Bahan Perap Kambing

Bahan Perap Kambing Mudah & Ringkas

Bahan perap kambing yang paling mudah adalah black pepper sos, sos ini anda boleh beli di pasaraya berdekatan anda. Namun, untuk nak bagi resepi kambing anda lebih sedap dan aroma, anda wajib membuat bahan perapan kambing yang tersendiri. Bahan-bahan sering digunakan untuk membuat perapan kambing adalah:

Bahan perap kambing:

  • Bawang putih ditumbuk
  • Serai 
  • Lada hitam ditumbuk
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cengkeh
  • Halia ditumbuk
  • Lemon dan jus lemon
  • Oregano
  • Daun basil
  • Daun sega
  • Daun pudina
  • Daun rosemary
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos BBQ

Senarai ini adalah antara bahan perap kambing yang sering digunakan, namun anda boleh menggunakan mengikut keperluan dan semasa anda, tidak perlu guna semua sekaligus. Nak lebih mudah, anda boleh gabungkan sos ready made seperti sos black pepper ditambah dicampur dengan bawang putih yang telah ditumbuk untuk menghasilan perapan yang lebih naik aroma. 

Resepi Kambing Perap Versi Hotel

Bagi anda yang mengidam nak makan kambing perap di hotel-hotel mewah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Yasmien Aiezzam Yasin ini, resepi yang dikongsikan di dalam group facebook popular Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ini telah mendapat ratusan komen sebagai tanda suka akan resepi yang dikongsikan. 

Bukan itu sahaja, resepi ini turut digemari kerana menggunakan bahan yang ringkas dan simple. Iaitu hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Dan yang lebih penting, kos untuk membuat resepi ini juga sekitar RM20 sahaja. Jom kita cuba resepi ini…

Bahan-bahan

  •  Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos lada hitam
  • Sos BBQ

Cara penyediaan

  1. Cara perap kambing ini mudah sahaja, campurkan kesemua 4 jenis sos tersebut. Gaul hingga rata dan sebati.
  2. Boleh masukkan garam, bawang putih yang ditumbuk, atau apa-apa sahaja bahan perap yang ingin diletak.
  3. Masukkan daging kambing, sapu semua adunan perapan tadi ke seluruh daging kambing.
  4. Tunggu sejam, barulah boleh dibakar hingga masak. Nak lagi sedap boleh perap semalaman. 
Bahan Perap Kambing
Bahan Perap Kambing
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.

Sos Perap Kambing : https://shp.ee/tdh7mnp

Ketuhar : https://shp.ee/873vzzf

Sos Carbonara : https://shp.ee/nph6aw7

Kimball Blackpepper : https://shp.ee/u52ka77

Akhir Kata

Jika anda ingin mencari bahan kambing perap, adunan perapan yang paling terbaik adalah mengikut citarasa anda sendiri. Anda boleh cuba dahulu resepi-resepi mudah yang dikongsikan ini dan boleh olah dengan idea sendiri. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top