Resepi Kek Simple 3 Bahan Viral

Resepi Kek Simple 3 Bahan
Resepi.me / bahan asas masakan / Resepi Kek Simple 3 Bahan Viral

Betul ke ada resepi kek simple 3 bahan? Ya ada, malahan resepi kek 3 bahan ini mula viral dan menjadi ikutan warganet. Resepi kek ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak di dapur. Anda cuma perlu 3 bahan sahaja untuk hasilkan hidangan kek yang lazat dan gebu.

Walaupun dengan bahan yang terhad, dengan sukatan yang betul ia boleh menghasilkan kek yang sedap dimakan. Yang menariknya kek 3 bahan ini juga sesuai untuk cara kukus dan cara bakar dengan ketuhar. Kalau anda nak kek yang simple tapi gebu boleh gunakan cara kukus sahaja. Nak tahu lebih lanjut? Jom lihat koleksi resepi kek 3 bahan di bawah..

Kek Kukus Simpel 3 Bahan

Oleh Zieha Na Zieha

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum.

Cara penyediaan

  1. Campurkan telur dan gula, mix hingga kembang putih dan naik gebu. 
  2. Masukkan tepung dan mix lagi hingga sebati. 
  3. Kukus selama 30 minit. Siap.

**semasa kukus mesti tutup kek agar air kukusan tidak menitik atas kek.
**boleh letak vanila esen dan pewarna kalau nak.

Kek Guling Mudah 3 Bahan

Oleh Earney Atyesha

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 60g tepung gandum.
  • 80g gua pasir

Cara penyediaan

  1. Pukul telur dahulu dengan whisk hingga naik buih.
  2. Kemudian double boil telur tadi, kacau hingga telur suam.
  3. Kemudian masukkan gula, kacau dengan whisk elektrik untuk cepatkan kerja.
  4. Pukul sampai adunan menjadi kental dan kembang.
  5. Masukkan tepung, dan kacau lagi hingga hingga sebati. 
  6. Tuang atas loyang saiz 9 inci, bakar selama 15 minit pada suhu 170 darjah celsius. 
  7. Apabila dan siap, masukkan filling kesukaan anda, boleh guna strawberry jem, nutella, buttercream, atau fresh cream vivo. 
  8. Sapu filing hingga rata, jangan terlalu tebal kerana susah nak gulung nanti. 
  9. Gulingkan kek tadi dengan perlahan, balut dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk 3 jam, barulah boleh dipotong. siap!

Kek Susu Coklat 3 Bahan

Oleh Danish Harraz

Bahan-bahan

  • 1kg mixed dried fruit.
  • 2 ½ cawan susu coklat (boleh guna dutch lady)
  • 2 cawan tepung self raising

Cara penyediaan 

  1. Susu dan mixed fruit dimasukkan ke dalam bekas adunan, kacau hingga sekata kemudian simpan dalam peti sejuk semalaman. 
  2. Selepas semalaman, dried fruit akan mula kembang, kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung self raising, dan kacau lagi hingga adunan sebati. 
  4. Tuang adunan ke dalam loyang 9×9 yang telah dilapik dengan baking paper.
  5. Bakar dalam oven selama 1 jam 45 minit pada suhu 140 darjah celsius. siap untuk dihidang.

**biarkan kek sejuk dahulu sebelum dipotong
**seeloknya kek disimpan dalam bekas kedap udara semalaman kerana teksturnya mudah hancur. Boleh simpan selama 4 hari, jangan risau kek ini semakin lama akan semakin moist dan sedap! 

Resepi Cheese Cake 3 Bahan

Oleh Farizal Radzali

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese 
  • 250g susu pekat 
  • 5 biji telur gread A

Cara Penyediaan

  1. Kuning telur diasingkan terlebih dahulu, pukul putih telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese + kuning telur + susu pekat hingga sebati.
  3. Masukkan adunan putih telur ke dalam bekas 3 bahan tadi. Kacau hingga adunan sebati.
  4. Bakar adunan pada suhu 180 darjah celsius selama 15 minit, atau sampai adunan naik menjadi kek.
  5. Siap dibakar, biarkan sejuk atau boleh simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang. 
Resepi Kek Simple 3 Bahan
Resepi Kek Simple 3 Bahan

Kek Milo Viral 3 Bahan

Oleh Hasni Malik

Bahan-bahan

  • 2 cawan serbuk milo
  • 4 biji telur besar
  • 2 sudu besar susu pekat

Cara penyediaan

  1. Mudah sahaja, blend semua 3 bahan-bahan hingga halus dan sebati.
  2. Masukkan kedalam loyang pengukus dan kukus selama 1 jam @ hingga masak. 
  3. Pastikan tutup adunan kek agar air kukusan tidak jatuh dan kek boleh rosak. 
  4. Untuk topping, double boil bahan 3 sudu besar milo + ½ cawan susu pekat + sedikit mentega.
  5. Double boil hingga cair dan sebati, selepas sejuk boleh tuang ke atas kek kukus coklat anda.
Resepi Kek Simple 3 Bahan

Resepi Kek Biskut Cream-O 3 Bahan

Oleh CikPuan SitiMasitah

Bahan-bahan

  • 2 paket biskut Cream-0 @ bolehg guna oreo
  • 1 cawan susu segar
  • 1 paket kecil ENO (regular)

Cara penyediaan

  1. Kisar biskut cream-0 hingga halus dan hancur.
  2. Masukkan susu segar ke dalam serbuk biskut tadi, kacau hingga sebati. 
  3. Masukkan sepaket eno, kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam [email protected] Kukus selama 25 ke 30 minit.
  5. Kalau anda nak bakar boleh juga bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius. 
  6. Selepas siap, anda akan dapat tekstur kek yang moist dan lembut.
  7. Boleh letak apa-apa topping kesukaan anda. 
Resepi Kek Simple 3 Bahan
Resepi Kek Simple 3 Bahan
Resepi Kek Simple 3 Bahan
Resepi Kek Simple 3 Bahan
Resepi Kek Simple 3 Bahan
Resepi Kek Simple 3 Bahan
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Pengukus : https://shp.ee/zfgper3

Ketuhar : https://shp.ee/873vzzf

Whisk : https://shp.ee/zsnahqt

Blender : https://shp.ee/2jhb6b3

Loyang : https://shp.ee/uzuk9hf

Akhir Kata

Resepi-resepi kek simple 3 bahan di atas adalah perkongsiaan daripada laman facebook yang telah mendapat ratusan perkongsian dan tanda suka oleh warganet. Anda boleh mencuba salah satu resepi kek simple ini seperti Kek Kukus 3 Bahan dan boleh mengolah mengikut idea anda sendiri seperti jenis topping ataupon jenis bahan yang digunakan. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top