pula akan diletakkan di dalam tupperware yang dialas dengan dengan kertas tisu kering sebagai alat untuk menyerap sebarang cairan dari sayur atau semasa di dalam peti sejuk. Maka sayur akan lebih tahan lama.

Dapatkan pelbagai barangan dapur pada harga murah di shopee.
Link Shopee : https://shp.ee/i3x9hib

Akhir kata

Pengurusan dalam membeli barang dapur bulanan perlulah dibuat dengan efisien bagi memudahkan pengurusan perbelajaan bulanan. Tips-tips di atas bolehlah diguna pakai dalam mengurus senarai barang dapur untuk sebulan anda agar lebih tersusun.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top