Resepi Kambing Perap

Resepi Kambing Perap 3 Bahan Sahaja

Resepi kambing perap adalah antara bahan perap yang kerap kali dicari oleh warganet, ini disebabkan hidangan kambing bakar ini adalah antara menu yang paling digemari oleh orang ramai di Malaysia. Lain orang lain resepinya, tapi yang pasti ia mesti sedap dan lazat apabila dimakan bersama kambing bakar nanti.

Kali ini kami kongsikan resepi kambing perap yang mudah dan simple untuk disediakan. Resepi cara perap kambing ini adalah perkongsian daripada Farmiza Masur dikongsikan di dalam di dalam group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) telah mendapat ratusan tanda suka dan komen oleh warganet.

Yang menariknya, turut dikongsikan oleh beliau di dalam hantaran facebook ini adalah resepi sos blackpepper kambing bakar yang sedap untuk dicuba. Kedua-dua resepi kambing perap dan sos blackpepper ini boleh disatukan di dalam hidang kambing golek anda nanti, nak lebih sedap boleh makan lagi bersama mashed potato.

Resepi Kambing Perap Simple 3 Bahan

Resepi perapan kambing bakar yang dikongsikan ini sesuai untuk kambing seberat 2 kg atau boleh dimakan untuk empat orang. Resepi kambing perap simple ini sangat mudah iaitu dengan menggunakan sos blackpepper yang ready made di pasaran. Cuma perlukan sedikit olahan dengan menambah bawang putih untuk rasa dan aroma yang lebih sedap.

Bahan perap

  • Kambing 3 kg
  • Sos kimball blackpepper 1 paket.
  • Bawang putih 1 tangkal ( belah dua, satu potong dadu, satu lagi blender bersama sos kimball)

Cara penyediaan

  1. Daging kambing dibasuh hingga bersih
  2. Bawang putih satu tangkai tadi dipotong dua, satu bahagian dipotong dadu, satu lagi dikisar bersama sos blackpepper.     
  3. Celup daging kambing hingga rata dengan sos tadi.
  4. Nak lebih sedap, perap lebih sehari hingga sos perap tadi meresap ke dalam daging kambing. 

Resepi Sos Black Pepper Sedap

Untuk lebih sedap dimakan bersama kambing bakar, anda juga boleh menyediakan homemade sos black pepper untuk dimakan bersama kambing bakar nanti. Resepi ini boleh dihidang bersama-sama resepi blackpepper selain kambing bakar, jadi tak rugi untuk dicuba

Bahan sos 

  • 1 tin sos carbonara krim
  • 2 biji Kentang rebus (dilenyek lumat)
  • Sus full krim (1 sukatan 1 tin sos carbonara)
  • ¾ sudu besar blackpepper (kisar kering)
  • 3 biji bawang putih (yang dipotong dadu tadi)
  • 2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Panaskan butter hingga cair tapi jangan sampai terbakar.
  2. Masukkan bawang putih, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan sos carbonara, susu, dan kentang yang dihancurkan tadi, kacau hingga sebati.
  4. Masukkan black pepper kisar tadi kicap secukup rasa, tambah garam dan rasa. Kalau dah okey boleh dihidang.
Resepi Kambing Perap
Resepi Kambing Perap

Sos black pepper ini boleh dimakan bersama menu hidangan lain seperti lamb chop, chicken chop dan potato mashed. sos blackpepper ini kalau nak cairkan boleh tambah susu @ air kosong sahaja. Nak nikmati kambing bakar lebih sedap? Anda boleh juga mengenakan resepi mashed potato, lebih sedap dimakan bersama sos blackpaper ini.

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Sos Perap Kambing : https://shp.ee/tdh7mnp

Ketuhar : https://shp.ee/873vzzf

Sos Carbonara : https://shp.ee/nph6aw7

Kimball Blackpepper : https://shp.ee/u52ka77

Akhir Kata

Hidangan kambing perap ini sesuai untuk menu daging kambing 2kg, jika anda nak gunakan untuk saiz kambing yang lebih besar seperti kambing golek, boleh double resepi di atas atau boleh olah dengan sukatan anda sendiri. Sos perap kambing ini juga boleh digunakan untuk perap resepi ayam anda. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top