Bawang Holland | Manfaat Bawang Holand Dalam Resepi

Bawang holland adalah bawang yang tidak asing lagi bagi orang malaysia. Bagi yang selalu di dapur, bawang holland ini adalah antara bawang yang sering digunakan di dalam resepi masakan. Namun tahukah anda bahawa dimana datangnya gelaran “bawang holland” itu? Khasiat serta kebaikan di dalam resepi masakan harian?

Bawang holland adalah bawang besar kuning (yellow onion)

Sedia maklum bahawa terdapat banyak jenis bawang yang digunakan di dalam resepi masakan. Terdapat 5 jenis bawang yang biasa digunakan di dalam masakan adalah:

Jenis bawang dalam masakan

  1. Yellow onion (bawang holland)
  2. Sweet anion (bawang besar)
  3. Red onion (bawang merah besar)
  4. White onion (bawang besar)
  5. Shallot (bawang merah kecil)

Tahukah anda setiap bawang-bawang ini sebenar mempunyai tekstur yang berbeza apabila dimasak, menjadikan bawang-bawang ini berbeza dari segi rasanya.

Bawang holland yang disebut-sebut adalah merujuk kepada bawang besar kuning. Namun masyarakat kerap kali memanggil jenis bawang besar lain juga sebagai bawang holland sebagai rujukan untuk membeli barang-barang dapur.

Bawang holland bagus untuk dimasak?

Ya sudah semestinya, bawang holland adalah bawang yang menjadi pilihan dalam masakan, terutamanya untuk menumis, ini kerana bawang holland mempunyai tesktur yang lembut dan keperangan apabila dimasak. 

Bukan itu sahaja, bawang holland ini mempunyai kandungan gula semulajdi yang tinggi berbanding bawang-bawang lain, sebab itu bawang holland ini akan berasa manis apabila dimakan. 

Tambahan, bawang holland ini adalah bawang yang murah jika dibandingkan dengan bawang lain. Maka tidak hairan kenapa ramai tukang masak kedai atau rumah membeli bawang holland dalam kuantiti yang banyak pada harga jimat!

Bawang holland dari mana? asal usul bawang holland?

Jika diselidik dari info yang didapati, bawang holland ini sebenarnya berasal dari eropah dengan hampir 90% bawang ini di tanam di tanah besar US. Maka tidak hairan kenapa namanya dipanggil “bawang holland” merujuk kepada bawang eropah. Namun dengan teknologi pertanian yang maju, kini bawang holland dudah mula di tanam di seluruh dunia.

5 Kebaikan bawang holland

Bagus untuk kesihatan jantung

Bawang holland mengandungi bahan antioksida dan beberapa bahan yang berupaya melawan inflamasi, mengurangkan kolestrol yang mana pasti akan menurangkan masakah sakit yang berkaitan jantung.

Mengurangkan tekanan darah 

Terdapat an-inflamsi di dalam bawang yang membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Ia juga membantu dalam proses pembekuan darah selepas luka atau cedera.

Menurangkan bacaan kolestrol

Kolestrol bagus dalam sesetengah keadaan, namun jika bacaan kolestrol terlalu tinggi akan memberi kesan buruk kepada jantung. Apabila kolestrol terlalu banyak akan menyebabkan saluran darah sempit. Bawang holland membantu dalam memberi kolestrol baik untuk tubuh manusia.

Mempunyai anti kanser

Kandungan allium dalam bawang holand membantu dalam pengawal pertumbuhan kanser. Kajian juga mendapati bawang holland juga berupaya melawan kanser terutamanya kanser perut dan usus. 

Mengawal gula dalam darah

Kajian terdapat pesakit diabetis selama 28 hari mendapati dengan pengambilan bawang holland dan beberapa jenis bawang lain berupaya menstabilkan kandungan gulan dalam darah. Malah pesakit juga mengalami penurun berat badan sepanjang pengambilan bawang holland.

Baik untuk pencernaan

Apa yang anda perlu tahu bahawa bawang adalah sumber serat dan probiotik untuk sistem pecernaan. Serat dan probiotik ini adalah 2 perkara yang bagus untuk sistem pencernaan manusia

Tahukah bawang holland juga boleh dibeli dengan harga murah di shopee.
Link promo shopee : https://shp.ee/ez4vizu

Akhir kata

Bawang holland adalah bawang yang sangat sesuai digunakan di dalam masakan harian. Dengan rasa teksturnya yang manis serta harganya yang berpatutan sangat bagus bagi masakan harian di rumah.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top